Akhirnya mereka dilaporkan hilang oleh keluarga mereka dan ahli rumah mereka tanpa mengetahui kedua pelajar tadi telah menjadi mangsa rogol dan bunuh dan telah dibakar mayatnya di dalam ladang kurma di luar bandar berkenaan.
Ya, ini bertdasarkan kisah benar. Tetapi di dalam kisah benar ini, mangsa telah berjaya menyelamatkan diri dan menceritakan kisah ini sebagai pengajaran buat yang lain. Kisah benar ini boleh berlaku di mana sahaja, pada bila2 waktu dan tidak mengenal siapa. Mungkin anda, ahli rumah anda atau ahli keluarga anda (adik, kakak etc).
Terutamanya apabila anda tinggal jauh dari negara sendiri. Apa anda kira anda dilindungi oleh undang2 negaraMesir? Tidak! Jauh sekali! Sekiranya terjadi kes jenayah bagi pelajar Malaysia di sini, dengan keadaan politik dan keselamatan yang belum benar-benar stabil, anda hanya mampu menyesal. Menyesal dengan sesungguhnya. Sekiranya anda selamat dan umur masih panjang, anda mungkin dihantui detik hitam itu seumur hidup anda. Sekiranya anda mati dibakar, tiada siapa yang bakal mengetahui dimana anda dikebumikan.
Sekiranya anda masih xpercaya, hubungi saya.mungkin saya boleh temukan anda dengan mangsa yang sebenar.Kerana ini memang berdasarkan kisah benar.
Masih rasa tidak cool utk menggunakan sistem musyrif? Atau masih rasa menyusahkan musyrif? Atau merasakan sistem musyrif ini tidak best? Jawapannya ada di tangan anda.
Keluarlah hanya bila perlu. pakailah pakaian yg sepatutnya. jaga aurat anda. kerana anda tidak tahu mungkin ada yang memerhatikan anda. Sayangi musyrif. Gunakan musyrif sebaiknya bagi menjaga keselamatan dan berusaha untuk tidak menyusahkan mereka dengan keluar tanpa tujuan. Pesanan ikhlas buat siswa supaya sudi menjadi musyrif dan buat siswi yang masih degil tidak mahu menggunakan musyrif.
Kerana mungkin SEKARANG bukan anda atau keluarga anda. Tetapi satu hari nanti?
JAKSI sayang anda :)
No comments:
Post a Comment