Monday, April 30, 2012

rindu :(


malam ni sy rindu sgt kat mak :(

sebenarnya hati sy sedih sbb sy selalu duduk jauh dari mak.. sedar2 bila balik rambut mak dah ade yg putih.. saya nak duduk lama lagi dengan mak..

sedih sgt fikir betapa sy xdpt duduk dekat dengan mak utk picit2 mak bila mak balik keje.. sedih bila dengar mak mengadu sakit tekak.. sy tahu penat sgt mengajar :(
sebenarnya kalau mak nak tahu sy sangat kagum dengan mak.. mak tak perlu pun tarbiyyah sehingga ke mesir.. tapi mak sanggup bersusah payah utk membesarkan anak2 mak supaya menjadi insan yang berguna..

minta maaf mak kalau selalu buat mak sedih.. saya tahu sy selalu jahat..
tapi saya janji akan cuba jadi anak yang terbaik..

kalau xberjaya jadi anak yg baik di dunia, doakan sy diakhirat nnti..


i love you mak T.T



saya tahu saya pengecut sbb xberani ckp ni depan mak.. tapi saya harap satu hari nnti mak tahu betapa sayangnya saya kat mak.. i love you mak T.T *(mengalir air mata)

Sunday, April 29, 2012

Pengenalan Konsep Baiah Dan Arkanul Baiah

Muqaddimah

Baiah adalah satu istilah yang diambil daripada perkataan jual beli,yang berhajat kepada syarat-syarat dan rukun-rukunya.Pengertian baiah adalah satu perjanjian dengan memberi sepenuh ketaatan dan kesetiaan kepada seseorang meskipun ianya menghabiskan harta-benda, dan membebankan atau mengorbankan jiwa dan tenaganya selama mana perjanjian itu berada di dalam keredhaan Allah s.w.t. Dan pada masa yang sama di beri ganjaran yang istimewa oleh Rabbul Jalil.


Firman Allah s.w.t :
{
ياأيهاالذينآمنواأطيعوااللهوأطيعواالرسولوأولىالأمرمنكم}
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman,taatilah Allah dan taatilah rasulnya dan ulil amri di kalangan kamu.
An-nisa’59.

Dan Firman Allah s.w.t lagi :
· a
{
إناللهاشترىمنالمؤمنينأنفسهموأموالهمبأنلهمالجنةيقاتلونفيسبيلاللهفيقتلونويقتلون،وعداعليهحقافيالتوراةوالإنجيلوالقرآن،ومنأوفىبعهدهمناللهفاستبشرواببيعكمالذيبايعتمبه،وذلكهوالفوزالعظيم.}

Maksudnya:
Sesengguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,jiwa raga,harta benda mereka dengan gentian syurga untuk mereka. Mereka berpegang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh.Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat,Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah, maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang palig besar. At-taubat 111.



Sejarah Pensyariatan Baiah

Firman Allah s.w.t :
{
لقدرضياللهعنعنالمؤمنبنإذيبايعونتحتالشجرةفعلممافيقلوبهمفأنزلاللهالسكينةعليهموأثابهمفتحاقريبا،ومغانمكثيرةيأخذونها،وكاناللهعزيزاحكيما}

Maksudnya :
Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memeri balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir. Al-fath 18
Hakikat Baiah

Baiah pada hakikatnya adalah dengan Allah s.w.t tanpa mempersia-siakan dan membatalkan salah satu daripada rukun-rukun baiah.

Firman Allah s.w.t :
{
إنالذينيبايعوناللهيداللهفوقأيديهم،فمننكثفإنماينكثعلىنفسه،ومنأوفىبماعاهدعليهاللهفسيؤتيهأجراعظيما}

Maksudnya :
Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.Tangan allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran pahala yang besar. Al-fath 10


Tujuan Dan Kepentingan Baiah

Petikan daripada ayat-ayat di atas, Allah s.w.t telah menerangkan kepada hamba-hambanya yang beriman bahawasanya dialah Allah yang membeli dan orang-orang beriman itu sebagai penjualnya dan bayarannya adalah syurga di akhirat kelak.Dan apabila selesainya baiah diantara seseorang mukmin dan tuhannya maka tiadalah harta
dan jiwa raganya itu menjadi halangan untuk berjihad dijalan Allah s.w.t bagi menegakkan kalimatullah
لإعلاءكلمةاللههيالعليا dan وليكونالدينكلهلله .
Daripada konsep baiah inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan semula kemulian dan kedaulatan Islam yang telah lama dihapuskan oleh golongan kuffar yang ingin melihat Islam itu hanya berkisar pada ibadat semata-mata.
Baiah Dalam Jemaah

Baiah dalam jemaah iaitu di atas jihad pada jalan Allah s.w.t untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t dengan diperolehi ganjaran syurga daripada Allah s.w.t pada hari pertemuan nanti berserta kelebihan-kelebihan dan rahmat-rahmatnya.
Sebagaimana satu ibarat yang telah disebut oleh Assyahid Imam Hassan Al Banna (
البيعة )
Iaitulah baiah Ikhwan kepada ketua mereka untuk berjihad pada jalan Allah s.w.t dengan harta benda dan jiwa raga mereka, sehinggalah ia mengemudinya dengan manhaj-manhaj Islam dan sistem-sistemnya dalam kehidupan seharian.

Sebenarnya baiah itu bukanlah semata-mata untuk khalifah atau ketua negara yang telah dilantik oleh Ahlul Halli Wal Aqdi, akan tetapi ianya merangkumi semua untuk ketua mana-mana Harakah Islam yang bersedia untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t.

Bagi mana-mana Harakah Islam yang tujuannya semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t, di sana Assyahid Imam Hassan Al Banna telah menyediakan formula kearah itu, diantaranya ARKANUL BAIAH. Insyaallah di dalam kertas kerja ini kita akan bincang sedikit sebanyak mengenainya.

Kelebihan Berpegang Dengan Baiah

Bertolak daripada ayat Al-Quran (surat al-fath ayat 18)menunjukkan bahawa mereka yang berbaiah diberikan oleh Allah s.w.t dengan ketenangan dan keteguhan jiwa dan juga dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan kemenangan yang terlalu dekat jika sekiranya mereka yang berbaiah itu berpegang teguh dengan baiah itu sepertimana kisah yang telah diceritakan oleh Al-Quran di dalam surah ini.

Dan mafhum daripada ayat Al-Quran (surat At-Taubat ayat 111) menyatakan bahawa Allah s.w.t telah mengadakan jual beli(iaitu baiah) diantara orang-orang yang beriman yang telah mengorbankan seluruh harta bendanya di jalan Allah s.w.t dengan balasan syurga di akhirat kelak, itu adalah salah satu berita gembira terhadap mereka yang berpegang teguh dengan janjinya.

Yang seterusnya daripada ayat Al-Quran(surat Al-Fath ayat 10) dan juga hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam kitab al-buyu’ yang menyatakan bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang-orang yang mengadakan perjanjian selagimana mereka itu tidak mengkhianati janjinya itu.

Akibat Terhadap Yang Melanggar Baiah.

Akibat bagi mereka yang melanggar baiah samalah juga dengan balasan orang yang melanggar janji di sisi Allah s.w.t iaitu dihukum sebagai seorang yang mempunyai sifat kemumunafiqan sepertimana kata-kata rasulullah s.a.w di dalam hadisnya.

Dan bagi sesuatu jemaah itu berhak untuk memulaunya ataupun diberi amaran terlebih dahulu kemudiannya digantung keahlian sehinggakan dibuang daripada keahlian jika ianya seorang yang dilihat merbahaya kepada jemaah.

Sebenarnya mereka yang melanggar baiah itu ialah seorang yang merugikan dan menyakitkan dirinya sendiri dengan balasan-balasan yang akan ditimpa keatas dirinya tanpa diketahui bila-bila masa sahaja, kerana ayat ini (iaitu ayat yang ke 10 dari surah al-fath) tidak menyatakan jenis balasan dan waktunya.

Pengenalan Arkanul Baiah

Berkata Imam Assyahid Hassan Al-Banna Rahimahullah :

((
أيهاالإخوانالصادقون!! أركانبيعتناعشرةفاحفظوها :الفهم،والإخلاص،والعمل،والجهاد،والتضحية،والطاعة،والثبات،والتجرد،والأخوة،والثقة))

Apa yang kita faham daripada petikan ini ialah daripada beberapa perkataan diantaranya
فاحفظوها , بيعة , أركان
dan rukun-rukun yang yang seterusnya.

Maka di sini dibawa penakrifan (
أركان ) iaitu salah satu sudut apabila ditinggalkannya maka terbatal baiah itu, atau apa-apa yang boleh menguatkan samada menguatkan kerajaan, ketenteraan dan seumpama dengannya.

Dan seterusnya pengertian daripada perkataan(
البيعة ) telah di jelaskan diatas.

Dan daripada perkataan (
فاحفظوها) memaksudkan dua perkara:
1- Menjaga dan memahami
2- Beramal dengan tututannya


Pembahagian Rukun-rukun Baiah dan Kepentinganya.

1- (
الفهم ) Faham

Bermaksud memahami agama Islam dengan kefahaman yang betul,syumul lagi sempurna tanpa sebarang penambahan dan pengurangan .
Daripada rukun ini dibina 20 usul untuk difahami dan daripada 20 usul ini pula di ringkaskan kepada 11 asas kefahaman mengenai Islam :

1- Kesyumulan Islam
2- Sumber asas –rukun Islam
3- Hakikat Iman
4- Siasah syar`iyyah
5- Masalah khilafiyah
6- Cara-cara menangani perkara-perkara bida`h
7- Martabat orang-orang soleh dan para ulama
8- Cara berintraksi dengan Al-Quran dan Sunnah
9- Asas amal
10- Martabat ilmu dan fungsi akal
11- Isu kafir-mengkafir

Rukun ini boleh menyelesaikan kedangkalan fikrah dan kefahaman mengenai Islam yang berkemungkinan di sana ada pendaie-pendaei atau pejuang-pejuang tersasar dari hadaf perjuangan yang sebenar.


2-(
الإخلاص ) Ikhlas.

Ikhlas itu hanya kepada Allah s.w.t didalam setiap amalan yang berteraskan agama Islam.

Rukun ini boleh menghapuskan perasaan ego yang berada di dalam hati seseorang dan perasaan dengki- mendengki antara satu-sama lain yang boleh menyebabkan adanya politik cantas-mencantas. Dan hukum ini sekaligus melengkapkan syarat kemengan bagi sesebuah Harakah Islamiyyah .
3-(
العمل ) Amal

Iaitu melakukan gerak-kerja kerana agama (Islam) dengan mengislahkan diri dan keluarga seterusnya masyarakat dan negara.

Masalah overlap dan krisis tenaga dalam jemaah dapat dibendung melalui rukun ini,dan seterunya ia turut mengaktifkan jemaah dalam pelbagai lapangan amal Islami


4-(
الجهاد ) Jihad

Iaitu mengeluarkan sepenuh kesungguhan terhadap Islam samaada melalui gerak kerja,sumbangan harta benda dan seumpama denganya.

Rukun Al-Jihad ini dapat melahirkan pejuang yang meletakkan Islam di atas segala kepentingan hidup yang lain serta bermati-matian mempertahankan kesuciannya.


5- )
التضحية) Pengorbanan

Iaitu mengorbankan jiwa raga, harta benda dan juga masa semata-mata kerana Allah s.w.t.

Daripada rukun Tadhiyyah ini, ia dapat menguatkan jemaah dengan kesediaan pejuang-pejuang untuk mewaqafkan diri dan berkorban apa saja kerana Islam. Hal ini dapat melancarkan gerak kerja jemaah dan dapat menyelesaikan masalah main alasan yang sering mengundang ketergendalaan operasi dan stratigi.


6- (
الطاعة ) Taat

Taat, patuh, setia terhadap arahan Allah s.w.t dan rasulnya s.a.w semasa senang dan susah, dan semasa rajin dan malas.

Ianya dapat menghidupkan jentera jemaah dan mengemaskini pergerakan sehingga mencapai hadaf dengan jaya.Ia juga bererti segala lubang musuh untuk memecah kesatuan jamaei tertutup rapat. Segala arahan dan peraturan jemaah dapat direalisasikan sebagaimana yang dirancang.


7- (
الثبات ) Teguh / Tetap

Teguh di atas agama Islam dari segi aqidah, syariat dan amalan,meskipun memakan masa terlalu lama untuk sampai kepada hadaf atau tujuan sebenar.

Firman Allah s.w.t :
{
لوكانعرضاقريباوسفراقاصدالاتبعوك،ولكنبعدتعليهمالشقة....}
Maksudnya :
(Kalau yang kamu seru kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh lagi banyak masyaqqah.)
At-taubat 42

Rukun ini dapat memanjangkan hayat perjuangan sehingga tujuan yang sebenar dapat dicapai, sekalipun perjuangan itu berlangsung dalam lingkungan mustakbirin yang sentiasa menanti peluang untuk menghancurkan gerakan Islam dengan usaha mereka yang bertubi-tubi.


8- (
التجرد ) Tulus

Iaitu bebas daripada fikrah-fikrah yang bertentangan dengan ajaran Islam dan juga bebas daripada orang perseorangan ataupun mana-mana pemimpin sehinggakan semua pekerjaan dan amalan tulen semata-mata kerana Islam.

Rukun ini membawa pejuang-pejuang Islam keluar dari krisis wala’ dan dilema fikrah dan selamat dari lambaiaan ``Duatun ala abwabi jahannam’’ sehingga minda, fizikal dan roh mereka tulen kerana Allah s.w.t.


9- (
الأخوة ) Persaudaraan

Persaudaraan di atas dasar Islam yang melihat kepada asal-usul kejadian manusia daripada seorang ibu dan ayah yang satu iaitu nabi Adam a.s dan Hawwa’.

Rukun ini dapat menyelamatkan daripada binaasaa angkara perbalahaan dan pertelingkahan sesama sendiri dan juga krisis beribadi anggota jemaah.Sekaligus ianya membina kasih sayang diantara satu sama lain dan mencetus kombinasi kerja yang jitu setelah mengikis prasangka dan su’ zhon dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi.


10- (
الثقة ) Thiqah: percaya

Percaya diantara satu sama lain di dalam segala gerak kerja yang berteraskan Islam dan juga melahirkan kethiqahan di dalam kepimpinan amal kerana Islam.

Rukun ini dapat menutup ruang musuh untuk memporak-perandakan jemaah,serentak itu terbentuk suasana tenang dan harmoni yang memungkinkan rahsia jemaah terpelihara dan gerak kerja jemaah secara detail dapat dihalusi dan dinilai dengan bijaksana, pengagihan tugas dan pengarahan tanggungjawab dapat dilangsungkan sebaik mungkin sedang ia antara asas kekuatan dalaman.



Penutup

Baiah dan rukun-rukunya secara keseluruhannya jikalau diamalkan, ianya dapat mengembalikan kekuatan ummah sekaligus dapat mengembalikan kedaulatan Islam yang telah lama dirampas.

Sepuluh rukun baiah ini adalah salah satu cara untuk mengubati penyakit-penyakit umat Islam zaman ini dan ianya adalah satu manhaj yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada Assyahid Imam Hassan Al Banna untuk diamalkan oleh orang perseorangan dan juga Harakah Islamiyah.

Rujukan:

1- Fahmu Usulul Islam
(Dr. Ali Abd Halim Mahmud)

2- Fiqh Da’wah
(Mustaffa Masyhur)

3- Buku huraian Arkanul Baiah
(oleh : Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi)

a really interesting conversation..

masih tidak selesai di Malaysia dengan isu bersih, isu ummah yang lain timbul.

suprisingly i stumble across the conversation between my professors here in Egypt..

  • Prof S : This is what I anticipated last night but I never expected that the situation will reach the dead lock so fast. The Saudi ambassador is withdrawn from Egypt and all Saudi consulates are shut down. Who is responsible for that and who is the looser. The responsible are a hundful of Egyptian youth motivated by one or more activists. The loosers are millions of Egyptians and Saudis living in both counteries. May I remind that no winners out of this dilemma. May I ask upon wise people on both sides especially on the Saudi side to understand the current circumstances in Egypt. We are running through turbuluent social and political era. Please give us time to mature up and setelle down.
  • Prof A : I understand your concern and angst, but I would like to point out that you are being too apologetic to the Saudis, whom as people and as Government have always been unapologetic for their mistreatment of Egyptians over the years, and except for a very few, have always shown tremendous unfairness to Egyptians both in this country, and more , towards Egyptians working in KSA. I would like you to take a second and think about the whole situation, and reflect upon this fact, success of the Egyptian revolution, with all its activists and activism, is a THREAT to the Saudi regimen; and they will do what they can to disfigure Egyptian Activism, and Activist. I believe, the Saudi Regimen has more to loose, if the Egyptian revolution prevails. Egyptians spend about 2 billion Dollars a year in KSA for Omra and Haj, KSA investors are investing 12-20 billion $ in Egypt, with most of the revenue being pumped out of Egypt, and Egyptians are working in near slavery conditions under {Kafeel} system. So all in all.....good ridence, till they either change, or ....change....
  • Prof S : I am very worried for many reasons, first we had enough on the domestic affairs, second, we have 2 millions working in KSA, third, we have hot borders on east, south and western sides, fourth we have lost a lot of our image in the muslim world and fifth we are not able to control our youth and direct them to the right path.
  • Prof A : And do you expect that maintaining a degrading relationship with a Tyrannic; non democratic; American enslaved; Mubarak-loving, Saudi regimen will help on these issues....Again, we need to get our act together, and don't expect the Saudi government to be on our side, not now, not ever....
  • Prof S : We can improve the above mentioned circumstances by diplomatic methods and by a strong Egyptian stand. The main problem of the previous regiem is that they ignored rights of all Egyptians inside and outside Egypt and this is the result. Chaoes every where.
  • Prof A : I do not need to remind you that every day, you, and myself, observe the very painful process of pregnancy, labor and delivery, which although appears to the inexperienced eye, extremely untidy and chaotic, carries to our eyes extreme intricate harmony. I would ask you again, think about the Saudi Governments reaction from the eye of their benefit or harm, from success or failure of the Egyptian revolution. In the end ,I would use to very famous sayings I believe you might be familiar with.....
    “Chaos in the world brings uneasiness, but it also allows the opportunity for creativity and growth.”
    “Our real discoveries come from chaos, from going to the place that looks wrong and stupid and foolish.””
  • Prof S : I hope so sir, I hope to see light at the end of the tunnel. I hope to sleep one night with no tragic accidents or events. May allah guide us to the right path very soon, Amin.
- 28 april 2012 - 12 a.m

Thursday, April 26, 2012

kesempurnaan..

saya bukanlah sebaik saidatina Khadijah r.a., tidak juga setabah Fatimah r.a., jauh sekali setaqwa Aisyah r.a... bersyukurlah jika saya bukan pilihan kerana yang sempurna itu bukan diri ini..

saya punya banyak kekurangan.. bukanlah sejak dilahirkan sudah menjadi sebaik Maryam r.a... saya punya kisah sendiri di zaman tidak mengerti yang tidak mungkin sy ungkapkan di sini.. kerana saya pada hari ini adalah di atas keaiban yang Allah tutupi..

jauh sekali dari sifat 'perfect', saya hanyalah seorang hamba yang masih mencari.. dan saya akan terus mencari kesempurnaan cinta hakiki..