mungkin kita biasa mendengar kisah2 tokoh2 ahli sufi Islam yang terkenal yang hidupnya di abdikan untuk cinta Allah smata2.. Rabi’atul Adawiyah yang hidup di zaman pemerintahan Bani Umaiyah yang memilih utk tidak berkahwin sepanjang hidupnya malahan menolak pinangan raja Basrah ketika itu dan juga ulama terkenal Hassan al-Basri.. dan mungkin ada segelintir yang tertanya2, bagaimana mereka boleh hidup dengan mengabaikan dunia?.. Tidakkah itu melanggar apa yg diajarkan Nabi Muhammad s.a.w?
di harap hadith ini dapat merungkai jawapannya..
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.
Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri-ciri mereka?
Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Perkawinan itu memang perlu bagi siapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharap syurgaMu maka jauhkan aku dari syurgaMu ! Tetapi jika aku menyembah- Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat zat-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
- Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah-
p/s : terima kasih =)
No comments:
Post a Comment