Sunday, December 5, 2010

Jihad seorang Islam..


Menitis juga air mata kerana kejauhan. Kerana mengenangkan betapa susah dan perit setiap perjuangan. Kalau ikutkan hati, pulang saja ke tanah air. Sekali dengan rakan-rakan mendapat panggilan pihak penaja bulan januari. Tapi sekali keputusan telah di ambil, jalan jihad ini telah dipilih. Perlu terus kuat.
SubhanAllah.. dugaan demi dugaan..
Membaca email titipan seorang ibu yang penuh menyokong anaknya dari belakang. Bagaimana kuatnya seorang ayah menampung perbelanjaan aku. Kerana mereka berdua yakin, jihad dijalan ini. Walaupun tidak kaya. Mereka tidak pernah mementingkan diri mereka sendiri. Sedangkan mereka boleh sahaja menggunakan duit itu untuk hidup bermewah-mewah daripada menampung hutang. Betapa perih hati ini.
Kadang2 aku sering tertanya-tanya, Ya Allah, jalan inikah yang Engkau mahu aku tempuh? Sekiranya benar, Engkau kuatkanlah aku. Ya Rahman, Ya Rahim..
Selepas peperiksaan A-Level, aku berkesempatan menunaikan umrah. Di masjidilharam, aku diberi kesempatan oleh Allah untuk bersembahyang.
Aku berdoa, Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku. Engkau bantulah aku untuk ‘fly’.
Doaku sampai di situ. Aku xpernah terfikir untuk ke mesir. Sewaktu itu hanya terdetik di hati ingin belajar bahasa arab. Aku memohon doa untuk fly, walaupun aku tidak menyebut untuk ke UK, namun aku xpernah terfikir selain dari itu.
Selepas mendapat pengesahan dari pihak penaja, hatiku terdetik,
Doa aku kat masjidilharam, xtermakbul ke?
Sungguh, xterlintas langsung untuk ke mesir. Kerana aku tahu, aku bukanlah anak orang kaya dan berada. Aku xterfikir apa2. Aku hanya redha, pada waktu itu. Mencari-cari keampunan tuhan.
Pada 24 September, ayah aku bertanya,
“Nak pergi mesir? ayah akan usahakan. Hal duet jangan fikir. InsyaAllah ni kan jihad. Nanti satu hari nanti kat padang mahsyar, kalau Allah tanye pada ayah, apa yg kamu dah buat dengan rezeki yang Aku kurniakan untuk kamu? Ayah bole jawab, saya dah menggunakan nya untuk seorang doktor Islam.”
SubhanAllah.. betapa besarnya kekuasaaan Mu.. Engkau memakbulkan doa sesiapa yang memohon kepada Mu dan kepada Mu tempat kami berserah..
Alhamdulillah, doaku dimakbulkan..
Ya Ghofur, Ya Aziz, Ya Malik.. Engkau sayangilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka telah menyayangi ku semenjak aku kecil dan Engkau peliharalah mereka seperti mana mereka telah mendidik ku semenjak kecil. Engkau limpahkan rezeki-rezeki Mu yang halal kepada mereka, dan kau berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

1 comment:

permata ibu ayah said...

salam

selamat berjuang sahabat(^_^)