Tuesday, January 29, 2013

23

Selamat Hari Lahir yang ke 23 untuk diri sendiri. :)

Lama tak berkesempatan untuk update halaman picisan ini. Mungkin tidak memberi kesan pada sesiapa tapi punya nilai untuk diri ini.  Membantu saya di waktu menulis untuk bermuhasabah diri. Supaya satu hari nanti saya boleh membaca semula dan mengenang kembali saat ini yang telah ditinggalkan. Di hari lahir ini saya gunakan kesempatan ini untuk menjejak kembali sepanjang 23 tahun hidup di muka bumi. Sebagai pengajaran buat diri yang semakin menghampiri mati.

Dari kecil menjadi dewasa. Di saat indah remaja-remaja seusia. Tidak menyedari, diri ini sedang mencari. Tidak perasan tentang jahilnya diri. Mencari di sana-sini, akhirnya dipertemukan dengan cinta Ilahi. Walau lewat, jangan berhenti.. Alhamdulillah, sebelum mati..  Menggalas amanah sehingga kini.. Seorang anak, seorang kakak, seorang sahabat, seorang pelajar, seorang dai'e, seorang khalifah di bumi ini.

Hari ini genap 23 tahun saya hidup di atas bumi ini. Masih diberi peluang Allah s.w.t untuk bernafas dan nikmat tak terhinggaNya. Terima kasih kepada mereka yang ingat dan mengucapkan selamat hari lahir. Semoga pada hari-hari dan tahun yang mendatang, menjadikan saya seorang hamba yang lebih baik. Menjadikan dunia ini sebagai alat untuk mengejar akhirat. Entah sampai bila berjalan dan berlari, terjatuh dan bangkit kembali.. Mengumpul bekalan untuk mati..


Photo: Nak jadi baik dah.

1 comment:

Nor Izzati said...

Huhu. Maaf lah, sbb dlm ramai2 kawan awk, ada la sorang tu, susah sket nk ingat bday orang.

-.-

Salam 23 sahabat. May Allah bless.

=)