Duduklah berdekatan dengan orang yang baik2.. Kerana di sekeliling orang yang baik2 itu ada malaikat-malaikat yang menyukainya.. Mudah-mudahan malaikat-malaikat itu juga mendoakanmu..
cerita hari ini mungkin panjang sedikit.. sbb teringin untuk bercerita..
Sebenarnya adalah tidak molek andai seorang hamba membuka aibnya sendiri setelah Allah S.W.T menutup aibnya.. Tetapi hari ini cerita ini ditulis dengan harapan para pembaca dapat mengambil iktibar dan insyaAllah mungkin dijadikan semangat bagi yg perlu.. huhu
Antara fasa perubahan penting yang saya lalui sepanjang 20tahun kehidupan ialah pada tahun 2010.. Ketika mana saya menyertai Friendly Comparative Religion (FRC).. FCR membuka mata saya, bukan sahaja utk belajar menjawab persoalan kepada non muslim, tetapi sebenarnya lebih banyak menjawab persoalan kepada diri sendiri..
Sebelum fasa ini, sy adalah kebanyakan tipikal Muslim di Malaysia.. Di sini ingin saya tegaskan, sy bukan jenis orang yg lahir2 sudah pakai tudung labuh.. huhu.. Maksudnya setiap yg sy lalui di dlm hidup ini boleh saya bahagikan kepada beberapa fasa.. Sebelum berjumpa dengan titik point perubahan ini, sy hanyalah Islam warisan.. Solat sebab kena suruh mak ayah.. Pergaulan rakan sebaya yang tidak berapa menjaga batas2.. Pakai tudung sebab kena suruh mak ayah.. problematic muslim?
Waktu itu terdapat satu perasaan yg seolah2 ada penghalang dgn Allah.. Sukar memohon doa.. Seolah-olah dilupakan langsung.. hidup rasa hanya mahukan kegembiraan dan kesenangan.. Berdoa hanyalah selepas solat.. Itu pon kalau rajin.. Mengaji kadang2.. Bukan tiada yang cuba menasihati.. Ahli rumah sy pada wktu itu kaki surau, acapkali menegur dan cuba mendekati tapi simply i have my own life..
FCR membuktikan kepada saya Islam adalah agama yang sangat sempurna! Bukanlah selama ini sy tidak tahu dan tidak belajar di sekolah.. tetapi alhamdulillah, Allah menjadikan FCR sebagai wasilah untuk mengetuk pintu hati saya. Daripada tahu kepada mahu.
FCR mengajar sy mempersoalkan kembali hakikat ibadah dan hakikat seorang hamba. Kenapa sy perlu memakai tudung? kenapa sy solat? betul ke Nabi Muhammad itu nabi? betul ke al-Quran itu ayat Allah? betul ke Kristian tu sesat? Mungkin agama lain ada yang benar? banyak persoalan utk sy sendiri yg terjawab. sy rasa dengan join FCR sy telah berjaya membetulkan akidah saya. Bermula dari saat itu sy mula belajar semula tentang ISLAM.
tetapi FCR hanya mengajar saya benda2 rasional. maksudnya sangat tepat! itu adalah point PEMANTAPAN AKIDAH dalam hidup saya. Percaya sungguh2 Islam itu agama yang benar. Saya mula giat menyertai dakwah. Mengikuti program perbahasan agama di merata tempat. Pengalaman memasuki gereja-gereja pergi ke program-program, mendengar dari luar skop Islam. Membantu menerangkan tentang Islam kepada pengikut2 agama lain. Sebenarnya mengingatkan diri sendiri tentang kebenaran dan kebesaran Allah S.W.T..
Dalam masa yang sama, sy lebih menghabiskan masa aku utk mengkaji Islam pada fasa ini. Semakin banyak yang sy belajar, semakin hati tertarik. sejarah Islam. sirah Rasulullah S.A.W. solat yang sahih. perbezaan mazhab, semuanya sy kaji.. Kalau boleh sy nak Islam yg betul. bukan lagi Islam warisan tetapi Islam pilihan. Jadi saya mencari. sungguh2.. Andai Islam bukan agama yang benar, kenapa sy nak masuk Islam?
Sepanjang perjalanan mengutip mutiara2 ilmu ini, saya amat mementingkan ketulenan ilmu tersebut. Contohnya, sebolehnya sanad dan perawi yg kuat. lebih peka terhadap hadis2 palsu. Ilmu ini saya pelajari dari FCR. Ilmu ketepatan dan rasional dan belajar membuat pilihan.
Bila sampai di bumi Mesir, sy terus mencari2 ilmu Islam.. SubhanAllah hebatnya di Mesir, sy saya merasakan sy melalui satu lagi fasa dalam kehidupan. Daripada mempercayai Islam itu agama yang benar, saya masuk ke fasa seterusnya, iaitu CINTA.. Ya saya jatuh cinta dengan Nabi Muhammad S.A.W. Yang mana satu masa dahulu xpernah sy terbayangkan, terdapatnya cinta yang lebih agung dari cinta manusia. yang lebih indah
Selepas melalui fasa pemantapan akidah, akhirnya menjejakkan kaki di fasa CINTA. Pada detik ini, saya mula labuhkan tudung yang saya pakai. mencuba untuk menjadi lebih baik. Di tahap ini, saya bukan lagi mahu mengelakkan yg haram tetapi cuba mengejar cinta dan redha Allah. di fasa ini, saya tidak kisah lagi pandangan manusia. Di fasa ini, saya sentiasa cuba utk memperbaiki diri untuk Allah S.W.T.. Bukan lagi di tahap mencukupkan apa yg syarat, tetapi di tahap meningkatkan apa yg sunnah.
Tetapi perjuangan ini masih lagi panjang. sampai sini dahulu coretan kali ini.
Seandainya suatu hari nanti, kamu mengetahui kisah hidup saya yang lama, janganlah kamu merasa dirimu ditipu atau tertipu. Kerana sudah sy pertegaskan di sini, sy bukanlah seorang yang baik sejak dahulu. tetapi kini sy cuba untuk menjadi orang yg lebih baik. mungkin kadangkala sy akan terjatuh atau tersilap. Maka ketahuilah saya hanya wanita biasa yang sangat banyak kekurangan, yang sangat jauh dari sempurna..
andai Allah S.W.T menghantar pejuang2 agamaNya di setiap pelusuk dunia, kenapa kita tidak mahu cuba utk jadi sebahagian dari pejuang agamaNya?
jauh sekali dari sifat 'perfect', saya hanyalah seorang hamba yang masih mencari.. dan saya akan terus mencari kesempurnaan cinta hakiki..
salam perubahan :)
1 comment:
Apa yg penting adalah pengakhiran hidup kita..
Post a Comment