Kini jarang2 punya masa untuk mengupdate blog. Benarlah kata-kata Hassan al-Banna, amanah yang dipikul di dunia ini lebih banyak daripada masa yang diberikan..
Hendak mengadu penat demi program2 Islam tetapi malu pada diri. Penat apakah yang ingin kau adukan? Menghayun pedang berjuang di medan jihad? Andai para sahabat mengenal penat, tidak sampailah Islam ke bumi asia. Bukankah memang jelas bagi mu rehat hanyalah di syurga?
Mengapa perlu cemburu pada manusia yang menghabiskan masanya dengan menonton movie sepanjang malam, tidur sehari siang. Kerana dasarnya cemburu itu lebih banyak pada mereka yg bermunajat di sebahagia nmalam dan bermujahadah di perjalanan siang.
Musim mencari bakat nyanyian ditempat pengajian kembali lagi. Pernah seorang teman bertanya, eh awk x pergi ke? Dan aku menggelengkan kepala.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda,
“daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak berguna”.
(At-Tirmidzi)
Aku bukanlah menafikan sebarang bentuk hiburan tetapi sebagai seorang Islam, aku merasakan pertandingan ini memerlukan penelitian terutamanya di bahagian syarat & peraturan. Pandangan Islam, meletakkan wanita di tahap yang tinggi, jadi syarat pertama yang perlu dibuat ialah wanita adalah sama sekali dilarang dipertandingkan terutamanya di khalayak lelaki yang ramai.
Seandainya Nabi Muhammad S.A.W masih hidup, dan baginda berada di sini ketika ini, tidak malukah engkau ditemui di dalam majlis seperti itu?
and yes indeed we have so many talents :)
……………………………………………………………………………………
andaikan seribu seksaan, jemput rindu syahid yang penuh kenikmatan..
cintaku hanya untukmu, tetaplah diriku.. selalu..
No comments:
Post a Comment