1. semata2 mendambakan gaji yang banyak?
pernah dengar pepatah, money can buy a person, but not a human love? sampai bila wang itu akan digunakan? ada shopping mall di dalam kubur?
2. title atau pegaruh yang besar? populariti?
sedarkah kamu berapa ramai manusia yang akhirnya dimamah tanah, tidak diketahui mana kuburnya atau namanya.
3. menabur bakti kepada keluarga sendiri atau mengikut kata ibu bapa?
sedarkah kamu berapa ramai manusia yang akhirnya dimamah tanah, tidak diketahui mana kuburnya atau namanya.
3. menabur bakti kepada keluarga sendiri atau mengikut kata ibu bapa?
berapa ramai doktor yg bekerjaya, ustaz2 yang hebat2 dan lain2 tidak punya masa juga akhirnya kerana sibukkan kerjaya.. hanya penganggur yang benar2 banyak masanya..
4. supaya diri sendiri menjadi lebih baik dan lebih tenang?
alangkah ruginya masyarakat jika ilmu itu kamu hanya dapatkan semata2 utk kepentingan kamu sendiri..
disebalik setiap perjuangan, adanya pengorbanan yang besar..
1. nanti xdapat cuti.. kerja susah.. penat on call..
2. xdapat pergi kenduri kendara..
3. xdapat meluangkan waktu utk keluarga.. dan lain2..
inikah semua yg sy kejar?
1. sy mengejar sibuknya hidup kerana sy yakin rehatnya hidup adalah mati..
2. sy mengejar pemberian lebih dari penerimaan.. nikmat Allah yg selama ini melimpah ruah telah diberikan kepada saya, jadi saya tidak mahu menjadi kedekut hingga tidak mahu meluangkan masa atau tenaga utk membantu saudara se Islam saya sendiri..
3. sy mengejar kehormatan dan kedudukan.. zaman sekarang tanpa pangkat dan pendidikan, pandangan seseorang itu hanya akan dipandang sebagai percakapan kosong. seandainya semua orang Islam mahu hidup di takuk selesa, tidak mahu terlibat dalam politik atau bidang2 fardhu kifayah, kononnya terlalu banyak dosa, orang yang kurang berpengetahuan yang akan naik memerintah dan berterusan menjalankan maksiat.. bagaimana kamu mahu menjawab di hadapan Tuhan kelak? jawapan apa yang ingin kamu berikan pada saudara2 palestin?
4. sy ingin melahirkan pejuang2 Islam pada masa akan datang.. pemuda pemudi generasi tarbiah Salahuddin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh.. yang mengerti hidupnya diberikan utk Islam.. yang memahami bahawa jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolongmu..
5. sy mengejar cinta Allah yang tidak pernah putus diberikan utk hamba2Nya yang mencari..
terlalu banyak yang ingin saya kejar.. Islam akan tertegak suatu hari nanti.. itu janji Allah yang pasti.. yang tidak pasti adalah,
1.adakah kita antara penyumbang tertegaknya Islam itu?
2. atau kita sekadar pemerhati yang tidak membantu apa2?
3. ataupun sebaliknya kita juga tanpa sedar antara penyumbang kepada pihak lawan?
Islam tidak akan rugi tanpa kita berjuang utknya, kerana ia memang pasti akan tertegak.. tetapi kitalah yang akan rugi, andai tidak bersama2 menegakkannya..
kita perlu tanamkan dalam diri bahawa kita bukan lah insan biasa.. kita ini manusia ciptaan Allah yang Maha Kuasa.. mana mungkin ciptaan Dia sesuatu yang tidak hebat? begitu juga manusia!! kita manusia hebat!!
pendakwah mesti cerdik.. harus bijak dalam mengatur strategi perlawanan.. cuba mencari cara yang terbaik utk medapatkan ilmu. ilmu yang dicari bukan sekadar segulung ijazah, tetapi selari fardhu ain dan fardhu kifayah. ilmu utk hidup dan ilmu utk mati! pewaris bumi anbiya' mestilah luarbiasa!!
manusia hebat tidak hanya bekerja utk kesenangan diri sendiri..
jadi berbalik kepada tajuk utama penulisan saya hari ini, mengapa anda hidup?
1 comment:
love this post! ak pon penah terpkr nk wt post mcm ni..=)
Post a Comment