Thursday, July 14, 2016

Under Maintenance

Missing the writing part of me.

Dah lama tak jenguk blog, dah bersawang. Maaf tak perasan comment banyak tak reply.
In shaa Allah planning to write something around the corner. Doakan saya.

Thursday, September 3, 2015

Jubah bunga

Cuti dah nak habis. Sambil duduk di Mesir ni teringin sangat-sangat nak balik Malaysia jahit dress/ jubah rekaan sendiri kemudian jual. Agak-agak laku tak hahaha. Memang antara angan-angan dari dulu nak jual baju rekaan sendiri (lulz).

Meh bagi teaser dulu.

Harap-harap harapan ini bukanlah mimpi di siang hari dan hangat-hangat tahi unta :D

Tuesday, July 21, 2015

Bajet kewangan pelajar perubatan di Mesir

Dalam post sebelum ini (klik sini) ada akak ceritakan tentang kos pengajian lebih murah berbanding ipta tempatan (IMU, CUCMS, Monash dll) dan negara lain (Indonesia, Russia, India).

Secara keseluruhannya, yuran pengajian perubatan di Mesir dan kos sara hidup adalah antara yang termurah di seluruh dunia. Yuran sahaja tidak termasuk sara hidup 9200USD (sekitar RM30,000) setahun. Jika dibandingkan ipta tempatan RM50,000 dan ke atas. Tetapi sekiranya mendapat ipts (UM, UPM, USIM dll) adalah lebih bagus kerana ditanggung penuh oleh kerajaan (JPA biasanya), maka tidak perlu risau tentang yuran.

Faktor pertama yang akak tulis mengenai kewangan adalah kerana, sekiranya adik rasa tak mampu untuk family adik tanggung sekitar RM30,000 setahun untuk yuran, akak cadangkan adik tak payah datang (melainkan adik sudah mendapat tajaan yayasan negeri atau biasiswa).

Sekiranya adik berhasrat untuk cuba mendapatkan biasiswa, boleh, tetapi peluangnya agak tipis (memandangkan kedudukan kewangan Malaysia yang semakin teruk). Dalam 1 batch, yang mungkin memperoleh biasiswa adalah sekitar 20% (jika dalam batch ada 100orang, hanya 20 orang yang mungkin berjaya mendapat biasiswa). Itupun adik perlu berusaha keras dan memastikan mendapat keputusan yang cemerlang. Biasiswa setakat ini yang ada adalah JPA dan MARA. Sesetengah negeri juga ada yayasan negeri atau zakat yang mungkin boleh membantu jika keputusan tahun pertama adik cemerlang (bergantung pada negeri masing-masing).

Akan ada ejen-ejen penghantaran pelajar yang menjanjikan manis seperti biasiswa dan sebagainya, tetapi realiti tidak seindah yang dikata. Pengalaman akak sendiri sudah berjumpa dengan beberapa rakan yang tidak dapat menyambung pengajian dan balik ke Malaysiaa kerana tidak mampu menanggung yuran yang banyak.

Tetapi tdak bermakna mustahil. Alhamdulillah akak antara yang berjaya mendapatkan biasiswa JPA selepas naik ke tahun dua dengan menggunakan keputusan pengajian tahun pertama (sekurang-kurangnya adik perlu mendapat mumtaz >85% atau jayyid jiddan >75%).

Suami akak pula, telah menggunakan keputusan SPM dan memohon biasiswa yayasan negeri terengganu, maka perbelanjaan pengajiannya telah ditanggung sejak dari awal lagi. Antara inisiatif ialah adik boleh cuba bertanya pejabat zakat di negeri masing-masing atau bertanya pada senior negeri tersebut.

Kos sara hidup di Mesir boleh juga dikatakan murah. Bergantung kepada lifestyle hidup masing-masing. Kalau adik-adik kategori berjimat cermat, mungkin RM500 (1000LE) sudah cukup untuk hidup di Mansurah. Tetapi kalau mahu lebih selesa, boleh sediakan sekitar RM650(1300LE) sebulan. (Sewa rumah + bil : 500le sebulan dan selebihnya perbelanjaan dapur, pengangkutan, buku dan lain-lain).
Kos bahan pengajian pula tidaklah mahal kerana kebanyakan buku-buku ditulis oleh professor universiti di sini dan boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Dalam setahun mungkin hanya memerlukan sekitar RM100-RM200 sahaja untuk membeli buku-buku.

Boleh akak simpulkan di sini, sekiranya adik tidak mempunyai kewangan yang agak kukuh, jika ada tawaran yang lebih baik di Malaysia, pilihlah di Malaysia.

Tetapi jika adik merasakan keluarga agak mampu, atau adik rasa adik akan mampu untuk score yang terbaik, adik boleh cuba mendapatkan biasiswa, datanglah ke Mesir. In shaa Allah bumi barokah. Mutiaranya terlalu indah, terselit dibalik debu-debu pasir kota ini.


Gambar pasar (suq) di Mansoura. Kenalah rajin masak kalau nak jimat hehe :)

Salam sayang :)

Memilih untuk belajar di Mesir.

Ada beberapa adik yang bertanya tentang pendapat belajar perubatan di Mansurah, Mesir (Egypt). Jadi saya fikir, senang saya tuliskan di blog agar mudah untuk dibaca sesiapa yang mungkin mencari. Untuk memudahkan pembacaan, in shaa Allah akan saya tulis kelebihan dan kekurangan dalam bentuk point, elaboration akan saya tulis di link lain (klik sini).

Kelebihan :
  • Yuran dan kos sara hidup yang rendah berbanding ipta di Malaysia (bukan ipts). - (klik sini)
  • Sistem pembelajaran yang menarik - problem based learning(PBL) / conventional. Sistem PBL ialah program twinning Manchester University, United Kingdom. - (klik sini)
  • Ini yang paling special - Banyak sangat kelas-kelas agama dan mutiara ilmu tersimpan sedia untuk digali. Termasuklah softskill dan cara pandang hidup.
  • Sijil perubatan diiktiraf hampir seluruh dunia (Jika di Malaysia, hanya beberapa universiti sahaja yang diiktiraf).
  • Boleh belajar bahasa arab.
  • Professor yang mengajar kebanyakannya sangat hebat, kelulusan luar-negara dan ramai pesakit dengan macam-macam penyakit (negara miskinlah katakan).
  • Ada cuti musim sejuk dan cuti musim panas yang panjang (3 bulan setiap tahun)


Kelemahan :
  • Hidup di negara yang miskin, kurang bertamadun, tidaklah sama sistemnya dengan Malaysia atau mana-mana negara eropah. 
  • Rakyat yang tidak meniktikberatkan kebersihan, banyak sampah dan debu, ditambah suasana keselamatan perlu lebih berhati-hati
  • Kurang clinical skill - perlu usaha sendiri.
  • Perlu banyak berdikari - contoh masak sendiri (tiada makanan melayu), uruskan banyak perkara dalam bahasa arab, homesick, tidak sesuai untuk orang yang berhati tisu.
  • Jika suka shopping, ini bukan negara yang sesuai untuk anda.
  • Paling penting dan utama - sekarang susah nak dapat biasiswa.


Rasanya banyak lagi point yang saya tertinggal ni. In shaa Allah saya akan elaborate lagi di post-post akan datang. Banyakkan solat istikharah dan istisyarah lah bersama ahli keluarga. Moga dimudahkan dalam membuat keputusan. In shaa Allah.



Salam sayang :)

Wednesday, July 15, 2015

Program Perubatan Mansoura University

In shaa Allah di post kali ini saya nak cerita tentang pengalaman berada di jurusan perubatan di Mansoura (Mesir/Egypt). Post ini diharap dapat membantu adik-adik yang sedang timbang-timbang nak buat pilihan yang mana satu, manchester atau conventional programme. 

Jurusan perubatan di sini menggunakan medium utama ialah bahasa inggeris. (kadangkala pensyarah akan menggunakan bahasa arab sekiranya beliau mahu buat lawak). Pembelajaran dibahagikan kepada dua fasa, pra-klinikal (tahun 1 - 3) dan klinikal (tahun 4-6).

Di Mansoura ada dua jenis program perubatan, conventional dan problem based learning (manchester programme). Saya mengambil jurusan manchester dan suami conventional. Program ini tidak sama ditawarkan di seluruh Mesir, setiap universiti punyai program masing-masing, tetapi silibus dipantau oleh kementerian pendidikan dan kesihatan negara Mesir.

Apa beza keduanya? Banyak. Dari segi cara belajar, jumlah kelas, masa cuti, cara peperiksaan dan lain-lain.

Dari segi kualiti pengurusan, program manchester adalah lebih jauh kehadapan, kerana program ini merupakan kerjasama dengan Manchester University, UK. Oleh itu Mansoura University sentiasa membuat research and development, mengambil aduan atau sebarang masalah secara serius agar hubungan dan akreditasi Manchester University dikekalkan. Malah ketika masuk ke clinical year juga pelajar boleh mengikuti transfer programme ke UK (jika taknak, tetapi mahu terus belajar di Mesir juga tiada masalah).
Manakala pengurusan programme conventional adalah agak terkebelakang kerana mungkin mereka sudah biasa dengan perangai 'arab', sebarang aduan biasanya tidak di ambil tindakan. Contoh aduan ialah lecturer menggunakan istilah di dalam bahasa arab, dan pelajar tidak faham sedangkan sepatutnya mereka belajar dalam bahasa inggeris. Mungkin juga mereka mengambil remeh di atas faktor yuran. Pelajar arab conventional membayar yuran yang jauh lebih rendah dari Manchester (tetapi jika international student seperti kita, yuran adalah sama, conventional dan manchester).

Dari segi silibus, conventional menggunakan buku-buku yang banyak dan mereka perlu membaca dan menghadamnya hingga habis kulit ke kulit, sama seperti kebanyakan program perubatan lain di seluruh dunia. Oleh itu dari segi ilmu teori, pelajar conventional mungkin jauh lebih terkehadapan dari pelajar manchester. Buku-buku yang banyak mereka gunakan adalah dibekalkan secara percuma oleh pihak universiti. Mereka juga menggunakan sistem setahun, iaitu peperiksaan sebenar ialah di akhir setiap tahun (pelajar manchester menggunakan sistem semester, bukan setahun). Terdapat juga sedikit exam subjek dan lain-lain. Kelas pula bermula seawal 8.30pagi dan biasanya berakhir sekitar jam 4 petang bagi pra klinikal dan bermula jam 9.30pagi - 2.00petang bagi tahun klinikal. Ini bermakna pelajar conventional mempunyai jadual yang padat pada 3 tahun pertama dan mula ringan pada 3 tahun berikutnya. Perlu diingatkan jadual kelas ini tidak termasuk masa kelas tusyen sekiranya mahu ambil.

Berbeza bagi pelajar manchester, mereka tidak membaca dari kulit ke kulit sebaliknya mereka perlu menghabiskan sasaran (ILO-intended learning outcome) yang ditetapkan. Berdasarkan nama, problem based learning, manchester lebih terkehadapan dari sudut ilmu klinikal memandangkan silibus cuba digubal dengan konsep klinikal dan mengurangkan teori-teori yang dianggap kurang penting. Peperiksaan penilaian adalah bersifat semester, iaitu dua kali setahun. Diantaranya juga terdapat kuiz-kuiz kecil. Markah juga diambil kira dari kedatangan ke kelas, markah medical assignment yang ditetapkan dll. Buku-buku perlu dibeli sendiri dan kebanyakan rujukan akan menggunakan internet. Tahun pra klinikal manchester pula adalah lebih lenggang dan tidak sibuk (kelas mungkin bermula jam 10pagi dan berakhir jam 1petang), tetapi akan menjadi sibuk apabila memasuki tahun klinikal (kelas seawal 9pagi - 4petang).

Anggaran kasar jadual, tempoh belajar setahun begini :

Conventional :
September - Januari : Kelas
Januari : Peperiksaan Pertengahan tahun
Januari - Februari : Cuti Musim sejuk
Fabruari - Mei : Kelas
Jun - Julai : Peperiksaan Akhir Tahun
Julai - September : Cuti musim panas

Manchester
September - Disember : Kelas
Januari : Exam Semester
Januari - Februari : Cuti musim sejuk
Fabruari - Mei : Kelas
Akhir Mei : Exam Semester
Jun - September : Cuti musim panas

Secara keseluruhan dan dari pengamatan, saya lebih memilih program Manchester kerana saya menyukai case learning daripada direct reading. Tetapi kelebihan bagi pelajar conventional kebiasaannya mereka mendapat cuti (study leave) yang lama bagi mengulangkaji peperiksaan (hampir sebulan), manakala pelajar manchester hanya mendapat seminggu cuti untuk ulangkali. Tetapi secara konklusi, ianya adalah bergantung kepada cara belajar yang kita selesa dan berbeza mengikut individu.


Gambar selesai poster presentation case study.

Salam sayang :)

p/s : Boleh juga rujuk http://myflyingkite.blogspot.com/2015/07/memilih-untuk-belajar-di-mesir.html

Saturday, July 11, 2015

Masalah

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Apabila berlaku satu masalah atau ujian, dalam skala besar atau kecil, seringkali kita tertanya, dimana silapnya? Siapa yang bersalah? Dimana mungkin dibaiki?

Bila kita berfikir, kita akan berjumpa dengan berbagai-bagai asbab. Kalaulah aku begini, kalaulah dulu begitu.

Memang benar, yang salah itu perlu diperbaiki. Tetapi sebenarnya mungkin yang paling utama perlu diperbaiki ialah hubungan kita dengan Tuhan.

Sebenarnya semuanya salah aku, lemah aku lupa Tuhan.
Moga Tuhan mengampuni dosaku selalu.

Thursday, July 2, 2015

Cinta Ramadhan

Bila menyambut Ramadhan di perantauan antara yang saya rindui di Malaysia ialah suasana dan keluarga. Berbuka bersama-sama di rumah nenek atau jalan-jalan di bazar Ramadhan cuci mata.

Tapi yang paling indah ialah suasana (biah solehah) yang ditinggalkan oleh emak dan ayah. Biasanya setiap Ramadhan ayah akan ulangkali cek sudah berapa juzuk dihabiskan. Anak-anak mesti menghabiskan bacaan Al Quran sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadhan, dan semua pergi solat terawih di masjid. Masa kecil-kecil lagi ayah suka bawa ke masjid yang berlainan agar kami adik beradik rasa seronok, ala-ala pengembaraan terawih Ramadhan. Ayah memang seorang yang sangat menjaga waktu solat dan berjemaah di masjid setiap waktu, walaupun di luar waktu Ramadhan.

Bila berjauhan, tiada lagi yang cek bacaan, tiada lagi yang kejut sahur atau jalan kaki ramai-ramai ke masjid.

Akhirnya kita akan mengingati apa yang indah, dan memori itu lebih indah dan manis dengan keterikatan Tuhan. Tanpa cinta Tuhan, umpama kenangan semalam, lupa sekelip mata atau sekadar ingatan tanpa makna.