Monday, June 20, 2011

Aisyah ; Ummul Mukminin =)


fitrah seorang wanita yang kuat cemburu, manja dan mudah merajuk =)


Pada suatu hari Aisyah berasa pening kepala lalu berkata,"Aduh,kepalaku sakit."

Nabi Muhammad segera membalas,"Kepalaku juga sakit.Tiada masalah jika kamu mati sebelum saya.Sayalah yang akan memandikanmu, mengkafankanmu, menyembahyangkanmu dan menguburkanmu.
Aisyah pun menjawab,"Selepas menguburkanku,tuan pasti pulang ke rumahku dan berkahwin dengan perempuan lain di sana."

Pesuruh Allah hanya tersenyum mendengar kata-kata Aisyah itu.

~Hadis ini dicatat oleh Bukhari,Ahmad,Nasa'i,Baihaqi,dan ibnu Hibban.

Aisyah suka mengusik Nabi Muhammad dengan mengatakan dirinya sahaja yang masih gadis semasa berkahwin.

Dengan manja Aisyah bertanya,"Wahai pesuruh Allah, di sebuah lembah, ada sebatang pohon yang sebahagiannya sudah dimakan. Sebatang pohon lain pula belum tersentuh walau sedikit pun.Pohon mana yang akan tuan pilih sebagai tempat untamu merumput?"

Nabi Muhammad menjawab,"Pohon yang belum pernah dijadikan tempat merumput unta lain."

~Hadis dicatat oleh Bukhari dan ibnu Hibban




No comments: