Sunday, August 12, 2012

cita-cita saya..


"Cita2 sebelum mati? Aku rasa aku belum ada cita2 lagi la.."

Saya tersenyum membaca mesej kawan saya. Saya tersenyum kerana saya tahu dia sedang mencari.. Ya Allah ku mohon kau berikan dia dan juga aku jawapan yang jelas tentang cita-cita kami..

Sebatang pensil diciptakan untuk menulis. Tentulah pensil akan bercita-cita untuk menghasilkan hasil tulisan yang terbaik. Hanya pencipta pensil yang tahu apa tujuan pensil dicipta. Macam itulah manusia. Hanya PENCIPTA manusia yang tahu kenapa manusia diciptakan. Dan tujuan kita diciptakan itulah cita-cita kita.


" Dan (ingatlah) Aku TIDAK menciptakan jin dan manusia MELAINKAN untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu " - (Ad-Dzariyat 51:56)

Allah S.W.T. TIDAK meletakkan ayat, sahaja aku menciptakan manusia untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaku. Tetapi Allah S.W.T. menggunakan ayat TIDAK diciptakan manusia MELAINKAN untuk beribadah kepadaNya. Itulah ayat penegasan yang mana menerangkan, manusia ini memang Allah ciptakan untuk beribadah kepada Dia sahaja dan semata2!

Seumur hidup beribadah semata-mata? Biar betul? Takkanlah Allah ciptakan manusia untuk beribadah semata2? Tak makan? Tak minum? Tak tidur? Tak enjoy la mcm ni :(

hehehe..

Makan itu ibadah jika benar niatnya. Minum itu ibadah jika benar niatnya. Tengok movie pon boleh jadi ibadah! Jadilah kita hamba yang diciptakan tidak lain tidak untuk beribadah kepadaNya.

Berbalik kepada soalan cita-cita. Jika pensil diciptakan bercita-cita untuk menghasilkan hasil penulisan yang tercantik dan terbaik, bagaimana pula dengan manusia? Bukankah sepatutnya cita-cita kita adalah menjadi HAMBA yang menghasilkan ibadah yang terbaik? :)

Jadilah kita muslim yang terbaik yang berusaha memuaskan hati Tuannya. Ingatlah hakikat diri kita hanyalah seorang hamba yang diciptakan dan akhirnya akan mati juga. Rugilah kita jika kita masih lagi tercari2 apa yang kita mahu dalam hidup ini. Pakaian tercantik? Fizikal menarik? Rumah terbesar? Cukuplah cinta dan redha Allah yang dicari.

Bagaimana pula kalau kita cuma mahu menjadi orang yang biasa2 sahaja? Cukuplah solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, bayar zakat dan pergi haji bila mampu.

Tetapi persoalannya, cukupkah? Jaminan apa yang kita ada bahawa kita akan berterusan istiqamah mampu hidup 'biasa-biasa'? bagaimana pula dengan anak-anak dan generasi masa hadapan nanti? Jika kita tidak mewujudkan kesedaran untuk menegakkan Islam di muka bumi ini, mahukah nanti kita melihat anak-anak kita diheret ke neraka lantaran sikap ignorant kita?

Dan sampai bila kita boleh bersikap 'biasa-biasa' apabila disekeliling kita akan adanya nanti manusia2 yang mengheret kita untuk lari daripada ibadahNya? itu baru manusia yang mengheret, belum lagi desakan nafsu dan hasutan syaitan yang meleret-leret. Kalau kita tidak bersedia dari awal untuk membina tembok-tembok iman di dalam diri, adakah kita mampu melawan keinginan duniawi?

Jangan laungkan 'aku hanya mau hidup biasa2'. takut2 itu memakan diri sendiri.

Sentiasalah berusaha untuk menjadi iman yg luarbiasa. Walaupun kadang2 rasa tak mampu. Tapi sekurang2nya Allah S.W.T tahu kita berusaha dan tahu sekuat mana usaha kita.

Jangan jadi umat Islam zaman kini yang manja. Jangan bandingkan kita dengan umat Islam zaman kini. Bandingkan diri kita dengan umat Islam terdahulu. Kerana merekalah sebenar-benar Islam! Jika dahulu para sahabat sanggup meninggalkan keluarga, harta, dan pergi menggadai nyawa menegakkan Islam, umat manusia zaman sekarang pergi majlis ilmu pun tak sanggup. alangkah rugi serugi-ruginya.

Kalau di zaman Rasulullah S.A.W. apabila keluar arahan untuk turun berperang, kalau ade sahabat yang tak turun berperang, agak2 Rasulullah S.A.W. nk ckp apa pd dia? Renung2kan :)





Kita Islam sepenuh masa. bukan waktu solat sahaja :)


" Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam " - (Surah Al-An'am 6: Ayat 162)

hebat zaman moden ni, taip ja dekat google search engine, tujuan hidup manusia, terus keluaq jawapan. hehe.. tinggal kita nak terima atau tidak. orang kata hidayah xdatang bergolek. hidayah dah lama datang. kita yang xnak ambik. jangan sampai hidayah xnak datang lagi dah. maka kitalah yang akan menjadi manusia yang rugi.

Kenapa saya hidup? Rasanya sudah berkali2 saya buat entry seperti ini. Untuk apa ulang2? Bosanlah. Kalau pembaca terbaca entry ini, bukan sebab saya yg tulis. Tapi sbb Allah S.W.T yang meletakkan kamu dan saya di sini, untuk mengingatkan kita kembali kenapa kita hidup di muka bumi ini dan apa cita2 kita, sebelum kita mati..

No comments: