Sunday, July 24, 2011

ikhlaskah kita?

ramai orang cakap kita kena ikhlas dalam perbuatan kita.. tapi macam mana nak tahu kita ni ikhlas atau tidak?

bila kita membuat sesuatu dan kita mengharapkan balasan, contoh yang paling mudah, selalu x kita dengar rungutan macam ni :

aku penat2 tolong dia xcakap terima kasih pon!! huh!!

oke mungkin selepas mengeluarkan ayat sebegini cuba kita fikir semula, ikhlaskah kita? perlukah ucapan terima kasih? perlukah orang itu membelanja kita makan?

sekiranya kita ingin membantu, letaklah Allah sebagai tujuan hidup kita.. jadi kita xkan sedih atau marah, tapi sebaliknya kita akan merasa gembira sebab dapat membantu seorang lagi saudara kita..

Allah s.w.t memberikan nikmat2 Nya kepada hambaNya tanpa meminta bayaran atau balasan.. kita sebagai hamba yang selama ini hanya menerima dan terus menerima, layakkah kita utk menuntut balasan dan merungut2? sedangkan bantuan yang kita berikan kepada seorang saudara yang lain itu sangatlah kecil dibandingkan nikmat yang telah Allah berikan kpd kita selama ini..


hiduplah pada memberi.. kerana yang memberi itu lebih baik dari yang menerima..

yakinlah Allah sentiasa membantu hambaNya yang membantu saudaranya yang lain =)


p/s :
tapi statement di atas tidak sama sekali mengatakan bahawa kita xpayah berterima kasih pada apa2 pertolongan.. tapi dengan mengucapkan terima kasih mudah2an orang itu akan merasa gembira dan rasa dihargai.. bukankah indah dunia ni jika semua orang suka memberi dan berterima kasih? =)

No comments: