Thursday, October 16, 2014

Warna Jiwa

Hari ini encik suami periksa final tahun 5. Saya tahu dia tak perasan bila masa saya update post-post di blog sebab saya selalu sibuk dengan kerja-kerja luar. Saya sebenarnya nak minta maaf dan ucap terima kasih banyak-banyak pada dia sebab sangat memahami jalan yang saya pilih ini. 

Post ini dedicated khas untuk beliau kalau dia perasan nanti dan bosan bila saya tiada di rumah.

Semoga Allah swt selalu menjagamu :)

https://www.youtube.com/watch?v=hKyUkEpqjUA

Keluarga. Study. Usrah. Persatuan. Jemaah. Ummah.


p/s : Terima kasih Sumayyah sbb tolong lukis gambar kahwin :) - terharu

Wednesday, October 8, 2014

Saya tidak mahu jadi 'kakak usrah'.

Seorang adik usrah saya mengadu yang beliau tidak lagi mahu menjadi kakak usrah (naqibah), katanya kerana beliau merasa kurang keyakinan, tidak pandai hendak berpura-pura memaniskan muka di hadapan mad'u-mad'u.

Adikku sayang, tidaklah akak meminta untuk adik berpura-pura atau menjadi orang lain dihadapan mad'umu. Jadilah dirimu seadanya. Hanya sisipkan di hati, senyummu kerana Islam. Rasulullah saw sukakan orang yang mudah tersenyum. :)

Gunakan sepenuhnya potensi dirimu, dimana jua kelebihan yang dimiliki. Contohnya, kalau tidak di mulut, di perut hehe. Masakkan masakan untuk mereka selalu atau kerapkali layangkan surat cinta untuk mereka. Hadiah juga menguatkan tautan ukhuwwah :)

Asalnya memang susah, memang pelik untuk kita menjadi peramah secara tiba-tiba. Tetapi tidak perlu untuk kita menjadi begitu peramah. Bukankah lebih baik diam daripada bercerita yang membuang masa? Cukuplah sekadar berkongsi kata-kata yang berhikmah. Sekiranya tiada kata-kata, zahirkan dengan ahlak (qudwah) mu. Penuhi dirimu dengan keindahan peribadi Islam.


Perbaharui niat, kenang kembali sebenarnya kenapa kita melalui jalan ini? Adakah untuk kesenangan sendiri? Ada banyak yang perlu dikorbankan apabila di jalan ini. MASA, HARTA, TENAGA hampir semuanya bukan? Inilah sunnah jalan Rasulullah saw dan para nabi sebelum baginda. Tiada yang senang dan mudah dalam medan dakwah. Apabila kita masuk ke dalam jemaah Islam, medan dakwah tetapi masih lagi merasakan kesenangan, masih memikirkan keselesaan, ketahuilah sebenarnya kita adalah ahli jemaah yang bermasalah.

Adikku sayang, doakan kita masih sama-sama kuat untuk terus berada di sini. Biiznillah :)

................................................................................................................

Alhamdulillah raya Adha ke-7, hari ini berpeluang menjadi pengisi untuk program Akwabun Nur'14 : Hari Tautan Mahabbah anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah (DPMM) PMRAM. Antara program khas sempena sambutan pelajar pengajian Islam baru di Mansurah.


Raya Adha kali ini kurang dirasai kehangatan memandangkan suami saya kurang sihat. Dikala fatrah ini, peperiksaan akhir tahun 5 bagi beliau, demam datang menyinggah. Manakala saya pula sibuk dengan kerja-kerja persatuan, mungkin menyebabkan beliau sedikit rasa kesunyian. Di usia kandungan mencecah 7 bulan,  saya tetap bersemangat bekerja, kerana sokongan dari dia. Seorang suami yang merelakan isterinya dikorbankan di jalan dakwah. Semoga pahala dan keberkatan melimpahinya. Semoga baitul muslim ini terus bergerak di medan dakwah. Semoga abang cepat sembuh :)


Wednesday, September 24, 2014

Dosa


"Sekiranya engkau melihat percikan peluh kami di medan perang, tentu engkau merasakan ibadah malammu hanya senda gurau semata-mata" 

Terkesima aku dengan kata-kata.

...........................................................................................

Berikut adalah surat Imam Abdullah ibnu Al Mubarak di medan jihad kepada Imam Al Fudhail bin ‘Iyadh yang sedang asyik beribadah di Haramain (Mekkah dan Madinah) :
“Wahai ahli ibadah di dua tanah Haram!
Seandainya kau melihat kami di medan Jihad,
niscaya kau akan tahu dibanding Jihad kami,
bahwa ibadahmu itu hanyalah permainan belaka.
Wahai orang yang membasahi pipinya dengan linangan air mata,
Kami membasahi leher dengan darah kami.
Kalian bermain-main dengan ibadah kalian,
Sementara ahli ibadah menawarkan ibadah kalian,
Mujahidin menawarkan darah dan jiwa mereka.
Aroma bagimu adalah wewangian yang semerbak,
Sementara wewangian kami adalah pasir dan debu,
Telah datang kepada kita sabda Nabi kita,
Para Syuhada tidaklah meninggal,
Perkataan yang jujur lagi benar dan tidak dusta.
Tidaklah sama debu-debu orang-orang yang berjuang di jalan Allah,
Dengan seribu orang, meskipun asap terus membumbung
Ini Kitabullah di antara kita,
Para Syuhada tidaklah mati – dan ini bukan dusta”
.....................................................................................................
Muhammad bin Ubrahim bin Abi As Sukainah berkata: Saya menemui Al Fudhail bin ‘Iyadh di Masjidil Haram dan dia bersama surat itu. Ketika dia membacanya, nampak kedua matanya berlinang, dan dia berkata: “Abu Abdirrahman (Abdullah bin Al Mubarak) telah benar dan dia telah menasihatiku.” Muhammad bin Ibrahim bertanya: “Apakah engkau termasuk yang menuliskan haditsnya?” Beliau menjawab: “Ya,” lalu dia bekata lagi: “Tulislah hadits ini, sebagai balasan untukmu yang membawakan surat Abu Abdirrahman untukku.”
Dari Abu Hurairah, bahwa ada seorang bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, apakah ada amal perbuatan yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Beliau menjawab: “Kalian tidak akan mampu.” Mereka bertanya hingga dua atau tiga kali, semuanya dijawab: “Kalian tidak akan mampu.” Begitu yang ketiga kalinya, beliau bersabda: “Perumpamaan mujahid di jalan Allah bagaikan seorang yang berpuasa, shalat malam, berdzikir membaca ayat Allah, tidak pernah henti dari puasa dan shalatnya itu sampai pulangnya si mujahid di jalan Allah Ta’ala.” (HR. Muslim)
...................................................................................................

Kadang-kadang ada perkara yang menyedihkan berlaku pada kita. Tapi bila difikirkan semula, mungkin kita kegagalan itu adalah tuaian kita sendiri. Kafarah dosa yang kecil mahupun besar.



Jangan kita salahkan mereka. Mungkin kerana kita yang berdosa, lalu Allah uji kita untuk kembali dekat kepadaNya.

Untuk 'adik-adikku', ikutilah ilmu dan guru, ulama' yang faqih dalam bidangnya, dan semoga kita kembali dipertemukan di jalanNya.

Saturday, September 20, 2014

Blooming Awesomely :P

Lama tak update :(

Memang sangat teringin nak update laju-laju dan banyak-banyak macam orang lain, tapi macam itulah masih sikit lagi masanya. Bangun pagi-pagi dah siap-siap ke kelas, hujung minggu usrah, persatuan dan lain-lain. Bulan september ini musim AHLAN (program sambutan pelajar baru). Ada banyak masa tak sempat nak masak pun. Beby asyik tendang-tendang perut ummi. Alhamdulillah abi sangat supportive dan banyak bantu ummi. Terima kasih encik suami :)

Alhamdulillah setahun sudah bersama. Moga Ummi mampu jadi lebih baik, sebagai hamba Allah swt yang pertama-tama, isteri dan anak penyejuk mata.

#1stAnniversary #14thSept





Sunday, June 22, 2014

Anak Umi dan Abi yang 1st :)



Bismillah. Alhamdulillah selesai peperiksaan akhir untuk semester ini. Sebelum ni sibuk sikit dengan study dan kerja-kerja. Baru dapat nak update blog semula sekarang :)

Kali pertama tahu mengandung, tak tahu pun mengandung :P




Mujahid ke mujahidah? :)


Masa mula-mula perkahwinan (September 2014) memang rasa belum ready lagi, dan mungkin nak buat family planning dulu. Orang kata mula-mula nikah nak enjoy-enjoy hehe. Lagipun masa itu masih sibuk dengan balik semula ke Mesir, cari rumah baru, masuk rumah, sibuk dengan program AHLAN (sambutan adik-adik baru ke Mesir), jadi kira penuh la jadual September, Oktober.

Disember 2014 sewaktu cuti musim sejuk alhamdulillah berpeluang sekali lagi satu family ke Turki main salji dan ice boarding dan cuti-cuti. Pusing-pusing Mesir dengan keluarga. Penuh jadual Disember dan Januari dengan study lagi.

 Belajar hidup baru selepas nikah. Masuk bulan Februari 2015, saya fikir kami macam sudah stabil sikit. (Dah bosan la tu hidup berdua :P).

Masuk awal bulan April 2015, saya masih macam biasa-biasa. Cuma rasa tahap kesihatan tu agak menurun. Kulit rasa gatal-gatal (Ingatkan Eczema - sebab ayah ada Eczema - Keturunan). Selesema dan bersin setiap pagi sepanjang bulan (Ingatkan sebab musim sejuk). Kemudian lambat datang period (Masa ini ada terfikir mungkin mengandung, tapi tak nak mengaku sebab masa bulan Februari baru cek urine test - Tak mengandung). Lagipun ada pernah sekali pengsan masa tengah tengok patient dekat hospital (Ward Round).

Lepas 37 hari lebih kurang masih tak datang period, ajaklah Encik Suami pergi klinik OnG. Ingat nak mengadu menstrual cycle tak betul (Dengan rasa gatal-gatal, tak sihat, selesema lagi). Ingatkan memang tak sihat la. Masa itu Encik Suami tak masuk jumpa doktor, tunggu luar.

Masa jumpa doktor beritahulah semua complaint, (tak period lagi, selsema, pengsan, gatal-gatal), sambil beritahu doktor  "and I don't think I'm pregnant ". Hahaha.

Kemudian doktor pun angguk-angguk dan imbas dengan ultrasound.

"Ok. I see a cyst over here, and I think this is a baby. Perhaps the cyst is the Corpus Luteum"

Masa tu agak tak tahu nak bagi reaksi apa. Kemudian doktor suruh buat urine test dan beberapa minit kemudian keputusannya positif. Sambil doktor cuba yakinkan "This is a good pregnancy test". Hahaha.

"It is still very small. Another 2 weeks you can come again." (Masa ni doktor anggarkan beby dalam 5 minggu). Doktor arahkan untuk ambil Folic Acid (setiap hari) dan B-complex (Injection IM 2x seminggu).

Keluar dari bilik doktor, Encik Suami pun tanyalah doktor kata apa.

"Doktor kata ada beby" (Dengan muka biasa-biasa : actually masa itu tak tahu nak buat muka apa).

Encik Suami gelak-gelak. Dia ingat saya tipu hahaha :P

Ini anak Umi dan Abi 8 minggu lepas itu :)




In shaa Allah posting selepas ini nak cerita tentang pengalaman mengandung dalam tempoh 1st trimester.(14 minggu pertama a.k.a 3 bulan pertama). Cerita tentang alahan dan macam mana pengalaman hadapi 1st trimester. Hopefully it can inspire people out there atau just tolong bantu-bantu mana patut. Sharing disini hanyalah pengalaman untuk dibaca semula satu hari nanti. Masa tu beby dah besar boleh baca ye :D

Alhamdulillah Allah swt beri rezeki untuk sekarang ini merasai nikmat mengandung :)

Mohon doa dari semua :D


Monday, April 14, 2014

Baitul Haraki Part I

Salam alaik semua 

Kun faa yaa kun 
Seperti yang dijanjikan, cerita ini ditulis untuk seorang kawan. Alhamdulillah lama betul peluang nak dapat menulis dan update blog. Maaf kepada sahabat-sahabat sebab tak sempat nak undang tiba-tiba nikah. In shaa Allah kesempatan ini nak cerita secara ringkas sahaja dulu, kalau ada peluang in shaa Allah lepas ini akan sambung di post-post akan datang kisah yang lebih detail :)

Maaf juga kalau cerita yang cuba diringkaskan ini, tetap panjang :D

Mukadimahnya tak jangka juga nak nikah. Mungkin sebelum nikah, ada orang yang pernah digosipkan, pernah berurusan atau mungkin juga yang kita harapkan dialah 'The One', tapi akhirnya bukan. Panjangnya perjalanan, Allah jugalah yang meletakkan sebaik-baik penetapan.

Seawalnya saya memang elakkan diri untuk memberi hati kepada sesiapa. Kalau terdetik di hati rasa suka, mungkin kepada orang yang baik-baik. Lumrah dan fitrahnya manusia memang suka pada kebaikan. Tapi untuk bercinta, tiada dalam senarai pilihan. Sebabnya takut putus cinta (kot?) :D Saya fikir bercinta itu buang masa, kalau kita suka entah siapa sedangkan belum tentu dia jodoh kita. Jadi saya ambil pilihan untuk tawakal, usaha, tunggu, lihat dan doa :)

Usaha saya adalah dengan cubaan melengkapkan diri dengan agama - kononnya untuk 'The One' saya nanti  

Alhamdulillah banyak pelajaran yang Allah swt beri di sepanjang fasa sebelum bergelar isteri. Pergi kelas agama, talaqqi, tambah ilmu dan siapkan amal fardhi. Membaca, belajar dan aplikasi. Menyelami peranan wanita bermula sebagai anak, isteri, ibu, dan seterusnya. Saya mula belajar disiplinkan diri dan penuhi masa dalam gerak kerja dakwah. Memberi dan terus memberi.

Sebelum bernikah kalau malas ambil tahu tentang agama, kerap ponteng kuliah, tak susun masa untuk kerja dakwah, bila lepas kahwin, jangan haraplah. Memang lagi susah! 

Alhamdulillah di sepanjang proses ini saya menjumpai 'The One' yang saya nanti-nantikan. 

Ketika itulah saya mula mengerti erti hidup ini. Di jalan inilah saya mengenal 'The One' saya, Allah swt. Moga-moga hidup saya ini bukan untuk dunia atau isinya. Biarlah sepenuh cinta diletakkan pada Islam dan jalan dakwahNya. Sebagaimana para sahabat Rasulullah s.a.w. yang wafat di medan jihad, sebelum sempat bernikah. In shaa Allah bagi mereka jodohya di syurga. Dengan harapan saya juga sama. Tidak perlu difikir-fikir untuk nikah muda, entah-entah mati muda. Kalau sudah ada cinta Dia, cukuplah segalanya :)

Mudahnya berkata-kata, Allah swt akan menguji hati hamba-hambaNya. Di sepanjang perjalanan itu, jujurnya memanglah sangat susah. Ujian jiwa dan diri, dek kerana lemahnya iman. Sebagai hamba tetap sajalah saya berdoa, agar Allah swt membantu menjauhkan diri dari fitnah ajnabi. Diri ini mengetahui kelemahan hati dan iman sendiri. Mohon doa dari semua, agar Allah swt mengampunkan dosa-dosa saya.

Disepanjang tempoh ini, ada juga yang cuba bertanya tentang saya. Tetapi saya lebih mengetahui siapa saya sebelum ini. Adakah sebenarnya saya yang mereka cari? Saya ini orang yang baru dalam agama ini, baru mengerti, baru memahami. Dalam mencari jawapan, saya sentiasa berdoa kepada Allah swt agar diberi keredhaan. Seandainya tiada jodoh antara kami, saya yakin Allah swt akan datangkan kesusahan atau rintangan yang tersendiri. 

Kadangkala kita rasa dialah orangnya, tetapi tiba-tiba timbul pula masalah keluarga, situasi, jarak, masa dan macam-macam lagi. Ada juga yang ingin bertunang 2 atau 3 tahun, tetapi berhubung tanpa ikatan sah bagi tempoh yang lama bukan pilihan saya kerana saya takut banyak dugaannya. Di setiap itu juga saya yakin ada hikmahnya.

Tahun 2013 saya belum terfikir lagi akan berkahwin. Saya rancang untuk tidak pulang ke Malaysia masa cuti musim panas ini (Jun - September). 

Suami saya yang sekarang ni, kami pernah bekerja sekali sewaktu program sambutan pelajar-pelajar baru ke Mesir (AHLAN 2011 PERUBATAN Cawangan Mansurah). Dia sebagai ketua unit Multimedia dan saya ditaklifkan menjadi timbalan beliau. Kami berhubung atas dasar kerja dakwah dan selepas itu kami sudah tidak berhubung lagi. Sehinggalah tahun 2013, saya pun sudah tiada nombor telefon beliau.

Tahun 2013 di akhir bulan Julai, ketika ini, saya menyambut Ramadhan di Mesir. Di waktu ini, keadaan Mesir tidak stabil kerana Presiden Mesir yang sah, Dr Mursi telah ditangkap. Ketika inilah dia menghubungi saya dan memberitahu hajatnya untuk menjadikan saya sebagai isterinya yang sah. Saya menjelaskan kepada beliau, saya tidak berminat untuk berkenalan atau bercinta-cinta. Dia juga memberitahu kepada saya perkara yang sama. Dia kata : Samada kita kahwin atau tiada apa-apa. Something or nothing. Yang halal tidaklah sama nilainya dengan yang haram.

Saya tidak memberikan jawapan lagi ketika itu kerana saya juga tidak berapa mengenali peribadinya. Dia akan masuk ke tahun 5 perubatan, saya akan masuk tahun 4, selebihnya saya tidak tahu. Saya berikan nombor mak dan ayah saya, agar mereka sahaja yang berbincang sekiranya dia serius. Saya tidak kisah sangat soal rupa atau harta, yang paling PENTING, agama! Seandainya dia seorang yang baik atau menuju ke arah kebaikan, in shaa Allah tiada masalah diperingkat saya. Dalam masa yang sama saya juga meminta bantuan seorang rakan untuk merisik pada kawan-kawan rapat dia tentang sikap dan perangainya. Bagaimana dia dari segi tanggungjawab, pelajaran, keluarga, peribadi. Jawapan mereka, menjadikan saya yakin sahaja dia seorang yang baik, cuma berasa sedikit berat hati kerana dia orang Terengganu. (Jauhnyaaaa) >.<

Akhir Ogos, 2013 saya menyambut Aidilfitri di perantauan. Memang tiada rancangan untuk bernikah dalam masa terdekat, jadi saya fikir, saya masih ada banyak masa lagi untuk memberikan jawapan. Di pihak suami saya sendiri pun tiada rancangan untuk balik ke Malaysia cuti ini. 

Tiba-tiba di akhir Ogos, 2013, kami diarahkan pulang ke Malaysia (evakuasi) kerana keadaan Mesir yang tidak stabil. 

Dalam masa yang sama juga, keluarga kami telah membuat keputusan sekiranya kami balik kerana evakuasi, sebaiknya kami dinikahkan sahaja terus. Dua keluarga besar kami, tidak pernah berjumpa pun, hebatnya semua proses hanyalah melalui telefon. Kami sendiri juga sangat-sangat tidak menyangka yang kami akan bernikah dalam proses yang sangat dimudahkan oleh kedua ibu bapa kami dalam tempoh perbincangan tidak sampai sebulan pun. Begitulah alhamdulillah Allah swt merancangkan itu untuk kami. Segala puji milik Allah swt, Tuhan seluruh alam.

Perancangan majlis perkahwinan kami hanya berlangsung dalam tempoh dua minggu. Duit simpanan pun tiada sangat, memandangkan memang tiada rancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Pada awalnya saya fikir untuk majlis nikah yang ringkas sahaja. Pada saya, jamu nasi lemak pada ahli masjid sahaja pun sudah cukup hehe. Lebih rendah mahar, lebih berkat :) Saya pun tidak menyangka segala proses sangat-sangat dimudahkan. Banyak rezeki yang datang tidak disangka-sangka. Tempoh dua minggu inilah sangat sibuk baru nak cari baju, isi borang, kad jemputan, kursus kahwin, tempah katering, pelamin, goodies beg dan lain-lain. Siapa sangka poket kosong macam saya boleh kahwin? :D Tetapi Alhamdulillah, atas rahmat dan rezeki Allah swt, semua kos perkahwinan kami tanpa disangka telah disponsor oleh banyak pihak.

Pada hari pernikahan itulah kali pertama keluarga besar kami berjumpa. Tiga hari kemudian kami pulang ke Terengganu (sehari) dan minggu itu juga terbang semula ke Mesir. Kenduri di bahagian suami ditangguh terlebih dahulu In shaa Allah pada cuti yang akan datang memandangkan kekangan waktu kuliah kami yang sudah bermula.

Tawakal dari awal 4 tahun lepas (2009/2010 - di akhir semester KYUEM), perjalanan hijrah itu saya mulakan dan kini masih berterusan, mudah-mudahan hingga ke akhirnya. Di hati ini, saya yakini yang Allah swt hanya akan beri apa yang terbaik untuk diri ini. Seandainya yang terbaik itu, bekas seorang penjenayah atau kurang ahlaknya, maka itulah dia. Mungkin yang kurang ahlaknya itu yang mendekatkan cinta kita pada Dia. Semoga tawakal ini yang meletakkan cinta Allah swt paling utama kekal selamanya. Cinta ini yang meyakinkan saya, bahawa Allah swt hanya akan memberi apa yang terbaik untuk hambaNya. Hilang kebimbangan kerana saya sedar saya cuma hamba yang layak untuk diuji bila-bila masa. Sampai sini, ada masa saya tulis lagi. 

Kemanisan cinta halal ini yang tidak dapat dijual beli harganya, tetap tidak dapat menandingi kemanisan bercinta dengan Tuhan yang memilik segalanya 

Khas untuk kawan-kawan tersayang dari saya yang banyak dosa  Mohon doa dari semua.