Thursday, October 16, 2014

Warna Jiwa

Hari ini encik suami periksa final tahun 5. Saya tahu dia tak perasan bila masa saya update post-post di blog sebab saya selalu sibuk dengan kerja-kerja luar. Saya sebenarnya nak minta maaf dan ucap terima kasih banyak-banyak pada dia sebab sangat memahami jalan yang saya pilih ini. 

Post ini dedicated khas untuk beliau kalau dia perasan nanti dan bosan bila saya tiada di rumah.

Semoga Allah swt selalu menjagamu :)

https://www.youtube.com/watch?v=hKyUkEpqjUA

Keluarga. Study. Usrah. Persatuan. Jemaah. Ummah.


p/s : Terima kasih Sumayyah sbb tolong lukis gambar kahwin :) - terharu

Wednesday, October 8, 2014

Saya tidak mahu jadi 'kakak usrah'.

Seorang adik usrah saya mengadu yang beliau tidak lagi mahu menjadi kakak usrah (naqibah), katanya kerana beliau merasa kurang keyakinan, tidak pandai hendak berpura-pura memaniskan muka di hadapan mad'u-mad'u.

Adikku sayang, tidaklah akak meminta untuk adik berpura-pura atau menjadi orang lain dihadapan mad'umu. Jadilah dirimu seadanya. Hanya sisipkan di hati, senyummu kerana Islam. Rasulullah saw sukakan orang yang mudah tersenyum. :)

Gunakan sepenuhnya potensi dirimu, dimana jua kelebihan yang dimiliki. Contohnya, kalau tidak di mulut, di perut hehe. Masakkan masakan untuk mereka selalu atau kerapkali layangkan surat cinta untuk mereka. Hadiah juga menguatkan tautan ukhuwwah :)

Asalnya memang susah, memang pelik untuk kita menjadi peramah secara tiba-tiba. Tetapi tidak perlu untuk kita menjadi begitu peramah. Bukankah lebih baik diam daripada bercerita yang membuang masa? Cukuplah sekadar berkongsi kata-kata yang berhikmah. Sekiranya tiada kata-kata, zahirkan dengan ahlak (qudwah) mu. Penuhi dirimu dengan keindahan peribadi Islam.


Perbaharui niat, kenang kembali sebenarnya kenapa kita melalui jalan ini? Adakah untuk kesenangan sendiri? Ada banyak yang perlu dikorbankan apabila di jalan ini. MASA, HARTA, TENAGA hampir semuanya bukan? Inilah sunnah jalan Rasulullah saw dan para nabi sebelum baginda. Tiada yang senang dan mudah dalam medan dakwah. Apabila kita masuk ke dalam jemaah Islam, medan dakwah tetapi masih lagi merasakan kesenangan, masih memikirkan keselesaan, ketahuilah sebenarnya kita adalah ahli jemaah yang bermasalah.

Adikku sayang, doakan kita masih sama-sama kuat untuk terus berada di sini. Biiznillah :)

................................................................................................................

Alhamdulillah raya Adha ke-7, hari ini berpeluang menjadi pengisi untuk program Akwabun Nur'14 : Hari Tautan Mahabbah anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah (DPMM) PMRAM. Antara program khas sempena sambutan pelajar pengajian Islam baru di Mansurah.


Raya Adha kali ini kurang dirasai kehangatan memandangkan suami saya kurang sihat. Dikala fatrah ini, peperiksaan akhir tahun 5 bagi beliau, demam datang menyinggah. Manakala saya pula sibuk dengan kerja-kerja persatuan, mungkin menyebabkan beliau sedikit rasa kesunyian. Di usia kandungan mencecah 7 bulan,  saya tetap bersemangat bekerja, kerana sokongan dari dia. Seorang suami yang merelakan isterinya dikorbankan di jalan dakwah. Semoga pahala dan keberkatan melimpahinya. Semoga baitul muslim ini terus bergerak di medan dakwah. Semoga abang cepat sembuh :)