Showing posts with label #Pengalaman Umi. Show all posts
Showing posts with label #Pengalaman Umi. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

Summer Break

Sekarang baru mula cuti summer lepas habis exam final. Tahun ini cuti tak balik Malaysia, sebab tahun depan dah habis belajar, maka rancangnya nak balik terus akhir bulan 3. Biasalah bila tak balik rasa sedih sobs.

Tahun ini satu family raya di Australia. Sebab temankan Umar, mak kesian tengok Umar selalu tak dapat cuti jalan-jalan macam orang lain. Jadi saja semua raya di Australia, sebab tu rasa tak sedih sangat raya kat sini.

Cuma rasa sedih sikit tak dapat join pergi family outing, dan rasa sedih jugak Yusuf tak dapat jumpa atuk nenek tokbah nekma. Yusuf membesar cepat sangat. Sekarang baru 6 bulan tapi dah hensem dan macam-macam perangai. Golek sana sini. Tidur pun dah ada gaya, terpusing-pusing. Kalau tahun depan balik agaknya Yusuf dah pandai berjalan dan tumbuh gigi. Sedihnya :( Yusuf hensem janganlah membesar cepat sangat.

Everything seems to move too fast. The next pit maybe I've already becoming grandma too, or my hair all turn white, or maybe I didn't have the chance to see all of it neither.
No matter what happen, may my heart be the same, may my love towards Him everlasting and keep on improving from one day to the next. If and only if.



Yusuf's officially 6 months old :D

Sunday, June 22, 2014

Anak Umi dan Abi yang 1st :)



Bismillah. Alhamdulillah selesai peperiksaan akhir untuk semester ini. Sebelum ni sibuk sikit dengan study dan kerja-kerja. Baru dapat nak update blog semula sekarang :)

Kali pertama tahu mengandung, tak tahu pun mengandung :P




Mujahid ke mujahidah? :)


Masa mula-mula perkahwinan (September 2014) memang rasa belum ready lagi, dan mungkin nak buat family planning dulu. Orang kata mula-mula nikah nak enjoy-enjoy hehe. Lagipun masa itu masih sibuk dengan balik semula ke Mesir, cari rumah baru, masuk rumah, sibuk dengan program AHLAN (sambutan adik-adik baru ke Mesir), jadi kira penuh la jadual September, Oktober.

Disember 2014 sewaktu cuti musim sejuk alhamdulillah berpeluang sekali lagi satu family ke Turki main salji dan ice boarding dan cuti-cuti. Pusing-pusing Mesir dengan keluarga. Penuh jadual Disember dan Januari dengan study lagi.

 Belajar hidup baru selepas nikah. Masuk bulan Februari 2015, saya fikir kami macam sudah stabil sikit. (Dah bosan la tu hidup berdua :P).

Masuk awal bulan April 2015, saya masih macam biasa-biasa. Cuma rasa tahap kesihatan tu agak menurun. Kulit rasa gatal-gatal (Ingatkan Eczema - sebab ayah ada Eczema - Keturunan). Selesema dan bersin setiap pagi sepanjang bulan (Ingatkan sebab musim sejuk). Kemudian lambat datang period (Masa ini ada terfikir mungkin mengandung, tapi tak nak mengaku sebab masa bulan Februari baru cek urine test - Tak mengandung). Lagipun ada pernah sekali pengsan masa tengah tengok patient dekat hospital (Ward Round).

Lepas 37 hari lebih kurang masih tak datang period, ajaklah Encik Suami pergi klinik OnG. Ingat nak mengadu menstrual cycle tak betul (Dengan rasa gatal-gatal, tak sihat, selesema lagi). Ingatkan memang tak sihat la. Masa itu Encik Suami tak masuk jumpa doktor, tunggu luar.

Masa jumpa doktor beritahulah semua complaint, (tak period lagi, selsema, pengsan, gatal-gatal), sambil beritahu doktor  "and I don't think I'm pregnant ". Hahaha.

Kemudian doktor pun angguk-angguk dan imbas dengan ultrasound.

"Ok. I see a cyst over here, and I think this is a baby. Perhaps the cyst is the Corpus Luteum"

Masa tu agak tak tahu nak bagi reaksi apa. Kemudian doktor suruh buat urine test dan beberapa minit kemudian keputusannya positif. Sambil doktor cuba yakinkan "This is a good pregnancy test". Hahaha.

"It is still very small. Another 2 weeks you can come again." (Masa ni doktor anggarkan beby dalam 5 minggu). Doktor arahkan untuk ambil Folic Acid (setiap hari) dan B-complex (Injection IM 2x seminggu).

Keluar dari bilik doktor, Encik Suami pun tanyalah doktor kata apa.

"Doktor kata ada beby" (Dengan muka biasa-biasa : actually masa itu tak tahu nak buat muka apa).

Encik Suami gelak-gelak. Dia ingat saya tipu hahaha :P

Ini anak Umi dan Abi 8 minggu lepas itu :)




In shaa Allah posting selepas ini nak cerita tentang pengalaman mengandung dalam tempoh 1st trimester.(14 minggu pertama a.k.a 3 bulan pertama). Cerita tentang alahan dan macam mana pengalaman hadapi 1st trimester. Hopefully it can inspire people out there atau just tolong bantu-bantu mana patut. Sharing disini hanyalah pengalaman untuk dibaca semula satu hari nanti. Masa tu beby dah besar boleh baca ye :D

Alhamdulillah Allah swt beri rezeki untuk sekarang ini merasai nikmat mengandung :)

Mohon doa dari semua :D