assalamualaikum..
bagaimana khabar iman hari ini?
dan bagaimana dengan hati?
semoga Allah berikan ketetapan pada hati-hati ini
untuk terus menyusuri jalan dakwah ini..
walaupun terkadang.. fitnahan.. cacian.. makian..
seringkali mewarnai perjalanan panjang ini..
dan raga.. jiwa.. harta.. airmata.. lelah dan jenuh.. telah kita persembahkan..
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan bayaran syurga untuk mereka... Maka gembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang terbesar.. (at-Taubah : 111)"
kebelakangan ini terasa semakin lemah..
bukan kerna lelahnya perjuangan..
tetapi kerana lemahnya iman..
maka bertanyalah hati ;
pantaskah aku mengeluh dalam mengharungi jalan ini?
kerana hakikatnya, dakwah ini..
ada atau tidaknya aku disana, dakwah akan tetap diperjuangkan..
saudara2ku di palestin,
mujahadah mereka menggentarkan hati musuh!!
telah mereka persembahkan lebih dari apa yang aku persembahkan..
mereka berlumba-lumba, menjemput seni kematian yang paling indah..
palestin martyr
dan bagaimana dengan aku?
karya seni apakah yang telah aku persembahkan untuk perjuangan ini?
No comments:
Post a Comment