Wednesday, November 9, 2016
VIVA Medical School
Thursday, July 14, 2016
Under Maintenance

Thursday, September 3, 2015
Jubah bunga
Cuti dah nak habis. Sambil duduk di Mesir ni teringin sangat-sangat nak balik Malaysia jahit dress/ jubah rekaan sendiri kemudian jual. Agak-agak laku tak hahaha. Memang antara angan-angan dari dulu nak jual baju rekaan sendiri (lulz).
Meh bagi teaser dulu.
Harap-harap harapan ini bukanlah mimpi di siang hari dan hangat-hangat tahi unta :D
Tuesday, July 21, 2015
Bajet kewangan pelajar perubatan di Mesir
Memilih untuk belajar di Mesir.
- Yuran dan kos sara hidup yang rendah berbanding ipta di Malaysia (bukan ipts). - (klik sini)
- Sistem pembelajaran yang menarik - problem based learning(PBL) / conventional. Sistem PBL ialah program twinning Manchester University, United Kingdom. - (klik sini)
- Ini yang paling special - Banyak sangat kelas-kelas agama dan mutiara ilmu tersimpan sedia untuk digali. Termasuklah softskill dan cara pandang hidup.
- Sijil perubatan diiktiraf hampir seluruh dunia (Jika di Malaysia, hanya beberapa universiti sahaja yang diiktiraf).
- Boleh belajar bahasa arab.
- Professor yang mengajar kebanyakannya sangat hebat, kelulusan luar-negara dan ramai pesakit dengan macam-macam penyakit (negara miskinlah katakan).
- Ada cuti musim sejuk dan cuti musim panas yang panjang (3 bulan setiap tahun)
- Hidup di negara yang miskin, kurang bertamadun, tidaklah sama sistemnya dengan Malaysia atau mana-mana negara eropah.
- Rakyat yang tidak meniktikberatkan kebersihan, banyak sampah dan debu, ditambah suasana keselamatan perlu lebih berhati-hati
- Kurang clinical skill - perlu usaha sendiri.
- Perlu banyak berdikari - contoh masak sendiri (tiada makanan melayu), uruskan banyak perkara dalam bahasa arab, homesick, tidak sesuai untuk orang yang berhati tisu.
- Jika suka shopping, ini bukan negara yang sesuai untuk anda.
- Paling penting dan utama - sekarang susah nak dapat biasiswa.
Wednesday, July 15, 2015
Program Perubatan Mansoura University
September - Januari : Kelas
Januari : Peperiksaan Pertengahan tahun
Januari - Februari : Cuti Musim sejuk
Fabruari - Mei : Kelas
Jun - Julai : Peperiksaan Akhir Tahun
Julai - September : Cuti musim panas
September - Disember : Kelas
Januari : Exam Semester
Januari - Februari : Cuti musim sejuk
Fabruari - Mei : Kelas
Akhir Mei : Exam Semester
Jun - September : Cuti musim panas
Saturday, July 11, 2015
Masalah
Thursday, July 2, 2015
Cinta Ramadhan
Saturday, June 27, 2015
Summer Break
Tuesday, April 28, 2015
Saturday, April 25, 2015
Monday, April 20, 2015
Setelah 40 Minggu
Apa akan jadi sekiranya bayi yang anda kandungkan sudah melepasi tarikh anggaran beliau keluar (due date) tapi tak keluar-keluar?
Kandungan normal cukup bulan ialah di antara 38-40 minggu. Sebelum 38 tidak cukup bulan (premature) dan selepas 40 (post mature). Sekiranya bayi lahir sebelum 37 minggu, organ-organ dalam badan belum benar-benar matang dan berfungsi baik, jadi biasanya akan diletakkan di tahan di wad bagi pemeriksaan dan penjagaan sehingga disahkan ok oleh doktor.
Tapi apa masalahnya kalau selepas 40 minggu? Patut biar sajakah sehingga rasa sakit ?
Antara risiko bayi terlebih matang ialah :
1) Bayi akan membesar dengan laju menyebabkan susah untuk dilahirkan, mungkin perlu pembedahan.
2) Bayi mungkin termakan dan tercekik tahi sendiri (meconium) di dalam perut - ini paling bahaya.
3) Sekiranya dilahirkan secara normal, mungkin berlaku komplikasi seperti bahu tersangkut (shoulder dystocia) dan merosakkan saraf tangan menyebabkan kecacatan kekal seumur hidup.
4) Proses kelahiran yang susah dan panjang menghasilkan komplikasi yang mungkin memberi kecacatan (cerebral palsy) seumur hidup - paling menyedihkan.
5) Sang ibu juga berdepan dengan luka yang lebih besar dan jahitan yang banyak.
6) Bayi tidak dapat oksigen yang cukup dan keperluan lain kerana berlaku proses 'placenta insufficiency'.
Sekarang sedang berada di posting Obstretic & Gynaecology (OnG). Doakan moga dipermudah segalanya :)
Friday, April 17, 2015
Blessing
Friday, February 27, 2015
Thursday, October 16, 2014
Warna Jiwa
Post ini dedicated khas untuk beliau kalau dia perasan nanti dan bosan bila saya tiada di rumah.
Semoga Allah swt selalu menjagamu :)
https://www.youtube.com/watch?v=hKyUkEpqjUA
Keluarga. Study. Usrah. Persatuan. Jemaah. Ummah.
p/s : Terima kasih Sumayyah sbb tolong lukis gambar kahwin :) - terharu
Wednesday, October 15, 2014
Wednesday, October 8, 2014
Saya tidak mahu jadi 'kakak usrah'.
Adikku sayang, tidaklah akak meminta untuk adik berpura-pura atau menjadi orang lain dihadapan mad'umu. Jadilah dirimu seadanya. Hanya sisipkan di hati, senyummu kerana Islam. Rasulullah saw sukakan orang yang mudah tersenyum. :)
Gunakan sepenuhnya potensi dirimu, dimana jua kelebihan yang dimiliki. Contohnya, kalau tidak di mulut, di perut hehe. Masakkan masakan untuk mereka selalu atau kerapkali layangkan surat cinta untuk mereka. Hadiah juga menguatkan tautan ukhuwwah :)
Asalnya memang susah, memang pelik untuk kita menjadi peramah secara tiba-tiba. Tetapi tidak perlu untuk kita menjadi begitu peramah. Bukankah lebih baik diam daripada bercerita yang membuang masa? Cukuplah sekadar berkongsi kata-kata yang berhikmah. Sekiranya tiada kata-kata, zahirkan dengan ahlak (qudwah) mu. Penuhi dirimu dengan keindahan peribadi Islam.

Perbaharui niat, kenang kembali sebenarnya kenapa kita melalui jalan ini? Adakah untuk kesenangan sendiri? Ada banyak yang perlu dikorbankan apabila di jalan ini. MASA, HARTA, TENAGA hampir semuanya bukan? Inilah sunnah jalan Rasulullah saw dan para nabi sebelum baginda. Tiada yang senang dan mudah dalam medan dakwah. Apabila kita masuk ke dalam jemaah Islam, medan dakwah tetapi masih lagi merasakan kesenangan, masih memikirkan keselesaan, ketahuilah sebenarnya kita adalah ahli jemaah yang bermasalah.
Alhamdulillah raya Adha ke-7, hari ini berpeluang menjadi pengisi untuk program Akwabun Nur'14 : Hari Tautan Mahabbah anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah (DPMM) PMRAM. Antara program khas sempena sambutan pelajar pengajian Islam baru di Mansurah.
Raya Adha kali ini kurang dirasai kehangatan memandangkan suami saya kurang sihat. Dikala fatrah ini, peperiksaan akhir tahun 5 bagi beliau, demam datang menyinggah. Manakala saya pula sibuk dengan kerja-kerja persatuan, mungkin menyebabkan beliau sedikit rasa kesunyian. Di usia kandungan mencecah 7 bulan, saya tetap bersemangat bekerja, kerana sokongan dari dia. Seorang suami yang merelakan isterinya dikorbankan di jalan dakwah. Semoga pahala dan keberkatan melimpahinya. Semoga baitul muslim ini terus bergerak di medan dakwah. Semoga abang cepat sembuh :)
Wednesday, September 24, 2014
Dosa
Terkesima aku dengan kata-kata.
Seandainya kau melihat kami di medan Jihad,
niscaya kau akan tahu dibanding Jihad kami,
bahwa ibadahmu itu hanyalah permainan belaka.
Kami membasahi leher dengan darah kami.
Sementara ahli ibadah menawarkan ibadah kalian,
Mujahidin menawarkan darah dan jiwa mereka.
Sementara wewangian kami adalah pasir dan debu,
Telah datang kepada kita sabda Nabi kita,
Para Syuhada tidaklah meninggal,
Perkataan yang jujur lagi benar dan tidak dusta.
Dengan seribu orang, meskipun asap terus membumbung
Para Syuhada tidaklah mati – dan ini bukan dusta”
Kadang-kadang ada perkara yang menyedihkan berlaku pada kita. Tapi bila difikirkan semula, mungkin kita kegagalan itu adalah tuaian kita sendiri. Kafarah dosa yang kecil mahupun besar.

Jangan kita salahkan mereka. Mungkin kerana kita yang berdosa, lalu Allah uji kita untuk kembali dekat kepadaNya.
Untuk 'adik-adikku', ikutilah ilmu dan guru, ulama' yang faqih dalam bidangnya, dan semoga kita kembali dipertemukan di jalanNya.
Saturday, September 20, 2014
Blooming Awesomely :P
Memang sangat teringin nak update laju-laju dan banyak-banyak macam orang lain, tapi macam itulah masih sikit lagi masanya. Bangun pagi-pagi dah siap-siap ke kelas, hujung minggu usrah, persatuan dan lain-lain. Bulan september ini musim AHLAN (program sambutan pelajar baru). Ada banyak masa tak sempat nak masak pun. Beby asyik tendang-tendang perut ummi. Alhamdulillah abi sangat supportive dan banyak bantu ummi. Terima kasih encik suami :)
Alhamdulillah setahun sudah bersama. Moga Ummi mampu jadi lebih baik, sebagai hamba Allah swt yang pertama-tama, isteri dan anak penyejuk mata.
#1stAnniversary #14thSept






