disebabkan jadual sy yg padat akhirnya saya tidak dibenarkan lagi keluar oleh ibu bapa saya yang kerisauan tentang keselamatan anaknya dan faktor kadar jenayah dan sosial yang semakin meningkat menjadikan saya duduk di rumah akhirnya. kebuntuan.
duduk di rumah sambil menjalankan tugasan sebagai surirumah sepenuh masa. dari membasuh, menyidai, melipat, menggosok, menghantar baju, membersihkan dan mencuci pinggan mangkuk periuk belanga, menyapu, mengemop membersihkan rumah - ruangtamu, bilik air, dapur, etc etc etc. habis masa seharian. tidak lupa juga tanggungjawab hamba, menimba ilmu, ibadah khusus dan terutamanya bulan ramadhan.
dan setiap kali ada program yang terlepas hati meronta2 mahu pergi tetapi akal mengatakan tanggungjawabmu utk mematuhi arahan kedua ibu bapamu lebih utama. sementara masih Allah kurniakan kenikmatan waktu inilah luangkan sehabis mungkin untuk berbakti kepada ibu dan ayah. alhamdulillah syukur dikurniakan peluang ini untuk cuba membalas jasa mereka yang tidak pernah dan tidak mungkin terbalas.
kesempatan dan kebuntuan di rumah ini juga memberikan aku ruang waktu untuk berfikir.. apa yg telah aku berjaya sumbangkan untuk ummah setelah lama dan kepenatan berprogram sana sini? berapa banyak negara yang telah berjaya aku tawan? berapa ratus ribu manusia yg telah aku berjaya Islam kan? berapa ramai insan yang berjaya aku sentuh hati mereka?
atau adakah hampir tiada? habis apa yang aku sedang buat di rumah ini?
dan aku mula menyusun semula strategi. umat Islam yang sebenar hanya berehat di syurga nanti!
buntu berada di rumah? itulah kesilapan pemikiran yg pertama. bagaimana aku boleh lupa akan adik2 sendiri yg lebih utama untuk ditarbiyyahkan berbanding orang lain? bagaimana aku boleh terlepas pandang asas sebenar pembinaan bukanlah terus kepada daulah islamiyyah tetapi fardhu muslim dan seterusnya baitul muslim di rumah ku ini?
bagaimana aku boleh terlepas pandang dengan rakan2 yg sangat rapat dengan aku tetapi ketandusan tarbiyyah? bagaimana aku sibuk ingin menyebarkan islam kepada manusia lain sedangkan mereka yang dekat, aku terlepas pandang. terlalu idealistik tetapi tidak mencapai realistik? yang dikendong xdapat, yg dikejar berciciran.
teman-teman maafkan diri ini.. andai terlupa mengajakmu ke ruang cintaNya..
teman-teman maafkan diri ini.. andai terlupa mengajakmu ke ruang cintaNya..
pilihlah sesuatu yang berbaloi, untuk kehidupanmu yang satu ini..
1 comment:
Adawiyah..
=')
Post a Comment