Saturday, November 19, 2011

khas untukmu sahabat =)


In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..

merindui dan mencintai itu lumrah manusia.. walau beribu batu jasad terpisah tetapi hati kita menyatu.. sahabatku semoga engkau terus tabah meniti hari2 mendatang =)

satu masa dulu aku pernah jatuh.. kini aku bangkit semula, malah jauh lebih baik dari sebelum ini.. kerana insyaAllah aku mengejar cinta yang lebih baik.. jauh lebih sempurna..

dan kini aku tidak lagi memandang ianya sebagai satu musibah.. sebaliknya aku memandang ianya lebih kepada pengenalan cinta yang cukup indah.. yang mana dulu aku sibuk mengejar cinta manusia.. sungguh aku bersungguh2 mencuba.. sungguh aku berusaha sedaya mampu..
sehingga satu hari aku menangis dan terdetik di hati aku, apa sebenanya yang mampu mengubah? kenapa aku dah cuba sebaik mungkin tetapi xjadi? dan akhirnya aku sendiri tahu jawapannya.. hanya Dia yang mampu merubah.. kerana Dialah pemilih hati, pemilik cinta.. dan aku telah bertemu Cinta di atas cinta..

aku mula mencari cinta yang sebenar.. tipulah andai tidak teringat si dia yang menjanjikan aku cinta dunia.. tetapi setiap kali teringat akan aku SIBUKkan diriku dengan membaca.. membaca sirah Rasulullah.. sampaikan timbul rasa rindu padanya.. Ya Allah indahnya peribadi Rasulullah s.a.w.. betapa baginda sangat mencintai ummatnya.. dan jatuh hati berkali-kali aku pada peribadi para sahabat..

sibukkan dirimu dengan manusia2 yang mencari cintaNya.. cubalah mencari tarbiyyah di tempatmu.. kerahkan tenaga mudamu dijalanNya.. semoga Allah menghantar mereka-mereka yang berada di jalanNya untuk membantumu.. jangan kau bimbang andai ikhwah-ikhwah memandangmu sebagai insan hebat, maka mereka tidak mahu mendekatimu dan menyuntingmu.. percayalah, lelaki yang hebat mahukan pendamping yang hebat.. gandingan yang boleh memperhebat jalan dakwahNya.. jadi mengapa harus dibimbang kehilangan cinta manusia yang biasa2?
kini masih ada lagi orang masih menyebut namanya apabila betemu denganku.. nama yang satu masa dulu pernah buat aku menangis, nama itu kini membuatkan aku tersenyum.. kerana aku tahu, dia bukanlah calon yang selayaknya buatku.. aku inginkan seorang yang lebih dari itu.. seseorang yang akan membina baitul muslim bersamaku.. seorang yang membantu aku mencari cintaNya.. kerana baitul Islam yang bakal kami bina ialah gelanggang dakwah terbesar kami.. di situ kami ingin lahirkan pejuang2 Islam.. dan cinta seperti itu yang aku kejar, hendaklah cara bermulanya dengan sebaik2 cara..
andai dahulu Saidina Umar r.a. pernah membunuh anak perempuannya, begitulah aku yang jauh lebih banyak punyai kekhilafan.. tetapi jangan pernah berhenti utk berusaha menjadi lebih baik.. jangan bandingkan dirimu dengan rakan-rakan seusiamu.. tetapi bandingkan ibadah2mu dengan para sahabat.. mereka juga manusia, sama seperti kita.. jadi apa yang menjadikan kita tidak boleh menjadi sehebat mereka? kita manusia hebat kerana diciptakan oleh Allah yang Maha Hebat!!

semoga satu hari nanti engkau juga mampu tersenyum sepertiku.. kerana kau sedar cinta manusia itu bukan cinta yang kau cari.. cintamu cinta exklusif.. mungkin aku sendiri tidak bertemu pasangan ku di dunia.. mengharapkan kekasih sehebat syuhada' di jalan perangNya.. semoga cinta kami bersemi di syurga =)