Cuba mencuri masa untuk update blog =P
Ada orang bertanya, kenapa bukan dia? Secara zahirnya aku boleh menjawab dengan seribu satu alasan. Dia fahaman politik lainlah. Dia bersifat sosial sikitlah. Dia x berapa gentleman lah.Dia x kayalah. Dia x hensemlah. Apa2lah..
Tapi secara hakikatnya itu hanya alasan yang dicipta oleh diri sendiri.
Susah untuk aku gambarkan. Aku bukanlah mahu yg perfect segala.Mungkin setiap individu ada priority masing2 yang ingin diutamakan.Dan aku pun tidak tahu mcm mana nak menggambarkan dalam satu perkataan ringkas prioriti yang aku ingin ini. Sebab itu aku lebih cenderung mencipta alasan yang bukan2.
Apa yang aku mahu ialah seseorang yang dapat membawa aku dekat kepada Dia. Bilamana aku bercakap dengan dia membuatkan aku teringat akanNya. Bilamana aku lalai seketika dengan dunia, dia akan mengingatkan aku kembali bahawa aku hanyalah seorang hamba. Itulah dia yang aku cari.Bukanlah sehensem atau sealim juara imam muda. Cukuplah seseorang yang ingin mencari redhaNya dan membawa aku bersama dia.
Kerana aku juga pernah ada kisah silam, dan aku tidak mahu mengulanginya lagi. Aku mahukan seseorang bersama-sama aku di jalan ini dan aku masih sendiri..
No comments:
Post a Comment