Dalam post sebelum ini (klik sini) ada akak ceritakan tentang kos pengajian lebih murah berbanding ipta tempatan (IMU, CUCMS, Monash dll) dan negara lain (Indonesia, Russia, India).
Secara keseluruhannya, yuran pengajian perubatan di Mesir dan kos sara hidup adalah antara yang termurah di seluruh dunia. Yuran sahaja tidak termasuk sara hidup 9200USD (sekitar RM30,000) setahun. Jika dibandingkan ipta tempatan RM50,000 dan ke atas. Tetapi sekiranya mendapat ipts (UM, UPM, USIM dll) adalah lebih bagus kerana ditanggung penuh oleh kerajaan (JPA biasanya), maka tidak perlu risau tentang yuran.
Faktor pertama yang akak tulis mengenai kewangan adalah kerana, sekiranya adik rasa tak mampu untuk family adik tanggung sekitar RM30,000 setahun untuk yuran, akak cadangkan adik tak payah datang (melainkan adik sudah mendapat tajaan yayasan negeri atau biasiswa).
Sekiranya adik berhasrat untuk cuba mendapatkan biasiswa, boleh, tetapi peluangnya agak tipis (memandangkan kedudukan kewangan Malaysia yang semakin teruk). Dalam 1 batch, yang mungkin memperoleh biasiswa adalah sekitar 20% (jika dalam batch ada 100orang, hanya 20 orang yang mungkin berjaya mendapat biasiswa). Itupun adik perlu berusaha keras dan memastikan mendapat keputusan yang cemerlang. Biasiswa setakat ini yang ada adalah JPA dan MARA. Sesetengah negeri juga ada yayasan negeri atau zakat yang mungkin boleh membantu jika keputusan tahun pertama adik cemerlang (bergantung pada negeri masing-masing).
Akan ada ejen-ejen penghantaran pelajar yang menjanjikan manis seperti biasiswa dan sebagainya, tetapi realiti tidak seindah yang dikata. Pengalaman akak sendiri sudah berjumpa dengan beberapa rakan yang tidak dapat menyambung pengajian dan balik ke Malaysiaa kerana tidak mampu menanggung yuran yang banyak.
Tetapi tdak bermakna mustahil. Alhamdulillah akak antara yang berjaya mendapatkan biasiswa JPA selepas naik ke tahun dua dengan menggunakan keputusan pengajian tahun pertama (sekurang-kurangnya adik perlu mendapat mumtaz >85% atau jayyid jiddan >75%).
Suami akak pula, telah menggunakan keputusan SPM dan memohon biasiswa yayasan negeri terengganu, maka perbelanjaan pengajiannya telah ditanggung sejak dari awal lagi. Antara inisiatif ialah adik boleh cuba bertanya pejabat zakat di negeri masing-masing atau bertanya pada senior negeri tersebut.
Kos sara hidup di Mesir boleh juga dikatakan murah. Bergantung kepada lifestyle hidup masing-masing. Kalau adik-adik kategori berjimat cermat, mungkin RM500 (1000LE) sudah cukup untuk hidup di Mansurah. Tetapi kalau mahu lebih selesa, boleh sediakan sekitar RM650(1300LE) sebulan. (Sewa rumah + bil : 500le sebulan dan selebihnya perbelanjaan dapur, pengangkutan, buku dan lain-lain).
Kos bahan pengajian pula tidaklah mahal kerana kebanyakan buku-buku ditulis oleh professor universiti di sini dan boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Dalam setahun mungkin hanya memerlukan sekitar RM100-RM200 sahaja untuk membeli buku-buku.
Boleh akak simpulkan di sini, sekiranya adik tidak mempunyai kewangan yang agak kukuh, jika ada tawaran yang lebih baik di Malaysia, pilihlah di Malaysia.
Tetapi jika adik merasakan keluarga agak mampu, atau adik rasa adik akan mampu untuk score yang terbaik, adik boleh cuba mendapatkan biasiswa, datanglah ke Mesir. In shaa Allah bumi barokah. Mutiaranya terlalu indah, terselit dibalik debu-debu pasir kota ini.
Gambar pasar (suq) di Mansoura. Kenalah rajin masak kalau nak jimat hehe :)
Salam sayang :)
2 comments:
Akak,boleh dpt contact akak,?sy nak tnya something?
Assalamualaikum,
Terima kasih atas pengkosian pengalaman. Saya berharap saudari akan terus menulis pengalaman belajar di Mesir kerana saya berhastrat untuk menghantar anak perempuan saya belajar disana sekiranya dia tidak layak umtuk menyambung pelajaran di IPTA. Penulisan saudari sedikit-sebanyak akan membantu saya dalam membuat keputusan samada untuk melepaskan anak perempuan tersayang saya menuntut di Mesir atau sebaliknya. Maklumlah sebagai seorang bapa saya perlu memastikan yang terbaik untuk anak saya baik dari segi kualiti pembelajaran di Mesir mahupun aspek keselamatannya. Terima kasih dan terus menulis
Post a Comment