Sejak kecil kita telah diuji. Dari UPSR, PMR, SPM, dan ujian berterusan sehinggalah kita mati. Ada yang diuji dengan ibu mertua yang mendesak. Ada yang diuji dengan suami ketagihan dadah. Ada yang diuji dengan poligami. Ada yang diuji dengan dihantar ke rumah orang tua. Ada yang diuji dengan tidak berjumpa-jumpa pasangan hidup. Hidup memang penuh dengan ujian bukan?
Setiap kudrat dan usaha kita gunakan untuk melepasi ujian itu. Pilihan di tangan kita. Berusahalah selagi mampu!
TETAPI letakkan harapan kepada Allah S.W.T.
Contohnya dalam urusan mencari pasangan hidup. Kita berusahalah sedaya mampu, tetapi yakinlah Allah sudah menetapkan apa yang terbaik utk kita. Yakini di setiap usaha kita itu adalah untuk mendapat pahala dan keredhaanNya.
Maka apabila gagal mendapatkan apa yang kita mahu, kita tidak jatuh kecewa, sebaliknya rasa bersyukur. Bersyukur kerana kita berjaya meyakini bahawa Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk kita. Bersyukur kerana Allah memberikan perhatianNya kepada kita.
Habis, kita tidak perlulah berusaha? kerana semua sudah ditetapkan Allah?
Salah. Kita berusaha kerana ingin mendapatkan cintaNya dan pahala.
Umpama menulis buku. Dari pandangan mata manusia lain kita hanya menulis buku untuk menghasilkan buku. Tetapi hanya Allah yang mengetahui kita sedang menulis untuk membina pemuda-pemuda Islam.
Kadang-kadang pandangan zahir tidak mencapai pandangan batin.
Analoginya, kita mencampak batu ke atas langit, kita berusaha menjadikan batu itu di atas, tetapi batu itu tetap akan jatuh ke bawah. Kerana di dunia ini terdapat perkara yang di dalam kawalan kita, tetapi banyak perkara diluar kawalan kita. Bukan semua perkara di dalam dunia ini, kita boleh meyakini dengan usaha kita, maka kita akan berjaya. kerana kita hanyalah hamba. Seorang hamba, layak untuk diuji pada bila-bila masa.
sedih melihat manusia sekeliling yang berusaha bersungguh2 mencari cinta manusia.. sedangkan sepatutnya manusia lebih berusaha bersungguh-sungguh mencari cinta Allah..
kadang-kadang kita mensalah tafsir nikmat sebagai ujian yang berat.
No comments:
Post a Comment