Wednesday, June 15, 2011

hadis ; kenapa politik???

setelah bersusah payah, bertanya kepada haji 'google' dan tidak berjumpa2 sanad hadis yang dicari ini, alhamdulillah pencarian sy ditemukan dengan sang perawi.. sy bercadang hendak masukkan dalam blog.. sekadar perkongsian agar masa akan datang lebih mudah utk org menjumpainya =)


"Barangsiapa yang tidur nyeyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka" – (riwayat Al-Baihaqi dalam Shuab al-Iman, At-Tabari, Abu Nua'im dalam Hilyah dan Al-Hakim)

kenapa sy timbulkan persoalan ini? kenapa politik?

kerana persoalan yg ditimbulkan oleh seorang sahabat sy. perlu ke kita campur tangan dalam bidang politik ni? politik malaysia kotor.. belajar rajin2 sudah.. kaye, kerja kat negara laen.. asalkan boleh hidup..

tapi atas dasar apa kita hidup? sekadar melepaskan diri sendiri?

inilah jawapan sy kepada sahabat ini, sekadar perkongsian pemikiran =)
Tanggungjawab kita mengenali pemimpin tu sgt3lah berat sebab pemimpin tu yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara.. kalau negara itu penduduknya majoriti Islam, lebih la penting sbb negara tu bakal jd contoh pd negara2 laen.. kalau kita sbgai umat Islam ni buat xkisah je masa depan negara, siapa yg nak tentukan masa depan negara kita? agama laen?

Hadis (atas) dah menunjukkan betapa kita perlu mengambil berat masa depan negara.. sebab negara itu akan menentukan ummah =) Bukanlah maksudnye kt sini kita kene atau wajib masuk politik atau menjadi ahli politik.. tetapi cukuplah sekurang2nya kite perlu tahu apa yg terjadi sekeliling kita, termasuklah dalam bidang politik ..

xdpt ubah byk, dgn mengundi pun jadilah..ni penting utk menentukan siapa pemimpin Islam akan datang.. dengan alasan sy kt mesir, jauhlah, apalah, dan menyebabkan kita xambil peduli masalah org laen, tanyalah diri kita kembali, adakah kita termasuk dalam golongan Islam? (rujuk hadis atas)..

saya muda lagi lah.. muda? bagaimana anda melabel muda? sedangkan Sultan Muhammad al-Fateh memerintah negara pada usia belasan tahun dan menakluk Konstantinople, kota terkuat di zamannya pada usia yang sgt3 muda.. Sedangkan di waktu muda inilah, andai seorang pemuda dibesarkan dengan budaya2 Islam, terlahirlah tenaga yang mantap, kreatif, dan sangat kuat berbanding orang yang lebih berusia.. jadi apa lagi alasan yang mahu diberikan? namun seandainya tenaga muda ini dibentuk dengan konsert2, arak2, tenaga ini juga yang akan melemahkan dan menumbangkan sesebuah masyarakat..
perkongsian ukhti yang lainnya :

satu lg yg kta kene faham, pd hri akhirat nnti, kta akan ikut sape pemimpin yg kta pilih. klu pemimpin yg kta plih tu mbawa negara ke arah Islam, maka selamat la kta. tp klu kita pilih(undi) pemimpin yg mbawa ke arah kesesatan, maka kta pun akan dipertanggungjwabkan knpa kta pilih dy sbgai pemimpin. ulasan ni ad dlm buku nik aziz, xingat dah tajuk ape.

maka. kta xbleh brda dlm golongan atas pagar a.k.a aku xmsuk cmpur. sbb ni melibatkan kehidupan dunia akhirat kta kan? Islam ajar kta supaya jd insan yg ada pendirian. yg halal itu halal n yg haram itu haram. jelas. n kta mesti bijak memilih. atas dasar ilmu n kefahaman. bkan sbb ikut2 org :) wallahua'lam

sekadar sebuah perkongsian~~

kredit : kak hafiza azmi =)

Sunday, June 12, 2011

subhanAllah..


dengan ini, menjadi saksi..
aku ingin mencintaiMu setulusnya, sebenar-benar aku cinta..

Tuesday, June 7, 2011

boOk 3


dear whoever is reading this, you're beautiful and someone out there is crazy about you. so smile. life is too short to be unhappy ^.^


-31st may 2011-

perjuangan ku hanyalah di meja imtihan



assalamualaikum..

bagaimana khabar iman hari ini?

dan bagaimana dengan hati?

semoga Allah berikan ketetapan pada hati-hati ini

untuk terus menyusuri jalan dakwah ini..

walaupun terkadang.. fitnahan.. cacian.. makian..

seringkali mewarnai perjalanan panjang ini..

dan raga.. jiwa.. harta.. airmata.. lelah dan jenuh.. telah kita persembahkan..

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan bayaran syurga untuk mereka... Maka gembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang terbesar.. (at-Taubah : 111)"


kebelakangan ini terasa semakin lemah..

bukan kerna lelahnya perjuangan..

tetapi kerana lemahnya iman..

maka bertanyalah hati ;

pantaskah aku mengeluh dalam mengharungi jalan ini?

kerana hakikatnya, dakwah ini..

ada atau tidaknya aku disana, dakwah akan tetap diperjuangkan..

saudara2ku di palestin,

mujahadah mereka menggentarkan hati musuh!!

telah mereka persembahkan lebih dari apa yang aku persembahkan..

mereka berlumba-lumba, menjemput seni kematian yang paling indah..


palestin martyr

dan bagaimana dengan aku?

karya seni apakah yang telah aku persembahkan untuk perjuangan ini?

Sunday, June 5, 2011

Rumaysa' binti Milhan


Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperlihatkan ke dalam syurga, aku melihat isteri Abu Talhah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah Bilal (HR Muslim: 4495)

Rumaysa' binti Milhan atau digelar juga dengan panggilan Ummu Sulaym
seorang hamba yang taat..
seorang wanita yang mempunyai mahar yang terbaik..
seorang isteri yang bijaksana..
seorang ibu mithali..
seorang mujahadah yang tidak gentar..


kisah 1 ; seorang hamba yang taat

beliau memeluk Islam selepas perjanjian Aqabah pertama. Ketika beliau memeluk Islam, suami beliau, Malik bin Nadhr tiada di rumah. Selepas pulang dari musafir, suaminya tidak menyukai ajaran yang baru di anutinya. Suaminya malahan memarahinya kerana mengajar anak mereka, Anas b. Malik (yang akhirnya menjadi perawi hadith) agama barunya itu. Namun keutuhan Rumaysa' terhadap Islam tidak merubah pendiriannya, hinggalah akhirnya suaminya mati sewaktu bermusafir dan mati sebagai seorang yang bukan Islam.


kisah 2 ; seorang wanita yang mempunyai mahar yang terbaik

selang tidak lama selepas kematian suaminya, Rumaysa' dipinang oleh Zayd ibn Sahl yang dikenali sebagai Abu Talhah. Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk agama Islam, begitu yakin bahawa Rumaysa' tidak akan menolaknya kerana Abu Talhah merupakan seorang yang kaya dan antara lelaki yang tampan. Abu Talhah datang kerumahnya dan menyatakan hasrat utk meminang Rumaysa'.

"Aku tidak akan mengahwinimu selagi kamu tidak mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhanmu dan Muhammad itu RasulNya"

"Apakah yang menghalangmu daripada berkahwin dengan ku Rumaysa'? Emas dan perak? aku boleh berikan apa sahaja yang kau mahukan"


"Aku bersumpah kepada mu Abu Talhah, aku bersumpah demi Tuhanku dan rasulNya, jika kau menerima Islam sebagai agamamu, aku tidak memerlukan emas dan perak. Cukuplah Islammu sebagai mahar ku"

"Tidakkah kamu tahu Abu Talhah bahawa tuhan yang engkau sembah selain Allah itu diperbuat dari tanah liat? Tidakkah kamu merasa diperbodoh2kan? Jika kamu sanggup melepaskan perbuatan yang tidak masuk akal seperti ini, dan memeluk Islam, aku akan berkahwin denganmu, tanpa sebarang emas dan perak"

Abu Talhah pulang dan merenung kembali apa yang diperkatakan Rumaysa'. Akhirnya Abu Talhah memeluk Islam dan berkahwin dengan Rumaysa'. Abu Talhah juga menjadi antara sahabat yang teguh memperjuangkan Islam disamping Rasulullah S.A.W.


kisah 3 ; seorang isteri yang bijaksana..

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahayamata bernama Abu Umair. sewaktu Abu Talhah bermusafir jauh, Abu Umair telah meninggal dunia. Rumaysa' telah menguruskan mayat anaknya bersama penduduk kampung. Rumaysa' memberitahu juga kepada orang ramai bahawa janganlah perihal itu diceritakan kepada suaminya, melainkan dari dirinya sendiri.

selepas Abu Talhah pulang, dalam keadaan penat, Rumaysa' melayan suaminya dengan baik, menghidangkan makanan dan melayan suaminya makan. Abu Talhah bertanya kepada Rumaysa',

" Mengapa aku tidak melihat Abu Umair?"

" Anak kita berada dalam keadaan aman sekarang"

Selepas makan, Rumaysa' melayan suaminya dengan baik. Selepas hilang letih suaminya, menjelang malam, suaminya bertanya lagi,

"Dimanakah Abu Umair?"

" Suamiku, sekiranya seseorang meminjamkan sesuatu kepada kita, jika dia mengkehendakinya kembali, waji
bkah kita memulangkannya kembali?"

"mestilah perlu"

"begitulah dengan anak kita. Allah telah meminjamkan Abu Umair kepada kita dan Dia telah mengambilnya kembali"

Mengerti akan kata-kata isterinya, Abu Talhah sedih namun redha dengan pemergian anaknya. Keesokannya, Abu Talhah berjumpa dengan Rasulullah dan menceritakan perihal itu. Rasulullah kagum dengan ketabahan Ummu Sulaym dan mendoakan mereka dikurniakan zuriat yang ramai. Akhirnya mereka dikurniakan 10 orang anak yang masing2 merupakan ulama' yang terkenal.

kisah 4 ; seorang mujahadah yang tidak gentar..

sewaktu peperangan Khandaq, Rasulullah terlihat akan Rumaysa' yang sedang sibuk merawat pahlawan yang cedera membawa belati di tangannya dan bertanya apakah yang dia ingin lakukan dengan belati itu. Rumaysa' menjawab :


"ini untuk melawan, mereka yang melarikan diri"

Rumaysa' dialah seorang isteri yang bijaksana dan tenang..
seorang mujahadah yang berani dan berhikmah..

marilah wahai akhawat..
jadilah Rumaysa' contoh pilihan..
yang dapat mengubah cuka menjadi manis..
mengubat sakit menjadi sembuh..
mengubah kaca menjadi permata..


Thursday, June 2, 2011

L.E.L.A.K.I



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah, Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, Boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga,melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas,binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq,Zunurain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah,

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul.

___ Syabab , Musafir Kasih ___