Wednesday, August 25, 2010

Permulaan

Untuk sebuah kehidupan tanpa arah yang jelas. Tercari-cari disetiap pelusuk yang digelar keindahan oleh duniawi.
Apakah layak aku ini sampai ke sana? Mampukah aku? Sudah bersediakah aku? Cukupkah amalan ibadahku?
Jari-jari pantas menaip kekunci talifon bimbit.
mak aku offer aku nak gi umrah x? nk pegi x ek?
Wahh besnye.. pegilah wei.. untung muda2 dapat pegi..
Kalau kau jadi aku, kau pegi x?
Xkot.. hahaa
Nombor seterusnya ditekan.
mak aku offer aku nak gi umrah x? nk pegi x ek?
Ntah. Kalau aku, xpegi kot. Tunggu aku da betol2 ‘ready’ baru aku pegi kot.
Eh ko bukan jahat ape pun. Aku lagi jahat kut ~.~
Sebab aku rase nak gi umrah tu bukan main2. So kene prepare betol2 la.

Bilakah saatnya aku akan sedia? Mahu bersedia lagikah? Tapi sampai bila? Sampai bila?
Mak cakap, ramai orang yang kaya, gaji sampai RM10,000++ setiap bulan tapi belum tentu akan sampai ke sana. Tapi keluarga kami yang tidaklah seberapa pendapatan bulanannya diberi kesempatan untuk pergi.

Bila Allah memudahkan urusan, tentu semua akan menjadi mudah..
Yang keras menjadi lembut, yang sukar menjadi senang..
Yang kaya menjadi miskin, yang miskin menjadi kaya
Yang pahit menjadi manis dan yang manis menjadi pahit.
Sungguh dunia menipu.

Tersentuh aku menerima satu pesanan ringkas “ sudah bersediakah kamu wahai tetamu Allah?”
Dan hati ku menangis kesyukuran.. Alhamdulillah..

Sang Murabbi..
Selayaknya,
Bagi jiwa-jiwa yang menyerahkan dirinya di jalan ini,
Membisikkan doa menitip ayat-ayat cinta Nya,
Menjadikan dakwah sebagai laku utama.
Dialah visi, misi dan obsesi,
Dialah yang menggelayuti di setiap desah nafas,
Dialah yang akan menghantar jiwa-jiwa ini
kepada redha dan maghfirah Tuhannya..