Monday, November 22, 2010

dimanakah kita?


Masjid-masjid Turki tidak seperti di Mesir, tidak juga Malaysia. Mereka tidak ada surau-surau kecil. Besar, tinggi dan luas! Susah mahu digambarkan. Setiap masjid mereka seolah direka khas, supaya terlihat dari jauh. Rata-rata mempunyai saiz yang gah, seperti gahnya kerajaan Turki Uthmaniyyah di sini suatu masa dahulu.
gambar masjid di antara masjid-masjid di Turki
Emak dan ayah yang x ketinggalan kagum dengan masjid-masjid di sini.

Kesempatan menjejakkan kaki ke Istanbul pada pada julai yang lalu memberikan diri ini kesempatan melihat sendiri kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh yang menawan kota Konstantinople ini dari tangan Raja Byzantium yang bongkak.
Selepas Barat berjaya menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, mereka melaksanakan rancangan mereka sedikit demi sedikit. Mustafa Kamal at-Tarturk dahulunya merupakan seorang pemimpin tentera Uthmaniyyah, melaksanakan agenda-agenda barat bertopengkan Islam.

Adikku, Hamzah, yang ingin melepaskan marah pada gambar Mustafa Kamal at-Tarturk =p

Bapa pemodenan barat ini menutup sekolah-sekolah agama, menguatkuasakan undang-undang pengharaman pakaian Islam (termasuklah tudung), menukarkan masjid-masjid menjadi muzium dan bermacam-macam lagi. Padan ketika itu, azan berkumandang dialih bahasa Turki. Usaha intensif dijalankan untuk menghapuskan semua tulisan arab termasuklah di sekolah-sekolah dan institusi kerajaan bagi memastikan umat Islam generasi akan datang di Turki tidak tahu membaca al-Quran dan sekaligus, hanya Islam pada nama.
Kesempatan yang diberikan Allah untuk bersembahyang jemaah di salah sebuah masjid di Bandar ini pada subuh itu telah menggugah hati kecil ini. Lapan saf! Majoritinya dipenuhi golongan muda. Mereka inilah yang tidak menjadikan Islam sebagai warisan, tetapi pilihan!
Jaulah ke Turki memperlihatkan semangat juang pemuda-pemudi Islam di sana. Sedang golongan emas mereka hanyut hasil didikan barat, golongan muda mereka mencari Islam.
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
( Al-maidah : 54)
Kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan ke Palestin yang menggemparkan dunia pada pertengahan tahun ini kerana diserang Israel, mengorbankan beberapa syuhadah-syuhadah Islam. Dikatakan antara syuhada’ yang paling muda di kapal itu berusia 21 tahun berasal dari Turki. Dia menyerahkan nyawanya di jalan Allah.
SubhanaAllah. Mudah-mudahan Islam di Turki terus bangkit, membariskan pejuang-pejuang Islam. Malaysia, bila lagi?
Dari Nukman bin Basyir katanya,

“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?”

Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan).

Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.
Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.

Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”

Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

(Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273)

Di manakah kita wahai saudaraku?

Ya Allah, walaupun aku mungkin tidak berkesempatan untuk berperang di suatu masa nanti, di dalam perjuangan menegakkan agama Mu, namun jadikanlah aku antara syuhada’ yang menjadi titik-titik permulaan kegemilangan agama Mu.

3 comments:

ibnu muslim said...

alhamdulillah..moga saya juga diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke kota bersejarah itu...^^

husnazubir said...

alhmdlh,..seronoknya..dh smpai ke turki..dgn mk ayah pulak tu..alhmdlh3..nk jugak , insylh jadi syuhada di jlnNya..byk lg amal dan iman y perlu ditopup utk smpai ke thp itu..mudah2 an kita smpai ke jannahNya..amin :)

husnazubir said...

alhmdlh,..seronoknya..dh smpai ke turki..dgn mk ayah pulak tu..alhmdlh3..nk jugak , insylh jadi syuhada di jlnNya..byk lg amal dan iman y perlu ditopup utk smpai ke thp itu..mudah2 an kita smpai ke jannahNya..amin :)