Tuesday, July 12, 2011

ibrah marah..


hari ni saya marah kat seseorang.. padahal saya puasa.. sy cuba utk menahan marah.. sebab orang itu mencarut2 dan mencaci2.. sy geram dan berazam nak membongkarkan penipuannya.. padahal saya puasa..

selama ni sy private kan gambar saya di facebook.. selepas puas hati berjaya membongkarkan penipuannya saya pon terus delete dia dari friend list.. sambil2 dalam hati masih geram.. padahal berpuasa..

saya tukar setting supaya comment hanya friend sahaja.. selepas remove dia dari friend.. selepas kononnya berpuas hati..

selepas malam, dalam 5 jam selepas menukar setting, tiba2 seorang kenalan baru menegur sy di fb..


  • delete gmbar awk yg ni
  • awk nmpk manis dah
  • tp gmbar ni
  • simpan tuk diri sndiri je

sy tergamam.. baru saya perasan sy dah tertukar setting picture di fb kepada semua kenalan saya.. maksudnya gambar sy bukan lagi private tetapi telah menjadi tatapan umum selama 5 jam..

5 jam..

subhanaAllah...

saya cuba membongkar penipuan orang.. dalam keadaan berpuasa.. sedangkan sy sepatutnya bersabar..

Allah memberikan saya ibrah yang terindah.. diberikannya saya 5 jam.. dan dihantarkan seorang utk menegur saya..

bayangkanlah betapa saya sendiri tidak pernah menegur andai terlihat gambar2 yang tidak sepatutnya dilihat.. tetapi Allah hantar seorang insan utk menegur dikala saya tidak sedar..

SubhanAllah..

seandainya kamu tutupi aib saudaramu, insyaAllah Dia akan menutupi aibmu..

ibrah utk seorang hamba yang marah ketika berpuasa..

2 comments:

...better to be unknown... said...

wonderful story...

Syukri Kamaruddin said...

:) alhamdulilah.. ada yg ingatkn awk.. tu la guna nya saudara . kn.

lepas ni kalau nk marah kena fikir 2,3 kali ni.he (^_^)