Monday, May 28, 2012

Training for the Trainer Course

alhamdulillah.. selesai sudah kertas essei tadi.. alhamdulillah walaupun banyak yang er.. tapi apa2 pun selepas berusaha, segalaNya diserahkan kepada Allah S.W.T :)

malam ini perlu rehat sebentar sambil update blog. peperiksaan seterusnya adalah lusa. dan akan menjadi kertas akhir untuk semester ini insyaAllah..

dan semua orang sibuk tertanya2 kenapa sy mahu tukar tarikh tiket. saya hanya menjawab, ada kursus. ramai yang sangka kursus kahwin? owh tidak. haha. ya kursus ini memang sangat penting untuk saya. tapi sampai sekarang saya masih belum berjaya tukar tarikh tiket.. siapa sudi tolong, boleh la tolong inbox saya :(

insyaAllah doakan saya berjaya..

Jumaat 1/6/2012
03.00pm - 05.00pm Registration
05.00pm - 07.00pm Video – Introduction to International Speaker
07.00pm - 09.00pm Solat & Dinner
09.00pm - 11.00pm Introduction
11.00pm End of Day 1

Sabtu 2/6/2012
08.00am - 09.00am Recap & Sharing Session 1
09.00am - 10.30am Technique of Public Speaking
10.30am - 11.00am Break
11.00am - 01.00pm Technique of Q&A
01.00pm - 02.30pm Solat & Lunch
02.30pm - 04.30pm Video Analysis
04.30pm - 05.00pm Solat & Tea
05.00pm - 07.00pm Activity 1: LDK – Projects by FCR Alumni
07.00pm - 09.00pm Solat & Dinner
09.00pm - 11.00pm Activity 2: Public Speaking – Practical
11.00pm End of Day 2

Ahad 3/6/2012
08.00am - 09.00am Recap & Sharing Session 2
09.00am - 10.30am Introduction to Causes of Misconception
10.30am - 11.00am Break
11.00am - 01.00pm Introduction to Ethics of Disagreement
01.00pm - 02.30pm Solat & Lunch
02.30pm - 04.00pm Principle of Usul Fiqh
04.00pm - 04.30pm Who are Ahlul Kitab?
04.30pm - 05.00pm Solat & Tea
05.00pm - 07.00pm Activity 3: LDK – Case Study
07.00pm - 09.00pm Solat & Dinner
09.00pm - 11.00pm Activity 4: Answering Questions – Practical
11.00pm End of Day 3

Isnin 4/6/2012
08.00am - 09.00am Recap & Sharing Session 3
09.00am - 10.30am Islam and Culture
10.30am - 11.00am Break
11.00am - 01.00pm Jihad and the Spread of Islam
01.00pm - 02.30pm Solat & Lunch
02.30pm - 03.30pm Steps in Dakwah and Dialogue
03.30pm - 05.00pm Logic Based Answer
05.00pm - 05.30pm Solat & Tea
05.30pm - 07.00pm Activity 5: LDK – Presenting Islam
07.00pm - 09.00pm Dinner & Solat
09.00pm - 11.00pm Activity 6: Debate – Islam vs Christian & Atheist
11.00pm End of Day 4

Selasa 5/6/2012
08.00am - 09.00am Recap & Sharing Session 4
09.00am - 10.30am Bhagavad Gita
10.30am - 11.00am Break
11.00am - 01.00pm Authenticity of the Bible?
01.00pm - 02.30pm Lunch & Solat
02.30pm - 04.00pm Q&A
04.00pm - 05.00pm Closing
05.00pm End of Day 5


Image Detail

Monday, May 21, 2012

exam part 1

berkecamuk. haha masa akhir ini baru berkecamuk. rasakan. siapa suruh xstudy dari awal :P

membaca blog orang lain membuatkan saya berfikiran tenang sedikit. oh rupanya masih ada orang normal seperti saya. yang sekarang sedang sibuk menelaah dek penangan last minute! rasakan!

Image Detail


tapi saya dapat rasakan entry ini seperti tidak berapa waras.

dan fikiran saya sudah sampai di malaysia. angan-angan sudah melangkau 2 minggu kehadapan. ya! 2 minggu lagi insyaAllah saya akan balik! i'm going to smell malaysia~!

terlalu banyak yang perlu diselesaikan sebelum pulang. kerja2 taklifan yang belum tertunai. shopping. tempah baju. beli kain. etc. etc. waktu inilah semuanya terkeluar.

dan saya benar2 berharap dapat menukar tarikh tiket daripada 3hb kepada 1hb jun.

insyaAllah ingin ke 'training khas' FCR.. haaa doakan saya dapat tukar tiket!!!


Image Detail



Sunday, May 20, 2012

20 usul oleh Hasan Al-Banna

1. Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.
2. Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai.
3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama.
4. Tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan cara melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui perkara ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi yang menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang ma’thur.
5. Pendapat imam atau wakilnya dalam perkara yang tiada nas ataupun nas tersebut mempunyai pelbagai maksud dan dalam soal masalih mursalah (kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan asas syarak. Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat. Asas dalam soal ibadat ialah pengabdian (ta’abbud) tanpa perlu melihat kepada maksud. Sementara dalam soal yang lain ia perlu melihat kepada sebab, hikmah dan maksud.
6. Kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali kata-kata manusia yang maksum iaitu Nabi s.a.w. Segala yang datang daripada generasi silam yang diredai Allah jika bertepatan dengan kitab dan sunnah kita akan terima. Jika tidak kitab Allah dan sunnah rasulNya lebih utama untuk diikut. Walau bagaimanapun kita tidak akan mengecam atau mengkritik mana-mana individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka.Mereka telahpun menyampaikan apa yang telah mereka kemukakan..
7. Setiap orang Islam yang masih belum mencapai tahap ahli nadzar iaitu dapat mengkaji dalil-dalil hukum dalam masalah furu’ hendaklah mengikut salah satu imam dalam agama ini. Namun demikian adalah lebih baik selain mengikut dia berusaha sedaya upaya untuk memahami dalil-dalil tersebut. Dia juga perlu menerima segala tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil setelah dipastikan orang yang menunjuk ajar itu adalah orang yang berkebolehan dan berkelayakan. Jika dia memang adalah ahli ilmu dia hendaklah mengatasi kelemahannya dalam bidang ilmu supaya dia mampu mencapai tahap yang membolehkan dia mengkaji.
8. Perbezaan pendapat fikah dalam soal yang kecil tidak sepatutnya menjadi sebab untuk berpecah. Perbezaan pendapat ini tidak sepatutnya menimbulkan permusuhan dan persengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya. Namun tidak salah untuk membuat kajian ilmiah dalam masalah-masalah yang dipertikaikan selagimana ia dilakukan dalam suasana penuh kemesraan dan saling bekerjasama untuk mencari kebenaran. Dengan syarat ia tidak menimbulkan perselisihan yang tidak diingini dan budaya taksub.
9. Setiap masalah yang tidak membuahkan amalan tidak perlu dibincangkan secara mendalam kerana tindakan itu dianggap membebankan diri yang dilarang oleh syarak. Ini termasuklah tindakan mencambah hukum-hakam yang masih belum berlaku, mengkaji maksud ayat-ayat al-Quran yang masih belum dicapai oleh sains, berbincang mengenai kemuliaan seorang sahabat berbanding sahabat yang lain dan persengketaan yang berlaku di kalangan mereka. Setiap sahabat ada kelebihan mereka sebagai seorang sahabat nabi dan mereka akan mendapat pahala bergantung kepada niat mereka. Begitu juga dengan takwil yang dibenarkan.
10. Mengenali, mengesakan dan mensucikan Allah Taala adalah akidah Islam yang paling suci. Semua ayat dan hadis sahih yang menyebut tentang sifat Allah dan apa sahaja yang berkenaan dengannya kita yakini sepertimana yang disebutkan itu tanpa kita tafsirkan mengikut kehendak kita atau kita tolak sama sekali. Kita tidak akan libatkan diri kita dalam perselisihan pendapat di kalangan ulama. Kita sepatutnya meniru sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. (Aali Imran: 7)
11. Setiap amalan bid‘ah yang dimasukkan ke dalam agama Allah dan tidak berasas (diamalkan oleh manusia kerana mengikut selera mereka sama ada mereka menokok tambah atau mengabaikannya) adalah sesat dan perlu diperangi serta dihapuskan dengan cara yang terbaik dan tidak membawa kepada keadaan yang lebih buruk.
12. Bid‘ah yang dilakukan dengan cara menambah ataupun meninggalkan atau beriltizam dengan mengamalkan sesuatu ibadat merupakan masalah perbezaan pendapat dari sudut fikah. Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri. Namun tidak salah untuk mencari kebenaran dengan berpandukan dalil dan bukti.
13. Mengasihi, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan baik yang mereka lakukan adalah suatu amalan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Apa yang dimaksudkan dengan wali ialah mereka yang disebutkan oleh firman Allah:
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (Yunus: 63)
Karamah berlaku pada mereka dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Namun perlu diyakini mereka yang diredai oleh Allah ini tidak mampu mendatangkan kemudaratan dan kemanfaatan untuk diri mereka sendiri ketika hayat mereka dan juga setelah kematian mereka, apatah lagi untuk melakukannya kepada orang lain.
14. Menziarahi kubur adalah sunnah dan disyariatkan dengan cara yang dinyatakan oleh sunnah. Walaupun bagaimanapun meminta bantuan ahli kubur walau siapapun mereka atau menyeru nama mereka atau meminta sesuatu hajat daripada mereka dari dekat atau jauh atau bernazar untuk mereka atau membuat binaan atas kubur atau menyelimutkan kubur atau memasang lampu di kubur atau menyentuh dan mengucup kubur itu atau bersumpah dengan nama yang lain daripada nama Allah atau apa sahaja bid‘ah yang berkenaan dengannya adalah dosa besar yang perlu diperangi. Kita tidak akan bertolak ansur dengan semua amalan ini agar tidak timbul perkara yang lebih buruk.
15. Doa yang dikaitkan dengan tawasul kepada Allah menggunakan perantaraan salah satu makhlukNya adalah perkara yang melibatkan perselisihan pendapat yang bersifat cabang. Masalah ini lebih kepada masalah dalam kaedah berdoa dan bukan masalah akidah.
16. Adat sumbang yang diamalkan tidak boleh mengubah hakikat lafaz-lafaz syarak. Malah apa yang dimaksudkan oleh istilah syarak ini perlu dikenal pasti dan dilaksanakan menurut erti istilah tersebut. Di samping itu budaya mempermainkan istilah perlu dielak dalam seluruh aspek dunia dan agama. Perkara yang diambil kira bukannya nama sebaliknya apa yang dimaksudkan oleh nama tersebut.
17. Akidah adalah landasan kepada amalan. Amalan hati lebih penting daripada amalan anggota badan. Melakukan yang terbaik dalam kedua-dua amalan ini adalah tuntutan syarak walaupun wujud perbezaan pada sejauhmana ia dituntut.
18. Islam membebaskan akal dan menggalakkan manusia memerhati alam semesta. Islam mengangkat darjat ilmu dan ulama. Islam juga mengalu-alukan segala perkara yang baik dan bermanfaat.
“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia menemuinya dia adalah orang yang paling berhak untuk memilikinya.”
19. Ada pandangan syarak yang tidak bertepatan dengan pandangan akal namun akal dan syarak tidak akan bertembung dalam soal yang pasti. Penemuan sains yang sah tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Bagi perkara yang tidak dipastikan oleh akal atau oleh syarak, ia perlu disesuaikan supaya bertepatan dengan apa yang pasti. Bagi perkara yang tidak dapat dipastikan oleh syarak dan oleh akal, pandangan syarak perlu diutamakan sehingga akal dapat membuktikan kebenarannya atau sebaliknya.
20. Kita tidak mengkufurkan seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah dan masih mengamalkan tuntutan dua kalimah syahadah serta menunaikan amalan fardhu -sama ada mengikut suatu pendapat atau kerana melakukan suatu maksiat-kecuali jika dia mengeluarkan ucapan kufur dan mengakuinya, atau menolak sesuatu yang menjadi asas agama atau tidak mempercayai kenyataan al-Quran yang jelas, atau mentafsir al-Quran menurut cara yang tidak bertepatan sama sekali dengan gaya bahasa Arab, atau melakukan sesuatu yang tidak boleh diandaikan kecuali sebagai kufur.

Friday, May 11, 2012

purdah part I

kenapa nak pakai purdah? kerana ianya sunnah.
Tapi purdah ni mcm xsesuai je dengan zaman sekarang. Yelah nanti nak bermuamalat kan susah. Sesetengah orang nak masuk islam pun takut tengok kamu nanti. Takut.
terdiam.
Ini pakaian isteri-isteri nabi dan kebanyakan sahabat di zaman Rasulullah. Sewaktu penyebaran Islam kan di zaman jahiliyyah. Pakaian wanita pada waktu itu lebih seksi dan bermacam-macam. Tiada masalah pula untuk mereka berpurdah?
Kerana mereka berasa Izzah dengan pakaian mereka. Izzah dengan agama mereka.
Purdah tidak sesuai dengan zaman sekarang? Apa beza zaman sekarang dengan zaman dahulu? Pemakaian masyarakat zaman sekarang sudah kembali ke zaman jahiliah. Tiada beza.
Jadi tiada masalah untuk saya berpurdah. Sama sahaja macam zaman jahiliyyah.

Thursday, May 10, 2012

memohon hajat


Mohon Hajat Kepada Allah swt Melalui Puasa dan Solat. [ sorotan nas ]

1. Memohon hajat dari Allah swt boleh dilakukan dengan terus berdoa kepada Allah swt dan boleh juga berdoa melalui tawassul [ perantaraan ]. Berbanding dengan berdoa sahaja, sudah tentu berdoa melalui tawassul lebih afdhal dengan syarat tawassul itu melalui kaedah yang disyariatkan Allah.

2. Antara bentuk tawassul yang disepakati oleh ulamak akan keharusannya ialah :

a. ] Tawassul melalui nama-nama Allah swt iaitu kita memohon hajat dengan menyebut-nyebut nama Allah swt khusus yang ada kaitan dengan hajat yang kita pohon. Firman Allah;

وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu”

(Surah al-A’raf, ayat 180).

b. ] Tawassul dengan amal-amal yang soleh. Contohnya :

i. ] Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail berdoa kepada Allah selepas melaksanakan arahan Allah supaya mendirikan Kaabah; yakni mereka memanfaatkan saat-saat selepas melaksanakan perintah Allah untuk berdoa kepada Allah hajat mereka. Lihat dalam surah al-Baqarah, ayat 127-129.

ii. ] Kisah 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam sebuah gua. Setiap mereka telah bertawassul dengan amal dan kebaikan yang pernah mereka lakukan untuk memohon pertolongan Allah sehingga akhirnya pintu gua terbuka. Kisah mereka ini diceritakan Rasulullah SAW dalam hadisnya. Lihat Riyadhus-Solihin, Bab al-Ikhlas, hadis no. 12 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

iii. ] Para sahabat apabila mereka hendak menamatkan bacaan al-Quran, mereka akan menghimpunkan ahli keluarga untuk sama-sama berdoa sebaik tamat bacaan al-Quran kerana berdoa ketika itu adalah mustajab kerana baru selesai dari amalan. Diriwayatkan dengan sanad yang soheh dari Imam Mujahid yang berkata;

“Mereka (yakni para sahabat dan tabiin) akan berhimpun pada ketika hendak mengkhatamkan al-Quran. Menurut mereka; ketika itu rahmat akan turun”.

Ibnu Abi Daud meriwayat dengan sanad yang soheh dari Qatadah (seorang Tabiin, murid kepada sahabat Nabi Anas bin Malik r.a.) yang menceritakan;

“Anas bin Malik r.a. apabila hendak mengkhatam al-Quran, beliau akan menghimpunkan ahli keluarganya dan ia berdoa (untuk mereka)”. Berkata Imam an-Nawawi; berdoa sebaik sesudah khatam al-Quran amat-amat digalakkan.

c. ] Khusus mengenai memohon hajat [ munajat ] melalui tawassul dengan ibadah puasa dan solat, maka terdapat firman Allah swt :

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ

“Dan mohonlah pertolongan (dari Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang”

(Surah al-Baqarah, ayat 45).

3. Sabar dalam ayat di atas selain bermakna kesabaran mengikut erti yang biasa, menurut sebahagian ulamak ia juga bermaksud puasa, iaitu “Mohonlah pertolongan dari Allah dengan puasa dan solat (sembahyang)”.

4. Berkata Imam Ibnu Kathir dalam Tafsirnya; “Ada ulamak berpandangan; maksud sabar (dalam ayat di atas) ialah puasa. Pandangan ini direkodkan dari Imam Mujahid. Kerana itu bulan Ramadhan di namakan bulan kesabaran (kerana disyariatkan puasa di dalamnya) dan terdapat sabda Rasulullah SAW yang menegaskan;

الصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ

“Puasa adalah separuh kesabaran”

(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dari Abu Hurairah RA dan Imam at-Tirmizi dari seorang sahabat dari Bani Sulaim RA. Berkata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 3404, 4635 dan 5200).

5. Para ulamak telah mempraktik gabungan puasa dan solat ini semasa menjalankan solat Istisqa’ (Sembahyang minta hujan). Syeikh Dr Wahbah az-Zuhaili menjelaskan dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu; “Imam (Pemerintah Islam) disunatkan menyuruh orang ramai supaya berpuasa 3 hari sebelum solat Istisqa’. Pada hari terakhir puasa (yakni hari ke 3), mereka keluar untuk mengerjakan solat Istisqa’, atau mereka keluar pada hari keempat dalam keadaan berpuasa. Ini kerana puasa adalah wasilah untuk turunnya pertolongan Allah kerana Rasulullah SAW bersabda;

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Tiga manusia yang tidak akan ditolak doa mereka (oleh Allah);

a) Orang yang berpuasa hinggalah ia berbuka
b) Imam (pemimpin) yang adil
c) Doa orang yang dizalimi”.

(Riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Azkar, Imam an-Nawawi; hadis no.; 479).

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak”

(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dari Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a.. al-Azkar, Imam an-Nawawi; hadis no.; 484).

6. Menurut mazhab Syafiie Rahimahullah, Adalah dituntut ke atas orang ramai untuk mematuhi arahan Imam/Pemerintah (supaya berpuasa itu). Namun mazhab Hanbali berkata; Orang ramai tidaklah dituntut supaya berpuasa atas arahan imam itu (yakni mereka hanya digalakkan sahaja mematuhi arahan Imam supaya berpuasa itu)”.

7. Untuk melaksanakan puasa tiga hari berturut-turut, antara kaifiyatnya ialah berpuasa pada hari “Sabtu, Ahad dan Isnin” atau “Selasa, Rabu dan Khamis”. Ini sebagai mengambil amalan Rasulullah SAW sebagaimana diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah RA;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ الشَّهْرِ السَّبْتَ وَالْأَحَدَ وَالِاثْنَيْنِ وَمِنْ الشَّهْرِ الْآخَرِ الثُّلَاثَاءَ وَالْأَرْبِعَاءَ وَالْخَمِيسَ

“Nabi SAW berpuasa pada suatu bulan; ‘hari Sabtu, Ahad dan Isnin’ dan pada bulan yang lain; ‘Selasa, Rabu dan Khamis’”

(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan).

8. Adapun arahan DPPM supaya berpuasa hari Khamis, Jumaat dan Sabtu juga tidak bertentangan dengan syara'.

a. ] Puasa Hari Khamis : sabda Rasulullah saw

ما رواه الترمذي [ ٧٤٥ ] عن عائشة رضي الله عنها قالت : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يتحرى صوم الاثنين و الخميس

Dari Aisyah Rha telah berkata : Adalah Rasulullah saw senantiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

b. ] Puasa Hari Jumaat dan Sabtu .

لأن الرسول - صلى الله عليه وسلم - نهى أن يصام الجمعة، قال: (إلا أن تصوم يوما قبله أو يوما بعده). ولما صامت إحدى زوجاته - صلى الله عليه وسلم - يوم الجمعة قال: هل صمت أمس؟ قالت: لا، قال: هل تصومين غدا؟ قالت: لا قال: أفطري)

Sesungguhnya Rasulullah saw menegah berpuasa tunggal pada hari Jumaat. Sabdanya : Kecuali bahawa engkau berpuasa sehari sebelumnya [ khamis ] atau sehari selepasnya. Tatkala telah berpuasalah salah seorang dari isteri Baginda saw pada hari Jumaat. Rasulullah saw telah bersabda : Adakah engkau telah berpuasa semalam [ khamis ] Jawab Isteri Baginda saw : Tidak . Sabda Rasulullah saw : Adakah engkau akan berpuasa esok [ sabtu ] Isterinya menjawab : Tidak . Lalu Rasulullah saw bersabda : berbuka lah !

Rujuk Hukum dan Fatwa :
الشيخ العلامة محمد بن صالح بن محمد العثيمين

Ertinya, puasa yang terhenti pada hari Jumaat semata - mata adalah ditegah oleh Rasulullah saw sebagai tegahan makruh. Adapun puasa yang kembarkan seperti Khamis dan Jumaat atau Jumaat dan Sabtu maka ia diharuskan.

c. ] Puasa Hari Sabtu dan Ahad : Sabda Rasulullah saw :

روى أحمد ( ٦/٣٢٤ ) أنه صلى الله عليه وسلم كان يصوم يوم السبت و يوم الأحد أكثر مما يصوم من الأيام يقول : إنهما يوما عيد المشركين فأنا أحب أن أخالفهم

Rasulullah saw lebih banyak berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad dibandingkan dengan hari - hari yang lain. Baginda saw bersabda : Sesungguhnya kedua - dua hari ini adalah hari raya bagi orang musyrikin dan aku suka untuk menyalahi [perbuatan] mereka.

Riwayat Imam Ahmad

9. Bertawassul dengan solat pula merupakan amalan Rasulullah SAW yang tidak asing lagi. Diriwayatkan dari Huzaifah RA menceritakan;

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى

“Nabi SAW apabila berlaku kepadanya suatu urusan yang getir, baginda akan mengerjakan solat”

(Hadis riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang hasan).

10. Usman bin Hunaif r.a. menceritakan, Seorang lelaki buta telah datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu berkata; ‘Ya Rasulullah, kebutaanku ini telah menyulitkanku. Berdoalah kepada Allah supaya ia menyembuhkanku’. Nabi menjawab; “Jika engkau mahu, aku akan doakanmu. Jika kamu mahu, bersabarlah dan itu yang lebih baik bagimu”. Lelaki itu menjawab; “Doakanlah”. Lalu Nabi berkata kepadanya; “Pergilah kamu mengambil wudhuk dengan elok, kemudian tunaikanlah solat dua rakaat dan berdoalah seperti berikut;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي قَدْ تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى اللَّهُمَّ شَفِّعْهُ فِيَّ

“Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dan aku bertawajjuh kepadaMu dengan syafaat Nabi Muhammad, Nabi yang membawa rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku telah bertawajjuh kepada Tuhanku dengan syafaatmu untuk hajat ku ini supaya ia dikabulkan. Ya Allah, terimalah Syafaatnya untukku”.

Kemudian lelaki itupun pulang dan Allah telah menyembuhkan penglihatannya

(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, al-Hakim dan at-Thabrani. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh gharib. Lihat; al-Muntaqa, hadis no. 354. Al-Azkar, hadis no. 470).

Wallahu a’lam.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Image Detail

Wednesday, May 9, 2012

exam fever~


di mesir subuh waktu summer sekarang adalah pukul 3 pagi.. jadi saya akan tidur seawal jam 9 malam dan bangun pada jam 2 pagi.. supaya dapat bersiap2 untuk subuh dan sewaktu dengannya..

dulu-dulu kalau terlepas solat sunat tidak mengapa. tapi sekarang sy faham, rugilah xsolat sunat. kalau tiba2 sy mati selepas itu, tentu sy akan minta Allah hidupkan sy semula walaupun sekejap utk tunaikan yg sunat itu. ah ruginya manusia mcm ini.. dan sy xnak jadi org yg rugi.
jadi lepas solat subuh, sy boleh study. masa lepas subuh mesti dimanfaatkan sebaiknya. sebab baru je bangun tidur. neurotransmitter pon masih banyak belum digunakan. waktu paling optimum utk study. study sejam, berhenti sekejap, selesaikan kerja2 sampingan sebagai waktu rest minda, sambung study semula. bergilir2.
kelas mula pukul 11 pagi. jadi sebelum kelas, sy akan tidur sekejap dalam setengah jam kemudian baru ke kelas. ye sy mahu restore semula neurotransmitter yg haus selepas sy gunakan pagi itu. *haa banyak lah sgt study tu.. =.='
lepas pulang kelas, mungkin sudah petang, masa ini digunakan untuk hal2 keduniaan tetapi masih dalam bentuk ibadah. cthnya macam melawat adik2 junior atau masak dan lain2.
lepas solat isyak mungkin boleh study sikit dan sambung tidur. inilah rotation hidup orang yg mahu exam sekarang.
banyak lagi belum cover. tapi bukan salah siapa2. salah sendiri.
doakan saya :)

Saturday, May 5, 2012

wanita biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

Friday, May 4, 2012

semalam..

setelah sekian lama jiwaku tersimpul dengan ikatan dunia
bagaimana untuk diriku melepaskan ikatan ini

aku cube meleraikannya sedikit demi sedikit
namun aku lemah lalu aku menjadi lelah

dunia datang kembali kepadaku
lalu ikatan itu menjadi kukuh semula

betapa sukarnya memisahkan jiwa dari dunia
tanpa kekuatan dariMu ya Rabb
sungguh aku tidak mampu

lepaskan ikatan derita ini
agar dapat jiwaku bersatu dengan cintaMu

dengan cintaMu , jiwaku akan kembali hidup
hidup untuk menjalani lembah yang mati..
-copied-

Thursday, May 3, 2012

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


10 Pesanan untuk jadi individu dan umat yang hebat lagi berjaya :

(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.