(post ini juga dibuat sebagai memohon maaf kerana tidak dapat merakam suara sepanjang kelas ini dijalankan di atas beberapa sebab yang xdapat dielakkan =( )
1.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang; di atas dahi sambil mengisyaratkan dengan tangannya ke arah hidung, kedua-dua tapak tangannya, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki.
2.
Kemudian rukuklah kamu sehingga kamu rukuk dalam keadaan tenang (Al-Bukhari & Muslim)
3.
Imam Al-Bukhari (794) meriwayatkan daripada Abi Humaid Al-Saa'idi r.a. mengenai sifat sembahyang Rasulullah : Apabila baginda rukuk, baginda S.A.W menekankan kedua tangannya kepada kedua-dua lututnya.
4.
Imam Ahmad at-Tabrani dan lain-lainnya meriwayatkan dengan sanad sahih bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : seburuk2 manusia ialah pencuri yang mencuri dalam sembahyangnya. Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah, bagaimana dia mencuri dalam sembahyangnya? Sabda Rasulullah S.A.W; dia tidak rukuk dan sujud dengan sempurna.
5.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Al-Barra' r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; apabila kamu sujud, maka letaklah kedua tapak tangan kamu dan angkatkan kedua siku kamu.
6.
Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Humaid r.a. berkenaan dengan sifat sembahyang Rasulullah s.a.w. : Apabila baginda S.A.W sujud, baginda membuka antara kedua pehanya tanpa menekan perut ke atas kedua pehanya.
7.
Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W lalu berdekatan dengan 2 orang perempuan yang sedang sembahyang, lalu baginda bersabda : Apabila kedua-dua kamu sujud, maka hendaklah dirapatkan sesetengah daging (anggota) ke lantai. Sesungguhnya perempuan dalam keadaan tersebut tidak sama dengan lelaki.
*sesungguhnya setiap khabaran dan tulisanmu akan dipertanggungjawabkan kepadamu sewaktu berjumpa dengan Nya kelak. (peringatan untuk diri sendiri juga)