Friday, August 12, 2011

Dihyah & malaikat Jibril


Dari Jabir bin Abdullah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda :

"Telah diperlihatkan para nabi kepadaku..

Adapun Musa a.s bagaikan seorang lelaki dari suku Syanu'ah (kabilah dari Yaman, bentuk tubuh mereka tidak gemuk dan tidak kurus -sederhana).

Aku melihat Isa bin Maryam a.s. ternyata orang yang pernah kulihat yang lebih mirip kepadanya adalah 'Urwah bin Mas'ud (Urwah bin Mas'ud as-Tsaqafi adalah sahabat Rasulullah s.a.w. utusan kaum Quraisy kpd Rasulullah s.a.w pd perjanjian Hudaibiyah dan memeluk Islam pada 9H).

Dan aku melihat Ibrahim a.s. ternyata orang yang pernah kulihat yang lebih mirip kepadanya adalah sahabat kalian ini (iaitu Nabi Muhammad s.a.w sendiri).

Aku juga melihat malaikat Jibril a.s. ternyata orang yang pernah kulihat yang lebih mirip kepadanya adalah Dihyah"

Sahih diriwayatkan dari Qutaibah bin Sa'ad, dari Laits bin Said, dari Abu Zubair yang bersumberkan dari Jabir bin Abdullah.
Sahih Muslim 167/271, Sunan Tirmidzi 3639 (Imam Tirmidzi berpendapat hadis ini hasan shahih gharib)

***********

Dihyah ibnu al-Khalifatu al-Kalbiy : adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang mengikut jihad selepas perang Badar, ia berwajah tampan.

Kerana tampannya beliau, kadangkala beliau menutup wajahnya agar tidak menjadi fitnah bagi kaum wanita.

Beliau juga merupakan salah seorang yang mengikuti bai'atur Ridhwan.

Kadangkala Jibril datang menjumpai Rasulullah s.a.w menyerupai Dihyah.

Dihyah singgah di Syam lalu menetap di Mizzah hingga wafat pada zaman Muawiyyah.

Dihyah merupakan utusan Rasulullah s.a.w utk menemui Heraclius di Himsh.

*Kerana tampannya beliau, kadangkala beliau menutup wajahnya agar tidak menjadi fitnah bagi kaum wanita. - comelkan?

SubhanAllah.. indahnya ciptaan Allah ^^

seorang lelaki yang takut akan fitah wanita.. tapi kita zaman sekarang sibuk nak tayang2 keindahan.. Astaghfirullah..

1 comment:

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

currently enjoying Cahaya Al-Muhammadiyyah translated by Muhammad Masnur Hamzah from asy-Syama'il al-Muhammadiyyah by al-Imam al-Hafidz At-Tarmizi =)