Wednesday, July 15, 2015

Program Perubatan Mansoura University

In shaa Allah di post kali ini saya nak cerita tentang pengalaman berada di jurusan perubatan di Mansoura (Mesir/Egypt). Post ini diharap dapat membantu adik-adik yang sedang timbang-timbang nak buat pilihan yang mana satu, manchester atau conventional programme. 

Jurusan perubatan di sini menggunakan medium utama ialah bahasa inggeris. (kadangkala pensyarah akan menggunakan bahasa arab sekiranya beliau mahu buat lawak). Pembelajaran dibahagikan kepada dua fasa, pra-klinikal (tahun 1 - 3) dan klinikal (tahun 4-6).

Di Mansoura ada dua jenis program perubatan, conventional dan problem based learning (manchester programme). Saya mengambil jurusan manchester dan suami conventional. Program ini tidak sama ditawarkan di seluruh Mesir, setiap universiti punyai program masing-masing, tetapi silibus dipantau oleh kementerian pendidikan dan kesihatan negara Mesir.

Apa beza keduanya? Banyak. Dari segi cara belajar, jumlah kelas, masa cuti, cara peperiksaan dan lain-lain.

Dari segi kualiti pengurusan, program manchester adalah lebih jauh kehadapan, kerana program ini merupakan kerjasama dengan Manchester University, UK. Oleh itu Mansoura University sentiasa membuat research and development, mengambil aduan atau sebarang masalah secara serius agar hubungan dan akreditasi Manchester University dikekalkan. Malah ketika masuk ke clinical year juga pelajar boleh mengikuti transfer programme ke UK (jika taknak, tetapi mahu terus belajar di Mesir juga tiada masalah).
Manakala pengurusan programme conventional adalah agak terkebelakang kerana mungkin mereka sudah biasa dengan perangai 'arab', sebarang aduan biasanya tidak di ambil tindakan. Contoh aduan ialah lecturer menggunakan istilah di dalam bahasa arab, dan pelajar tidak faham sedangkan sepatutnya mereka belajar dalam bahasa inggeris. Mungkin juga mereka mengambil remeh di atas faktor yuran. Pelajar arab conventional membayar yuran yang jauh lebih rendah dari Manchester (tetapi jika international student seperti kita, yuran adalah sama, conventional dan manchester).

Dari segi silibus, conventional menggunakan buku-buku yang banyak dan mereka perlu membaca dan menghadamnya hingga habis kulit ke kulit, sama seperti kebanyakan program perubatan lain di seluruh dunia. Oleh itu dari segi ilmu teori, pelajar conventional mungkin jauh lebih terkehadapan dari pelajar manchester. Buku-buku yang banyak mereka gunakan adalah dibekalkan secara percuma oleh pihak universiti. Mereka juga menggunakan sistem setahun, iaitu peperiksaan sebenar ialah di akhir setiap tahun (pelajar manchester menggunakan sistem semester, bukan setahun). Terdapat juga sedikit exam subjek dan lain-lain. Kelas pula bermula seawal 8.30pagi dan biasanya berakhir sekitar jam 4 petang bagi pra klinikal dan bermula jam 9.30pagi - 2.00petang bagi tahun klinikal. Ini bermakna pelajar conventional mempunyai jadual yang padat pada 3 tahun pertama dan mula ringan pada 3 tahun berikutnya. Perlu diingatkan jadual kelas ini tidak termasuk masa kelas tusyen sekiranya mahu ambil.

Berbeza bagi pelajar manchester, mereka tidak membaca dari kulit ke kulit sebaliknya mereka perlu menghabiskan sasaran (ILO-intended learning outcome) yang ditetapkan. Berdasarkan nama, problem based learning, manchester lebih terkehadapan dari sudut ilmu klinikal memandangkan silibus cuba digubal dengan konsep klinikal dan mengurangkan teori-teori yang dianggap kurang penting. Peperiksaan penilaian adalah bersifat semester, iaitu dua kali setahun. Diantaranya juga terdapat kuiz-kuiz kecil. Markah juga diambil kira dari kedatangan ke kelas, markah medical assignment yang ditetapkan dll. Buku-buku perlu dibeli sendiri dan kebanyakan rujukan akan menggunakan internet. Tahun pra klinikal manchester pula adalah lebih lenggang dan tidak sibuk (kelas mungkin bermula jam 10pagi dan berakhir jam 1petang), tetapi akan menjadi sibuk apabila memasuki tahun klinikal (kelas seawal 9pagi - 4petang).

Anggaran kasar jadual, tempoh belajar setahun begini :

Conventional :
September - Januari : Kelas
Januari : Peperiksaan Pertengahan tahun
Januari - Februari : Cuti Musim sejuk
Fabruari - Mei : Kelas
Jun - Julai : Peperiksaan Akhir Tahun
Julai - September : Cuti musim panas

Manchester
September - Disember : Kelas
Januari : Exam Semester
Januari - Februari : Cuti musim sejuk
Fabruari - Mei : Kelas
Akhir Mei : Exam Semester
Jun - September : Cuti musim panas

Secara keseluruhan dan dari pengamatan, saya lebih memilih program Manchester kerana saya menyukai case learning daripada direct reading. Tetapi kelebihan bagi pelajar conventional kebiasaannya mereka mendapat cuti (study leave) yang lama bagi mengulangkaji peperiksaan (hampir sebulan), manakala pelajar manchester hanya mendapat seminggu cuti untuk ulangkali. Tetapi secara konklusi, ianya adalah bergantung kepada cara belajar yang kita selesa dan berbeza mengikut individu.


Gambar selesai poster presentation case study.

Salam sayang :)

p/s : Boleh juga rujuk http://myflyingkite.blogspot.com/2015/07/memilih-untuk-belajar-di-mesir.html

6 comments:

Rozaini Abindinhazir said...

Assalamualaikum wrh.
Adik yang dirahmati, akak nak mohon bantuan kalau dapat kita berhubung melalui email atau fb. Anak perempuan akak sedang belajar di sekolah swasta di Arab Saudi dan pada tahun ini dia akan mengambil peperiksaan IGCSE /O level. Dia amat berminat dengan kursus perubatan. Di mana akak boleh tahu minimum requirement utk kemasukan kuliah perubatan di Mansoura. Akak cuba mencari di laman web nya tetapi tidak berjumpa. Harap dapat bantu. Terima kasih.

Rozaini Abindinhazir
rozainia@gmail.com

Unknown said...

askm akak,sy nk tny..knp dinamakan program mansoura manchester?bole sambung ke manchester ka masa master nnti?

nurhasanah said...

Assalamualaikum.Saya nak tanya.Sekiranya sy ingin memohon untuk memasuki bidang perubatan di mesir tapi menggunakan sijil spm bukan tahun semasa dan telah ,emcapai umur 23 tahun,adakah masih dibolehkan?Sy dapat makluman tiada had umur kecuali al-azhar,x boleh exceed 22.Mohon bantuannya.Terima kasih

nurhasanah said...

Assalamualaikum :) Sy nak tanya.Sy mint nak ambil bidang perubatan,Tapi takut dah lambat.Sy dpt tahu tiada had umur nak memohon masuk universiti mesir kecuali al-azhar,x boleh exceed 22.Kalau umur 23 ,boleh x nak mohon?Lalu kpt ke atau ejen.Kalau lalu kpt,x blh ke.Mohon bantuannya.Terima kasih.

nurhasanah said...

Assalamualaikum :) Sy nak tanya.Sy mint nak ambil bidang perubatan,Tapi takut dah lambat.Sy dpt tahu tiada had umur nak memohon masuk universiti mesir kecuali al-azhar,x boleh exceed 22.Kalau umur 23 ,boleh x nak mohon?Lalu kpt ke atau ejen.Kalau lalu kpt,x blh ke.Mohon bantuannya.Terima kasih.

Unknown said...

Salam akak , kalau kita nak buat pertukaran dr conventional ke manchester dibenarkan atau tidak ?