sangat bersyukur rasanya selepas memakai niqab kerana orang tidak tahu apa yang dirasa.. marah, sedih, letih semua mampu disembunyikan sebaiknya menjadi rahsia antara saya dan DIA..
asalnya saya telah dengan sukarela menawarkan diri untuk mengajar kumpulan tarian di tempat saya untuk pertandingan PERUBATAN Sports Day bahagian siswi di Zagazig nanti.. banyak yang telah saya timbang sebelum mengambil keputusan itu.. malahan saya hampir2 membatalkannya kerana saya merasakan ianya adalah tidak islamic serta bertentangan dengan prinsip pembaziran masa yang saya amalkan..
namun selepas saya memikirkan semula, hukum asal tarian tidaklah haram selagi mana ianya tidak melanggar mana2 hukum Islam dan ikhtilat yang digariskan (memandangkan hanya perempuan sahaja yang akan menjadi penonton) saya mula merasakan ini juga merupakan medan dakwah saya..
saya merancang dengan baik dengan meletakkan syarat di setiap latihan, akan ada pengisian berbentuk tazkirah yang diberikan. disamping menjaga ketat akan hukum2 Islam yang lainnya. agar wanita2 merasa izzah dengan Islam dan merasa berapa beruntungnya dilahirkan sebagai Islam yang membenarkan mereka berhibur selagi di dalam batas-batas syara' yang dibenarkan. dengan kata lain, ingin membuktikan pada mereka, Islam bukanlah sebuah agama yang menghalang fitrah manusia sebaliknya meraikan setiap keinginan tetapi dengan syarat yang ditetapkan ALLAH S.W.T sebagai Raja..
sungguh jika mahu diisi di dalam jadual waktu saya, saya mahu berhenti sahaja dek kerana keletihan.. buat apa mahu menari lagi? ini bukanlah satu bentuk akademik atau apa2 sahaja.. tetapi sebaliknya andai saya ingin menyebarkan keizzahan Islam, inilah salah satu jalanNya. mungkin mereka2 ini tidak berminat untuk menyertai usrah, mungkin saya boleh meraikan mereka dan memberikan mereka dengan pengisian berbentuk berbeza..
sampaikan sewaktu saya mencari sesiapa yang mahu menyertai, terdapat mereka2 yang tidak menyokong gerakan kami berkata "hai sejak bila pulak PCM pandai buat tarian ni?"
dan saya menjawab "bestkan Islam. boleh je menari selagi xlanggar arahan ALLAH. bukan PCM ckp xboleh. kalau Allah bg, PCM mesti bagi"
hati saya kuat dengan mad'u2 ini. jika mereka bertanya, saya mampu menjawab dengan baik dan lembut.. semangat dikerah walau sedikit kekuatan dan masa yang tinggal. kamu penyebar Islam, teruskan niatmu..
tetapi hari ini hati saya tewas.. perjalanan jauh menambahkan penat dan mungkin syaitan2 bergayutan di kiri kanan memeriahkan lagi rasa penat.. apabila dai'e2 menuduh saya menggunakan logik akal semata2 dan memandai2 dalam membenarkan tarian..
saya berasa sakit dan syaitan menambahkan lagi goresan2 dan carikan hati saya.. dan saya membuat keputusan membatalkan tarian ini. kerana hati seorang dai'e yang tidak mampu menahan tuduhan merosakkan agama dari daie' yang lain..
dan aku harus mengerti, itu hanya permainan syaitan yang membuatkan aku untuk berhenti.. menghasut hati menjadi besi.. syaitan aku mohon engkau berhenti.. aduh, semoga lembutlah hati ini..
http://sayangislam.com/2012/01/29/wanita-kelantan-juga-mahu-berhibur/
http://myadha.blogspot.com/2008/05/hukum-menari-dalam-islam.html
http://komuniti.iluvislam.com/topic/22597-hukum-muslimah-menari/
http://myadha.blogspot.com/2008/05/hukum-menari-dalam-islam.html
http://komuniti.iluvislam.com/topic/22597-hukum-muslimah-menari/
p/s : dan saya bukan buat semua ini untuk awak.. selama ini saya buat semua sebab ALLAH S.W.T semata2 dan agamaNya =)
2 comments:
Assalamu'alaikum Rabiatul Adawiyah
Moga Allah terus beri kekuatan...
menyampai dakwah dalam medium yang pelbagai...
yang disesuaikan dengan biah dan minat mad'u...
Selagi tidak bercanggah syarak...
Ia tetap menjadi ibadah
Asal tidak melampau batas
Pedulikan kata yang suka menghukum
Cari kata yang penuh empati
dan memahami fiqh dakwah yang luas.
Salam ukhuwwah
Ummu Abbas
sayang ada!!
may ALLAH ease.
Post a Comment