Apa akan jadi sekiranya bayi yang anda kandungkan sudah melepasi tarikh anggaran beliau keluar (due date) tapi tak keluar-keluar?
Kandungan normal cukup bulan ialah di antara 38-40 minggu. Sebelum 38 tidak cukup bulan (premature) dan selepas 40 (post mature). Sekiranya bayi lahir sebelum 37 minggu, organ-organ dalam badan belum benar-benar matang dan berfungsi baik, jadi biasanya akan diletakkan di tahan di wad bagi pemeriksaan dan penjagaan sehingga disahkan ok oleh doktor.
Tapi apa masalahnya kalau selepas 40 minggu? Patut biar sajakah sehingga rasa sakit ?
Antara risiko bayi terlebih matang ialah :
1) Bayi akan membesar dengan laju menyebabkan susah untuk dilahirkan, mungkin perlu pembedahan.
2) Bayi mungkin termakan dan tercekik tahi sendiri (meconium) di dalam perut - ini paling bahaya.
3) Sekiranya dilahirkan secara normal, mungkin berlaku komplikasi seperti bahu tersangkut (shoulder dystocia) dan merosakkan saraf tangan menyebabkan kecacatan kekal seumur hidup.
4) Proses kelahiran yang susah dan panjang menghasilkan komplikasi yang mungkin memberi kecacatan (cerebral palsy) seumur hidup - paling menyedihkan.
5) Sang ibu juga berdepan dengan luka yang lebih besar dan jahitan yang banyak.
6) Bayi tidak dapat oksigen yang cukup dan keperluan lain kerana berlaku proses 'placenta insufficiency'.
Sekarang sedang berada di posting Obstretic & Gynaecology (OnG). Doakan moga dipermudah segalanya :)
No comments:
Post a Comment