Monday, July 25, 2011

persoalan yang perlu dijawab..


menuntut ilmu utk menggapai cita2 itu susah. kelengkapan mental dan fizikal juga perlulah benar2 mantap. kenapa mahu menjadi doktor? kenapa mahu menjadi ustazah? kenapa mahu menjadi engineer atau banyak lagi pekerjaan yang hebat2 dan mantap2?

1. semata2 mendambakan gaji yang banyak?
pernah dengar pepatah, money can buy a person, but not a human love? sampai bila wang itu akan digunakan? ada shopping mall di dalam kubur?

2. title atau pegaruh yang besar? populariti?
sedarkah kamu berapa ramai manusia yang akhirnya dimamah tanah, tidak diketahui mana kuburnya atau namanya.

3. menabur bakti kepada keluarga sendiri atau mengikut kata ibu bapa?
berapa ramai doktor yg bekerjaya, ustaz2 yang hebat2 dan lain2 tidak punya masa juga akhirnya kerana sibukkan kerjaya.. hanya penganggur yang benar2 banyak masanya..

4. supaya diri sendiri menjadi lebih baik dan lebih tenang?
alangkah ruginya masyarakat jika ilmu itu kamu hanya dapatkan semata2 utk kepentingan kamu sendiri..

disebalik setiap perjuangan, adanya pengorbanan yang besar..

1. nanti xdapat cuti.. kerja susah.. penat on call..
2. xdapat pergi kenduri kendara..
3. xdapat meluangkan waktu utk keluarga.. dan lain2..


inikah semua yg sy kejar?


1. sy mengejar sibuknya hidup kerana sy yakin rehatnya hidup adalah mati..

2. sy mengejar pemberian lebih dari penerimaan.. nikmat Allah yg selama ini melimpah ruah telah diberikan kepada saya, jadi saya tidak mahu menjadi kedekut hingga tidak mahu meluangkan masa atau tenaga utk membantu saudara se Islam saya sendiri..

3. sy mengejar kehormatan dan kedudukan.. zaman sekarang tanpa pangkat dan pendidikan, pandangan seseorang itu hanya akan dipandang sebagai percakapan kosong. seandainya semua orang Islam mahu hidup di takuk selesa, tidak mahu terlibat dalam politik atau bidang2 fardhu kifayah, kononnya terlalu banyak dosa, orang yang kurang berpengetahuan yang akan naik memerintah dan berterusan menjalankan maksiat.. bagaimana kamu mahu menjawab di hadapan Tuhan kelak? jawapan apa yang ingin kamu berikan pada saudara2 palestin?

4. sy ingin melahirkan pejuang2 Islam pada masa akan datang.. pemuda pemudi generasi tarbiah Salahuddin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh.. yang mengerti hidupnya diberikan utk Islam.. yang memahami bahawa jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolongmu..

5. sy mengejar cinta Allah yang tidak pernah putus diberikan utk hamba2Nya yang mencari..

terlalu banyak yang ingin saya kejar.. Islam akan tertegak suatu hari nanti.. itu janji Allah yang pasti.. yang tidak pasti adalah,

1.adakah kita antara penyumbang tertegaknya Islam itu?
2. atau kita sekadar pemerhati yang tidak membantu apa2?
3. ataupun sebaliknya kita juga tanpa sedar antara penyumbang kepada pihak lawan?

Islam tidak akan rugi tanpa kita berjuang utknya, kerana ia memang pasti akan tertegak.. tetapi kitalah yang akan rugi, andai tidak bersama2 menegakkannya..

kita perlu tanamkan dalam diri bahawa kita bukan lah insan biasa.. kita ini manusia ciptaan Allah yang Maha Kuasa.. mana mungkin ciptaan Dia sesuatu yang tidak hebat? begitu juga manusia!! kita manusia hebat!!

pendakwah mesti cerdik.. harus bijak dalam mengatur strategi perlawanan.. cuba mencari cara yang terbaik utk medapatkan ilmu. ilmu yang dicari bukan sekadar segulung ijazah, tetapi selari fardhu ain dan fardhu kifayah. ilmu utk hidup dan ilmu utk mati! pewaris bumi anbiya' mestilah luarbiasa!!



manusia hebat tidak hanya bekerja utk kesenangan diri sendiri..

jadi berbalik kepada tajuk utama penulisan saya hari ini, mengapa anda hidup?

Sunday, July 24, 2011

ikhlaskah kita?

ramai orang cakap kita kena ikhlas dalam perbuatan kita.. tapi macam mana nak tahu kita ni ikhlas atau tidak?

bila kita membuat sesuatu dan kita mengharapkan balasan, contoh yang paling mudah, selalu x kita dengar rungutan macam ni :

aku penat2 tolong dia xcakap terima kasih pon!! huh!!

oke mungkin selepas mengeluarkan ayat sebegini cuba kita fikir semula, ikhlaskah kita? perlukah ucapan terima kasih? perlukah orang itu membelanja kita makan?

sekiranya kita ingin membantu, letaklah Allah sebagai tujuan hidup kita.. jadi kita xkan sedih atau marah, tapi sebaliknya kita akan merasa gembira sebab dapat membantu seorang lagi saudara kita..

Allah s.w.t memberikan nikmat2 Nya kepada hambaNya tanpa meminta bayaran atau balasan.. kita sebagai hamba yang selama ini hanya menerima dan terus menerima, layakkah kita utk menuntut balasan dan merungut2? sedangkan bantuan yang kita berikan kepada seorang saudara yang lain itu sangatlah kecil dibandingkan nikmat yang telah Allah berikan kpd kita selama ini..


hiduplah pada memberi.. kerana yang memberi itu lebih baik dari yang menerima..

yakinlah Allah sentiasa membantu hambaNya yang membantu saudaranya yang lain =)


p/s :
tapi statement di atas tidak sama sekali mengatakan bahawa kita xpayah berterima kasih pada apa2 pertolongan.. tapi dengan mengucapkan terima kasih mudah2an orang itu akan merasa gembira dan rasa dihargai.. bukankah indah dunia ni jika semua orang suka memberi dan berterima kasih? =)

Wednesday, July 20, 2011

spaghetti carbonara


Bahan Asas :
anggaran spageti utk 4 org
1 kotak kecil susu segar
2 sudu Plain Yogurt
sedikit Lada hitam dalam bentuk serbuk
sedikit Kiub Ayam
sedikit Butter / Marjerin
Cheese (preferably parmesan - jenis serbuk)
2 biji Bawang Putih

Bahan Tambahan :
Daging Kisar - goreng dahulu atau rebus
Mozarella Cheese
Cendawan Butang

Cara :
1. Rebus spaghetti, lepas masak, basuh supaya dia tidak melekat2 apabila sejuk =)
2. Dalam bekas lain masukkan susu, tepung gandum, yogurt, lada hitam dan parmesan cheese tadi. dan kacau =D
3. Panaskan butter dalam pan dan tumis bawang putih dan kiub ayam.
4. Masukkan bahan dalam bekas tadi kedalam pan.
5. Kacau hingga pekat.. sekiranya terlebih pekat, tambah air masak.
6. jika ingin menambah kelikatan tambah kan tepung.. tapi kalau tepung banyak2 pon xsedap jugak =x
7. Masukkan daging dan mushroom di dalam pan dan kacau.
8. Dah siap!! ^o^
9. kalau nak sedap lagi boleh taburkan cheese dan panaskan dalam microwave atau atas api utk menjadikan dia lebih cheesy.

p/s : maaf tiada gambar =) dah makan habis =x tepakse pinjam gambar encik google =.='


Saturday, July 16, 2011

Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah



mungkin kita biasa mendengar kisah2 tokoh2 ahli sufi Islam yang terkenal yang hidupnya di abdikan untuk cinta Allah smata2.. Rabi’atul Adawiyah yang hidup di zaman pemerintahan Bani Umaiyah yang memilih utk tidak berkahwin sepanjang hidupnya malahan menolak pinangan raja Basrah ketika itu dan juga ulama terkenal Hassan al-Basri.. dan mungkin ada segelintir yang tertanya2, bagaimana mereka boleh hidup dengan mengabaikan dunia?.. Tidakkah itu melanggar apa yg diajarkan Nabi Muhammad s.a.w?
di harap hadith ini dapat merungkai jawapannya..
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri-ciri mereka?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
“Perkawinan itu memang perlu bagi siapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharap syurgaMu maka jauhkan aku dari syurgaMu ! Tetapi jika aku menyembah- Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat zat-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
- Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah-
p/s : terima kasih =)

ark of noah

Tuesday, July 12, 2011

ibrah marah..


hari ni saya marah kat seseorang.. padahal saya puasa.. sy cuba utk menahan marah.. sebab orang itu mencarut2 dan mencaci2.. sy geram dan berazam nak membongkarkan penipuannya.. padahal saya puasa..

selama ni sy private kan gambar saya di facebook.. selepas puas hati berjaya membongkarkan penipuannya saya pon terus delete dia dari friend list.. sambil2 dalam hati masih geram.. padahal berpuasa..

saya tukar setting supaya comment hanya friend sahaja.. selepas remove dia dari friend.. selepas kononnya berpuas hati..

selepas malam, dalam 5 jam selepas menukar setting, tiba2 seorang kenalan baru menegur sy di fb..


  • delete gmbar awk yg ni
  • awk nmpk manis dah
  • tp gmbar ni
  • simpan tuk diri sndiri je

sy tergamam.. baru saya perasan sy dah tertukar setting picture di fb kepada semua kenalan saya.. maksudnya gambar sy bukan lagi private tetapi telah menjadi tatapan umum selama 5 jam..

5 jam..

subhanaAllah...

saya cuba membongkar penipuan orang.. dalam keadaan berpuasa.. sedangkan sy sepatutnya bersabar..

Allah memberikan saya ibrah yang terindah.. diberikannya saya 5 jam.. dan dihantarkan seorang utk menegur saya..

bayangkanlah betapa saya sendiri tidak pernah menegur andai terlihat gambar2 yang tidak sepatutnya dilihat.. tetapi Allah hantar seorang insan utk menegur dikala saya tidak sedar..

SubhanAllah..

seandainya kamu tutupi aib saudaramu, insyaAllah Dia akan menutupi aibmu..

ibrah utk seorang hamba yang marah ketika berpuasa..

Tuesday, July 5, 2011

race to RAMADHAN!! ^.^


The race begins:
Day 1: Thursday, 7 July 2011, 8 PM
Need for Speed: The Race to Allah with Sheikh Sajid Umar
Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA),
Bukit Kiara, Off Jalan Damansara
Entry by Donation*

Day 2: Wednesday, 13 July 2011, 8 PM
Ramadhan: Life in the Fast Lane with Sheikh Tawfique Chowdury & Sheikh Mohammed Cheppih
Venue: TBC
Entry by Donation*

Day 3: Saturday, 16 July 2011, 9 AM - 2 PM
Ramadhan Workshop: The Fast and the Furious with Sheikh Yahya Ibrahim**
For ages 12-18.
Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara
Fee: RM 50
Reservations:
Noraini - 017 316 0307
PLACES ARE VERY LIMITED. CONTACT NORAINI TO BOOK YOUR SEATS NOW!

Day 4: Sunday, 17 July 2011, 10 AM - 7 PM
Hadith Seminar: The Muslim Personality with Sheikh Yahya Ibrahim**
Masjid al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Fee: RM 100
Reservations: Ridzwan - 012 475 4456
PLACES ARE VERY LIMITED. CONTACT RIDZWAN TO BOOK YOUR SEATS NOW!

Day 5: Monday, 18 July 2011, 8 PM
In the Shade of Ramadhan with Sheikh Yahya Ibrahim
Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA),
Bukit Kiara, Off Jalan Damansara
Entry by Donation*

Day 6: Friday, 22 July 2011, 1 PM
Friday Khutbah by Sheikh Yahya Ibrahim
Sultan Haji Ahmad Shah Mosque
International Islamic University Malaysia, Gombak

Friday, 22 July 2011, 8 PM
Because You're Worth It: The REAL Issues - with Sheikh Yahya Ibrahim
15, Jalan Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur
LADIES ONLY EVENT!!!
Contact: Husna - 012 2911 1251

Day 7
: Saturday, 23 July 2011, 2 PM
Can we be Friends?: Dating in Islam - with Sheikh Yahya Ibrahim
Venue: TBC

Excited yet? Join us in this scintillating Race to Ramadhan. Ready, Set, Go!

For more info, contact: Din - 012 297 9855

*YMP is a not-for-profit organization. Donations collected will aid us in organizing future events. There is no minimum or maximum amount that you can give. Any ikhlaas amount will suffice.
**For these programs, pre-registration is required. Please contact the numbers stated to register.

ukuran iman?



tudung awk bidang 60 ke? owh mesti iman awk 60%

tudung awk bidang berapa? 45 je? *dlm hati : owh mesti iman awk 45%

nilai agama seseorang diukur melalui pemakaian dan berapa lebar bidang tudungnya..

andai yang mengukur iman melalui pakaian adalah seorang yang kurang ilmu agamanya, tidak ku peduli.. tapi hati ini sedih apabila yang mengukur iman seseorang melalui pakaian adalah muslim yang berkopiah atau muslimat yang bertudung labuh.. tentu enta dan enti semua lebih arif tentang hal ini bukan?

"Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya " (Al-Hujrat 13 )

“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971)

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26).

apabila saya lupa, ingatkanlah.. apabila saya khilaf, tegurlah..
dan semoga Allah meningkatkan taqwa hambaNya ini yang lemah =(

Khaulah binti Tsa`labah ; doanya ke langit yang ke-7

Khaulah binti Tsa`labah mendapati suaminya Aus bin Shamit dalam masalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar setelah mengatakan kalimat tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan menginginkan Khaulah. Akan tetapi kesadaran hati dan kehalusan perasaan Khaulah membuatnya menolak hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah Islam. Khaulah berkata, “Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku karena engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.

Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa dirinya dengan suaminya. Keperluannya adalah untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”

Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang menimpa dirinya dan anaknya jika dia harus cerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.

Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Pada kedua matanya nampak meneteskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tiada akan rugi siapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.

Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah semacam Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah dan mengadu tidak ditujukan melainkan untuk Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat kepada Rasulullah saw.

Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika Rasulullah saw pingsan sebagaimana biasanya beliau pingsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah saw sadar kembali, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan al-Qur`an tentang ditimu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (artinya), “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan [halnya] kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,…sampai firman Allah: “dan bagi oranr-orang kafir ada siksaan yang pedih.”(Al-Mujadalah:1-4)

Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan) Zhihar:

Nabi : Perintahkan kepadanya (suami Khansa`) untuk memerdekan seorang budak

Khaulah : Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang budak yang bisa dia merdekakan.

Nabi : Jika demikian perintahkan kepadanya untuk shaum dua bulan berturut-turut

Khaulah : Demi Allah dia adalah laki-laki yang tidak kuat melakukan shaum.

Nabi : Perintahkan kepadanya memberi makan dari kurma sebanyak 60 orang miskin

Khaulah : Demi Allah ya Rasulullah dia tidak memilikinya.

Nabi : Aku bantu dengan separuhnya

Khaulah : Aku bantu separuhnya yang lain wahai Rasulullah.

Nabi : Engkau benar dan baik maka pergilah dan sedekahkanlah kurma itu sebagai kafarat baginya, kemudian bergaulah dengan anak pamanmu itu secara baik.” Maka Khaulah pun melaksanakannya.

Inilah kisah seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada pemimpin anak Adam a.s yang mengandung banyak pelajaran di dalamnya dan banyak hal yang menjadikan seorang wanita yang mengangkat kepalanya tinggi-tinggi dengan bangga dan perasaan mulia dan besar perhatian Islam terhadapnya.

Ummul mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, “Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada Rasulullah saw, dia berbincang-bincang dengan Rasulullah saw sementara aku berada di samping rumah dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah…” (Al-Mujadalah: 1)

Inilah wanita mukminah yang dididik oleh Islam yang menghentikan Khalifah Umar bin Khaththab r.a saat berjalan untuk memberikan wejangan dan nasehat kepadanya. Beliau berkata, “Wahai Umar aku telah mengenalmu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia kan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya.

Akan tetapi al-Jarud al-Abdi yang menyertai Umar bin Khaththab tidak tahan mengatakan kepada Khaulah, “Engkau telah berbicara banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya. “

Dalam riwayat lain Umar bin Khaththab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasehatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu shalat maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”

(SUMBER: buku Mengenal Shahabiah Nabi SAW., karya Mahmud Mahdi al-Istanbuly dan Musthafa Abu an-Nashar asy-Syalaby, h.242-246, penerbit AT-TIBYAN)

Saturday, July 2, 2011

who is GOD?


“Call upon Allah, or call upon Rahman; by whatever name you call Him, (it is well).. for Him belong the Most Beautiful Names” - 17:110

in Islam, according to al-Quran :

Say: He is Allah, The One and Only.. Allah, The Eternal, Absolute.. He begetteth not, nor is He begotten.. And there is none like unto Him - Surah Al Ikhlas, 112:1-4

If God did not pass this criteria, why should I pray to him? Therefore in Quran, the God, Allah the Almighty has completely explained who is He.. the analogy to this case is, if a mother gave birth to a son, she raised the son and gave everything he wanted to and suddenly the son proclaim some other women as his mother, obviously his real mother will feel angry and upset.. so in this verse actually Allah explained to His servants, who is He, and whom they should obligate to, so that His servant won't be confused =)


Surely Allah does not forgive that (anything be) with Him associated; and (anything) whatever apart from that, He forgives to whomever He decides. And whoever associates (anything) with Allah, then he has readily erred into far error - An-Nisa - 4 ; 116


this is just the starting.. InsyaAllah next time I'll be writing more.. feel free to drop comment for further questions =)

Friday, July 1, 2011

wanita solehah =)



Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

wanita2 solehah ialah bidadari syurga di dunia =)