Langkah-langkah yang boleh diambil oleh sorang dai'e (pendakwah) dalam berdakwah (mengislah) kepada mad'u-mad'u..cara ini juga mungkin sebagai panduan koreksi diri dimanakah tahap kita =)
1. hubungan yang rapat
mewujudkan hubungan yang rapat dahulu kepada sasaran kita.. ini mungkin mengambil masa berminggu-minggu.. tidak membincangkan apa-apa tajuk dakwah secara langsung sehingga hatinya benar-benar terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan terhadap dakwah.. di sini sering terjadi faktor penolakan andai terburu-buru..
2. membangkitkan iman yang lesu
selepas melepasi tahap perkenalan, kita cubalah membangkitkan iman yang lesu di jiwa mereka. Adalah lebih baik pendekatan secara tidak langsung seperti seolah-olah tidak disengajakan.. contohnya menyuntik semangat dengan mengajak mad'u memikirkan keindahan ciptaan Allah dan sejarah para sahabat.. menarik hati mad'u juga dengan keajaiban Islam.
3. memperbaiki ibadah
setelah berjaya menyuntik cinta di dalam jiwanya, kita membantunya memperbaiki diri dan ibadah-ibadahnya. membekalkan buku-buku yang membincangkan soalan aqidah, ibadah dan ahlak yang menarik hatinya. Kita mestilah bersabar walaupun mungkin tahap ini memakan masa berbulan-bulan dan sentiasa mengikuti perkembangannya.
4. menerapkan ibadah di seluruh aspek kehidupantahap ini ialah dimana kita cuba menjelaskan pengertian ibadah yang syumul (menyeluruh) kepada mad'u. Ibadah adalah apabila mencakupi 2 syarat : niat dan perlaksanaan. tanpa niat, ianya hanyalah sia-sia. tahap ini mungkin mengambil masa yang lebih lama dalam menyemai setiap pekerjaan menjadi ibadah. mereka tidak beribadah dengan hanya melakukan empat perkara fardhu semata-mata tetapi mengingati Allah di setiap pekerjaannya..
5. membangunkan rasa tanggungjawab pada ummahmenjelaskan kepada mad'u bahawa agama Islam tidak cukup dengan menjadi muslim sendiri sahaja, tetapi Islam adalah agama bermasyarakat. Islam adalah sistem hidup, pemerintahan, perundangan, daulah, jihad dan ummah. membangkitkan rasa tanggungjawab di dalam jiwa mereka. tanggungjawab membangunkan negara Islam bukan hanya pada pemerintah tetapi terletak di bahu setiap muslim. sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w.
" Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin,
maka dia bukanlah dari kalangan mereka"
maka dia bukanlah dari kalangan mereka"
di tahap ini, mad'u hendaklah dijelaskan bahawa kewajipan ini tidak mungkin dapat disempurnakan secara bersendirian. setiap Muslim tidak mampu mengembalikan sistem khalifah berseorangan. usaha ini hendaklah dilakukan secara jemaah (organisasi).
kebanyakan muslim tidak mahu menyertai jemaah kerana merasai tiada keperluan mendesak dan merasa keselesaan hidup mereka adalah lebih utama.
7. memilih jemaah?menjawab soalan mad'u : jemaah manakah yang patut dianggotai? ini adalah penting tetapi sensitif. di medan ini terdapat banyak jemaah yang semuanya mengajak para pemuda menggerakkan Islam. tetapi janganlah tergesa-gesa dan terikut-ikut dalam memilih. ini kerana, setiap individu hanya mempunyai satu umur dan satu nyawa yang hendaklah digunakan di jalan yang terbaik.
syarat jemaah yang pertama ; mengikuti jalan Rasulullah s.a.w. iaitu menetapkan aqidah terlebih dahulu, kemudian kekuatan kesatuan dan akhirnya kekuatan tangan dan persenjataan. Dengan terbentuknya kumpulan mukmin yang bersatu dapat menghalang pihak musuh.
ketika bilangan kaum muslimin sedikit, Rasulullah berpesan supaya mereka bersabar dan memperkukuhkan Islam. Baginda tidak meminta mereka menghadapi kebatilan dengan menggunakan kekuatan. jemaah sewaktu kaum muslimin sedikit hendaklah mementingkan tarbiyah dan persediaan.
sekiranya kaum muslimin sudah ramai, semestinya diwujudkan kumpulan yang mantap yang boleh melaksanakan pemerintahan Islam. sesungguhnya pembinaan dimulakan dari asas, bukan dari puncak atas.
mad'u juga mestilah mengambil kira jemaah itu mestilah mengambil Islam secara syumul dan menyeluruh ; ibadah, perundangan, pemerintahan dan lain-lain. Jemaah itu tidak boleh mengambil beberapa aspek sahaja dan meninggalkan aspek yang lain.
jemaah yang berpengalaman (lama tempoh pembinaan) mestilah dipilih seandainya mereka mampu mencapat matlamat, mendatangkan hasil dengan segera, dan pandai menggunakan masa sebaik mungkin. umur jemaah diukur dari permulaan dakwah, bukanlah umur individu.
jemaah mestilah tersusun rapi dan bersatu padu. ia bukanlah jemaah yang kucar kacir atau bergerak tanpa perancangan.
mad'u juga mesti dijelaskan perpecahan dan pengagihan tenaga kepada kumpulan-kumpulan kecil adalah satu kesalahan dan merbahaya. kita tidak boleh mengangkat bendera baru ataupun membantu jemaah baru yang setahun jagung pengalamannya. ini dilakukan supaya dia tidak membantu usaha-usaha memecahbelahkan tenaga dan usaha.
dia juga tidak boleh memisahkan diri dari jemaah besar yang berpengalaman kecuali apabila dia mendapati terdapat kefasikan atau kesesatan.
* diolah dari tulisan Syeikh Mustafa Masyhur ; ketua Ikhwanul Muslimin yang ke - 5.
semoga bermanfaat ^^