Friday, September 14, 2012

Fenomena Usrah


Sekarang kiranya berlaku fenomena usrah yang mula berkembang biak di IPTA dan IPTS. Alhamdulillah dari satu sudut, iaitu kesedaran yg sedang berkembang. Tetapi pencarian ilmu yang berkualiti masih kekurangan. Tidak menyalahkan mana-mana pihak, mungkin terdapat kekangan dalam penyampaian ilmu yang sahih (ilmu yang benar). Kesudahannya kadangkala usrah dibina tanpa ilmu yang benar.
Banyakkan membaca dan menghadiri kelas agama. Nasihat untuk diri sendiri juga. Tidak salah menjadikan usrah sebagai medan menuntut ilmu TETAPI jangan jadikan usrah sebagai KELAS UTAMA. Usrah ialah medan mengikat ukhuwwah dan berkongsi. Usrah juga amatlah penting sebagai medium menyemai benih cinta.
Nasihat untuk ‘kakak-kakak’ usrah, janganlah mudah memberikan fatwa. Fenomena ‘kakak-kakak’ usrah mentafsir ayat Al-Quran tanpa mengetahui asbabun nuzul atau men’tafsir’ mengikut kesedapan hati sangat-sangat membimbangkan. Carilah ilmu dan agama sampai ke liang lahad. Sebarkanlah Ilmu yang benar. Semoga mendapat cinta 1st class!
Nasihat untuk ‘adik-adik’ usrah, janganlah hanya menerima. Carilah ilmu yang sahih. Mengajilah dengan guru yang benar. Sertailah tentera Islam di seluruh dunia. Semoga satu hari nanti adik-adik menjadi kakak-kakak yang jauh lebih hebat.. Semoga mendapat syurga 1st class!
Nasihat untuk diri sendiri :Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!


Mentafsir ayat Al-Quran.

Terdapat 3 kategori tafsiran menurut ‘Mufassirun’ :
  1. At-Tafsir bin Maathur ( iaitu tafsiran ayat al-Quran berdasarkan al-Quran dan Hadis)
  2. At-Tafsir birraayil Mamduh (tafsiran dengan pandangan yang terpuji ). Contoh : tafsir yang dikaitkan dengan ilmu sains hasil penulisan tokoh Islam.
  3. At-Tafsir birrayil Mazmum (tafsiran dengan pandangan yang dilarang agama). Contoh : tafsiran Syi’ah, Islam Liberal dan lain-lain.

p/s : Kala ini keinginan untuk membeli dan membaca tafsir Ibnu Kathir memang sangat membuak-buak. Tapi masih belum punya kelapangan waktu ingin menghabiskan bacaan. Sudahnya, saya membeli handy pocket supaya lebih mudah untuk dibaca dan dibawa ke mana-mana. Buku banyak dibeli, tapi bacanya masih tidak kesempatan. Tamak sungguh. Haih~

1 comment:

Khairun said...

salam 'alaik.
alfu syukran kakak! hehe...
mekaseh bg reminder.
btw xsalah beli buku berkoyan2 tp x baca terus. bwk slow hehe...
semoga berjaya =)