pengalaman empat tahun lepas untuk mengambil lesen kereta yang masih tidak selesai akhirnya menyebabkan lesen tamat tempoh. maka semuanya perlu di ulang semula dari mendengar ceramah dan praktikal.
dan sebenarnya saya sgt culas. culas mahu ambil lesen kereta. kerana yang mengajar sangat garang. jadi saya asyik menangguh2. sehingga empat tahun. satu tempoh yang lama.
tapi akhirnya saya gagahi jugak untuk mengambil lesen kereta semula. kerana saya fikir, sampai bila saya mahu mengelak? ini adalah tarbiah utk sy. umat Islam harus cemerlang. umat Islam harus bersedia walau apa jua keadaan dan diletakkan di posisi mana sekali pun. jadi takkan saya mahu mengalah hanya disebabkan seseorang yang garang?
hari pertama saya memegang stereng sambil berdoa,
Ya Allah, sahaja aku membuat perubahan ini keranaMu.. lembutkanlah hati yang mengajarku.. tenangkanlah hatinya.. bantulah diriku.. hanya kepada Engkau tempat aku memohon pertolongan..
Sebaik-baik waktumu adalah saat-saat dimana engkau menyedari akan keperluanmu kepada Allah dan kerananya engkau pun kembali mengakui akan kerendahan dirimu dihadapanNya..
dan alhamdulillah.. doakan saya ;)
No comments:
Post a Comment