Friday, September 14, 2012

Fenomena Usrah


Sekarang kiranya berlaku fenomena usrah yang mula berkembang biak di IPTA dan IPTS. Alhamdulillah dari satu sudut, iaitu kesedaran yg sedang berkembang. Tetapi pencarian ilmu yang berkualiti masih kekurangan. Tidak menyalahkan mana-mana pihak, mungkin terdapat kekangan dalam penyampaian ilmu yang sahih (ilmu yang benar). Kesudahannya kadangkala usrah dibina tanpa ilmu yang benar.
Banyakkan membaca dan menghadiri kelas agama. Nasihat untuk diri sendiri juga. Tidak salah menjadikan usrah sebagai medan menuntut ilmu TETAPI jangan jadikan usrah sebagai KELAS UTAMA. Usrah ialah medan mengikat ukhuwwah dan berkongsi. Usrah juga amatlah penting sebagai medium menyemai benih cinta.
Nasihat untuk ‘kakak-kakak’ usrah, janganlah mudah memberikan fatwa. Fenomena ‘kakak-kakak’ usrah mentafsir ayat Al-Quran tanpa mengetahui asbabun nuzul atau men’tafsir’ mengikut kesedapan hati sangat-sangat membimbangkan. Carilah ilmu dan agama sampai ke liang lahad. Sebarkanlah Ilmu yang benar. Semoga mendapat cinta 1st class!
Nasihat untuk ‘adik-adik’ usrah, janganlah hanya menerima. Carilah ilmu yang sahih. Mengajilah dengan guru yang benar. Sertailah tentera Islam di seluruh dunia. Semoga satu hari nanti adik-adik menjadi kakak-kakak yang jauh lebih hebat.. Semoga mendapat syurga 1st class!
Nasihat untuk diri sendiri :Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!


Mentafsir ayat Al-Quran.

Terdapat 3 kategori tafsiran menurut ‘Mufassirun’ :
  1. At-Tafsir bin Maathur ( iaitu tafsiran ayat al-Quran berdasarkan al-Quran dan Hadis)
  2. At-Tafsir birraayil Mamduh (tafsiran dengan pandangan yang terpuji ). Contoh : tafsir yang dikaitkan dengan ilmu sains hasil penulisan tokoh Islam.
  3. At-Tafsir birrayil Mazmum (tafsiran dengan pandangan yang dilarang agama). Contoh : tafsiran Syi’ah, Islam Liberal dan lain-lain.

p/s : Kala ini keinginan untuk membeli dan membaca tafsir Ibnu Kathir memang sangat membuak-buak. Tapi masih belum punya kelapangan waktu ingin menghabiskan bacaan. Sudahnya, saya membeli handy pocket supaya lebih mudah untuk dibaca dan dibawa ke mana-mana. Buku banyak dibeli, tapi bacanya masih tidak kesempatan. Tamak sungguh. Haih~

Thursday, September 6, 2012

Cinta yang sering diperingatkan.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (Al-Ankabut:2-3).

Allah s.w.t sentiasa mengingatkan saya kepada cintaNya. Tak pernah lekang. Setiap masa, setiap ketika. Dalam macam-macam bentuk. Kadang-kadang dengan kesusahan. Kadang-kadang dengan kesenangan.

Waktu saya sekolah rendah, saya pernah kena culik. Tapi waktu itu memang Allah sayang saya sangat. Dia ingatkan saya tentang diriNya. Dia pilih untuk panjangkan nyawa saya dan selamatkan saya. Allah sentiasa beri yang terbaik utk saya. Tapi waktu itu saya masih tak faham.

Bilamana saya sekolah menengah, saya sangat nakal. Tapi waktu itu pun Allah masih sayang saya sangat. Walaupun saya tidak sungguh2 jawab SPM, Dia tetap letakkan saya di tempat yang baik. Maka saya yakin Allah sentiasa beri yang terbaik untuk saya. Tapi waktu ini saya masih lagi tak faham.

Di alam kolej, lagi sekali saya masih nakal. Waktu itu saya rasakan dilanda ujian yang maha hebat! Tapi Allah masih sayang sangat pada saya. Allah tunjuk sikit-sikit, macam mana mahu kenal Dia. Dengan cara yang sesuai dengan saya. Allah memberikan saya tunjuk ajar dengan cara yang terbaik. Walaupun saya degil, tapi Allah tetap tahu apa yang terbaik untuk saya.

Selepas tamat kolej, saya teringin nak kenal Allah makin dalam. Allah tarik sikit nikmat Dia untuk saya, Allah tak sayang saya dah ke? Tapi saya tahu Allah sayang saya sangat. Jadi akhirnya Dia hantar saya ke tempat yang paling sesuai untuk saya. Sebab Allah kan hebat! Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk saya. Dia nak saya belajar lagi banyak, bukan setakat sikit2.

Bila masuk universiti, Allah selamatkan saya lagi. Allah hantarkan saya pejuang-pejuang agama. Walaupun kadang-kadang cara mereka tidak sesuai dengan saya, saya doa pada Allah. Supaya Allah bantu saya memberikan pengajaran yang terbaik untuk saya. Sebab saya tahu Allah sayang sangat pada saya. Dan memang Allah terus bagi saya cara yang terbaik untuk saya. Sebab Allah sayang sangat pada saya!

Hasil tarbiyyah Allah mengajar saya untuk tidak bersedih kerana dunia. Selama 22 tahun saya hidup, Allah yang sentiasa bersama saya apa jua keadaan susah atau senang. Kalau apa pun yang Allah beri, saya tahu itu yang terbaik untuk saya. Sebab Allah sayang saya!

Thank you Allah <3