Sunday, December 5, 2010

Jihad seorang Islam..


Menitis juga air mata kerana kejauhan. Kerana mengenangkan betapa susah dan perit setiap perjuangan. Kalau ikutkan hati, pulang saja ke tanah air. Sekali dengan rakan-rakan mendapat panggilan pihak penaja bulan januari. Tapi sekali keputusan telah di ambil, jalan jihad ini telah dipilih. Perlu terus kuat.
SubhanAllah.. dugaan demi dugaan..
Membaca email titipan seorang ibu yang penuh menyokong anaknya dari belakang. Bagaimana kuatnya seorang ayah menampung perbelanjaan aku. Kerana mereka berdua yakin, jihad dijalan ini. Walaupun tidak kaya. Mereka tidak pernah mementingkan diri mereka sendiri. Sedangkan mereka boleh sahaja menggunakan duit itu untuk hidup bermewah-mewah daripada menampung hutang. Betapa perih hati ini.
Kadang2 aku sering tertanya-tanya, Ya Allah, jalan inikah yang Engkau mahu aku tempuh? Sekiranya benar, Engkau kuatkanlah aku. Ya Rahman, Ya Rahim..
Selepas peperiksaan A-Level, aku berkesempatan menunaikan umrah. Di masjidilharam, aku diberi kesempatan oleh Allah untuk bersembahyang.
Aku berdoa, Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku. Engkau bantulah aku untuk ‘fly’.
Doaku sampai di situ. Aku xpernah terfikir untuk ke mesir. Sewaktu itu hanya terdetik di hati ingin belajar bahasa arab. Aku memohon doa untuk fly, walaupun aku tidak menyebut untuk ke UK, namun aku xpernah terfikir selain dari itu.
Selepas mendapat pengesahan dari pihak penaja, hatiku terdetik,
Doa aku kat masjidilharam, xtermakbul ke?
Sungguh, xterlintas langsung untuk ke mesir. Kerana aku tahu, aku bukanlah anak orang kaya dan berada. Aku xterfikir apa2. Aku hanya redha, pada waktu itu. Mencari-cari keampunan tuhan.
Pada 24 September, ayah aku bertanya,
“Nak pergi mesir? ayah akan usahakan. Hal duet jangan fikir. InsyaAllah ni kan jihad. Nanti satu hari nanti kat padang mahsyar, kalau Allah tanye pada ayah, apa yg kamu dah buat dengan rezeki yang Aku kurniakan untuk kamu? Ayah bole jawab, saya dah menggunakan nya untuk seorang doktor Islam.”
SubhanAllah.. betapa besarnya kekuasaaan Mu.. Engkau memakbulkan doa sesiapa yang memohon kepada Mu dan kepada Mu tempat kami berserah..
Alhamdulillah, doaku dimakbulkan..
Ya Ghofur, Ya Aziz, Ya Malik.. Engkau sayangilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka telah menyayangi ku semenjak aku kecil dan Engkau peliharalah mereka seperti mana mereka telah mendidik ku semenjak kecil. Engkau limpahkan rezeki-rezeki Mu yang halal kepada mereka, dan kau berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Monday, November 22, 2010

dimanakah kita?


Masjid-masjid Turki tidak seperti di Mesir, tidak juga Malaysia. Mereka tidak ada surau-surau kecil. Besar, tinggi dan luas! Susah mahu digambarkan. Setiap masjid mereka seolah direka khas, supaya terlihat dari jauh. Rata-rata mempunyai saiz yang gah, seperti gahnya kerajaan Turki Uthmaniyyah di sini suatu masa dahulu.
gambar masjid di antara masjid-masjid di Turki
Emak dan ayah yang x ketinggalan kagum dengan masjid-masjid di sini.

Kesempatan menjejakkan kaki ke Istanbul pada pada julai yang lalu memberikan diri ini kesempatan melihat sendiri kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh yang menawan kota Konstantinople ini dari tangan Raja Byzantium yang bongkak.
Selepas Barat berjaya menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, mereka melaksanakan rancangan mereka sedikit demi sedikit. Mustafa Kamal at-Tarturk dahulunya merupakan seorang pemimpin tentera Uthmaniyyah, melaksanakan agenda-agenda barat bertopengkan Islam.

Adikku, Hamzah, yang ingin melepaskan marah pada gambar Mustafa Kamal at-Tarturk =p

Bapa pemodenan barat ini menutup sekolah-sekolah agama, menguatkuasakan undang-undang pengharaman pakaian Islam (termasuklah tudung), menukarkan masjid-masjid menjadi muzium dan bermacam-macam lagi. Padan ketika itu, azan berkumandang dialih bahasa Turki. Usaha intensif dijalankan untuk menghapuskan semua tulisan arab termasuklah di sekolah-sekolah dan institusi kerajaan bagi memastikan umat Islam generasi akan datang di Turki tidak tahu membaca al-Quran dan sekaligus, hanya Islam pada nama.
Kesempatan yang diberikan Allah untuk bersembahyang jemaah di salah sebuah masjid di Bandar ini pada subuh itu telah menggugah hati kecil ini. Lapan saf! Majoritinya dipenuhi golongan muda. Mereka inilah yang tidak menjadikan Islam sebagai warisan, tetapi pilihan!
Jaulah ke Turki memperlihatkan semangat juang pemuda-pemudi Islam di sana. Sedang golongan emas mereka hanyut hasil didikan barat, golongan muda mereka mencari Islam.
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
( Al-maidah : 54)
Kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan ke Palestin yang menggemparkan dunia pada pertengahan tahun ini kerana diserang Israel, mengorbankan beberapa syuhadah-syuhadah Islam. Dikatakan antara syuhada’ yang paling muda di kapal itu berusia 21 tahun berasal dari Turki. Dia menyerahkan nyawanya di jalan Allah.
SubhanaAllah. Mudah-mudahan Islam di Turki terus bangkit, membariskan pejuang-pejuang Islam. Malaysia, bila lagi?
Dari Nukman bin Basyir katanya,

“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?”

Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan).

Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.
Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.

Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”

Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

(Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273)

Di manakah kita wahai saudaraku?

Ya Allah, walaupun aku mungkin tidak berkesempatan untuk berperang di suatu masa nanti, di dalam perjuangan menegakkan agama Mu, namun jadikanlah aku antara syuhada’ yang menjadi titik-titik permulaan kegemilangan agama Mu.

Thursday, November 18, 2010

=)

cinta susah nak diungkap.

walau seluruh dunia menghina, aku tetap melindungi.
walau semua sahabat ku mengutuk, aku teguh dibelakang.

sebab cinta itu buta.

cintaku ; hidupku ; matiku ; ISLAM

Saturday, November 13, 2010

Ra'su Bar




Sepanjang jalan aku memerhatikan setiap tanaman yang menghijau di bumi kinanah ini. Tidak cukup dengan gandum dan sayur-sayuran, kebun-kebun kurma yang lebat berwarna merah mengingatkan aku pada Maryam, wanita suci yang melahirkan Nabi Isa dengan tenaga yang diberikan oleh buah padang pasir ini. Kadang-kadang kelihatan khemah-khemah yang dijadikan ‘rumah’ oleh segolongan kecil penduduk Mesir. Hati terdetik, masih ada yang menetap dalam khemah seperti zaman dahulu kala. Ah, kadangkala itu lebih menenangkan daripada hidup dengan bersifatkan materialistic kala ini.

Namun jaulah hari ini adalah untuk menuju ke Ra’su Bar, daerah Damietta, Egypt. Perjalanan Sungai Nil sepanjang 6695km berakhir disini, dijodohkan dengan Lautan Mediterranean. Sungai Nil yang tidak pernah berhenti mengalirkan airnya di hampir semua negara padang pasir. Sudan, Uganda, Ethiopia, Borondy dan banyak lagi. Nikmat Allah yang tidak pernah berhenti mengalir sebagaimana kasih Nya kepada kita yang tidak pernah berhenti memberikan kita peluang demi peluang.


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir, yang satu tawar lagi segar yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (Al Furqan : 53)

“Dia memberikan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?” Ar Rahman (19-21)

Dikatakan juga tempat ini merupakan tempat pertemuan Nabi ALLAH, Musa dan Khidir. Pendapat yang lebih kukuh mengatakan bahawa pertemuan mereka adalah di pertemuan Teluk Aqabah dan Teluk Suez. Sejauh mana kebenarannya? Wallhualam.


Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir Dikatakan pada suatu hari, Musa berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?” Jawab Nabi Musa, “Aku” Lalu ALLAH menegur Nabi Musa dengan firman-Nya, kerana sesungguhnya terdapat hamba ALLAH yang jauh lebih berilmu daripadanya. ALLAH menyampaikan kepada Musa bahawa baginda akan berjumpa dengan hamba itu di pertemuan antara dua laut, dimana ikan yang dibawa Nabi Musa akan hilang.

Kisah perjalanan Nabi Musa mencari hamba ini direkodkan di dalam Al-Quran, ( Al-Kahfi, 18:60-82)

“Behold, Moses said to his attendant, “ I will not give up until I reach the junction of the two seas or until I spend years in travel”. But when they reached the junction, they forgot (about) their Fish, which took its course through the sea (straight) as in a tunnel.

When they had passed on (some distance), Moses said to his attendant : “Bring us our early meal; truly we have suffered much fatigue at this (stage of) our journey.” He replied “ Sawest thou (what happened) when we betook ourselves to the rock? I did indeed forget about the Fish: none but Satan made me to forget to tell (you) about it: it took its course through the sea in a marvelous ways!”. Moses said : “That was what we were seeking after”.

So they went back on footsteps, following (the path they had come) So they founded one of Our servants, on whom We had bestowed Mercy from Ourselves and whom We had taught knowledge from Our own Presence.

Moses said to him: “ I follow thee, on the footing that thou teach me something of the (higher) Truth which thou hast been thaught?” ( The other) said: “Verily thou will not be able to have patience with me! And how canst thou have patience about things about which thy understanding is not complete? Moses said : “Thou wilt find me, if God so will, (truly) patient: nor shall I disobey thee in aught.” The other said : “If then thou would follow me, ask me no questions about anything until I myself speak to thee concerning about it”.

So they both proceeded: until when they were in the boat, he scuttled it. Said Moses “Hast thou scuttled it in order to drown those in it? Truly a strange thing hast thou done!”He answered: “Did I not tell thee that thou canst have no patience with me?” Moses said: “Rebuke me not forgetting, not grieve me by raising difficulties in my case”. Then they proceed : until, when they meet a young man, he slew him. Moses said: Hast thou slain an innocent person who had slain none? Truly a foul (unheard of) thing hast thou done!” He answered : “Did I not tell thee that thou cants have no patience with me?” (Moses) said: “If ever I ask thee about anything after this, keep me not in the company” then wouldst thou have received (full) excuse from my side”.

Then they proceeded, until when they came to the inhabitants of a town, they asked them for food, but they refused them hospitality. They found there a wall on the point of falling down, but he set it up straight. (Moses) said : If thou hadst wished, surely thou couldst have exacted some recompense for it!

He answered : “This is the parting between me and thee: now I will tell thee the interpretation of (those things) over which thou wast unable to hold patience. “As for the boat, it belonged to certain men in dire want: they plied on the water: I but wished to render it unerseviceable, for there was after them a certain king who seized on every boat by force.

As for the youth, his parents were people of Faith, and we feared that he would grieve them by obstinate rebellion and ingratitude (to God and man). So we desired that their Lord would give them in exchange (a son) better in purity (of conduct) and closer in affection.

As for the wall, it belonged to two youths, orphans, in the Town; there was beneath it, a buried treasure, to which they were entitled: their father had been a righteous man, so thy Lord desired that they should attain their age of full strength and get out their treasure - a mercy (and favour) from thy Lord.

I did it not of my own accord. Such is the interpretation of (those things) over which thou wast unable to hold patience”. ( Al-Kahf, 18:60-82)

Wednesday, August 25, 2010

Permulaan

Untuk sebuah kehidupan tanpa arah yang jelas. Tercari-cari disetiap pelusuk yang digelar keindahan oleh duniawi.
Apakah layak aku ini sampai ke sana? Mampukah aku? Sudah bersediakah aku? Cukupkah amalan ibadahku?
Jari-jari pantas menaip kekunci talifon bimbit.
mak aku offer aku nak gi umrah x? nk pegi x ek?
Wahh besnye.. pegilah wei.. untung muda2 dapat pegi..
Kalau kau jadi aku, kau pegi x?
Xkot.. hahaa
Nombor seterusnya ditekan.
mak aku offer aku nak gi umrah x? nk pegi x ek?
Ntah. Kalau aku, xpegi kot. Tunggu aku da betol2 ‘ready’ baru aku pegi kot.
Eh ko bukan jahat ape pun. Aku lagi jahat kut ~.~
Sebab aku rase nak gi umrah tu bukan main2. So kene prepare betol2 la.

Bilakah saatnya aku akan sedia? Mahu bersedia lagikah? Tapi sampai bila? Sampai bila?
Mak cakap, ramai orang yang kaya, gaji sampai RM10,000++ setiap bulan tapi belum tentu akan sampai ke sana. Tapi keluarga kami yang tidaklah seberapa pendapatan bulanannya diberi kesempatan untuk pergi.

Bila Allah memudahkan urusan, tentu semua akan menjadi mudah..
Yang keras menjadi lembut, yang sukar menjadi senang..
Yang kaya menjadi miskin, yang miskin menjadi kaya
Yang pahit menjadi manis dan yang manis menjadi pahit.
Sungguh dunia menipu.

Tersentuh aku menerima satu pesanan ringkas “ sudah bersediakah kamu wahai tetamu Allah?”
Dan hati ku menangis kesyukuran.. Alhamdulillah..

Sang Murabbi..
Selayaknya,
Bagi jiwa-jiwa yang menyerahkan dirinya di jalan ini,
Membisikkan doa menitip ayat-ayat cinta Nya,
Menjadikan dakwah sebagai laku utama.
Dialah visi, misi dan obsesi,
Dialah yang menggelayuti di setiap desah nafas,
Dialah yang akan menghantar jiwa-jiwa ini
kepada redha dan maghfirah Tuhannya..